Monday, January 31, 2005

Membesih/Menebang Pokok D Belakang Rumah


IMAG0001
Originally uploaded by Nekaunt.
Finally I got it done. Nekaunt suruh Lan dan Ahim membersih di belakang rumah. Rajin budak2 ni. Terima kasih nekaunt ucapkan kepada mereka berdua.

Sunday, January 30, 2005

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM


Wylia & Jamilah
Originally uploaded by Nekaunt.
Assalamualaikum....

Kenapala gambar nekaunt ni blur. Mula2 nekaunt fikir mata nekaunt yang kabur, rupa2nya gambar ni mmg sah kabur, disahkan oleh SIRIM lak tu :). Takpe, asalkan ada imej yang 'cute'...cewahhhh.

Eh....boria ke? Tak...tak....kami baru saja habis Mesyuarat Agung PERKIM Tahunan Cawangan Sibu Ke - 13. Waduh tijah....ramai juga ahli2 PERKIM menghadiri mesyuarat tadi. Saya difahamkan PERKIM Cawangan Sibu mempunyai ahli seramai 250 orang. Baru pertama kali nekaunt menghadiri mesyuarat agung almaklumlah nekaunt is still new to the atmosphere. Nekaunt banyak memerhati and study the situations.

Finally mesyuarat tamat sebelum kul 5.petng. Sebelum balik ada jamuan ringan.

OK....that's all for the time being. Till then....bye and take care. Nekaunt akan tulis lagi .

Saturday, January 29, 2005

Kemana Menghilang?

Lama nekaunt tak update blog ni. Pretty busy and pretty unhealthy. Kadang-kadang takde mood langusng. Whatever it is!!

Hari ini tadi nekaunt tak bz sangat .... cuma buat keja sikit2, sebenarnya banyak keja, saja nak kelentong.....boss takdela tu :).

Pagi tadi nekaunt pegi ke Telekom nak bayar bill tefon. Nekaunt kurang pasti jumlah nak dibayar sebab ada 'sign minus' kat jumlah tu...contoh RM23-. Rupa2nya nekaunt selama ini terlebih bayar. So nekaunt tak perlu bayar selama 2 bulan. Tengokla nanti bill Februari yang akan datang. Diharap tak perlu bayar juga :)
Nekaunt plans nak buat satu lagi blog . Yang baru ni nanti nekaunt nak share kepada orang yang tetentu sahaja.
Blog yang ada sekarang tak brape selamat sebab ada orang tak minta kebenaran 'mendelate' one of the pictures. Nekaunt terkilan. Ok lupakan perkara itu.
Seharusnya minta izinla dulu....janganla jadi 'penceroboh profesional'.
Dah mengantuk, nekaunt minta diri dulu. Bye.

Wednesday, January 19, 2005

Aw! Aw!


Aw! Aw!
Originally uploaded by Nekaunt.

Wei....allo..tengah mengira harga kuih ke tu atau berada di gerai ramadhan. Eh....mana ada lagi ramadhan ....bermimpi rupanya aku. Hari Raya Qurban tak lama lagi. Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua umat islam di seluruh dunia.


Tuesday, January 04, 2005

Sha Sha


Sha Sha
Originally uploaded by Nekaunt.

"Hello semua....my name is Sha-Sha. I m from bandar minyak, miri or u can call me orang minyak" Apa? Orang minyak...oooo akut...akut.

Ini anak sdra nekaunt. Umur 11 tahun, coming to 12 yrs old. This year duduk for UPSR. Ada ulangkaji tak ni? Belajar ye, jangan asyik nak sakat kakak2. To me dia ni memang raja sakat. Macam mana muka seperti awak ni jadi raja sakat. Ah!...suka hati awak lah janji kalau kakak2 sakat awak balik awak kena kebalkan diri. Hari tu siapa yang menangis......hahahahahaha. Cian-cian..

Terkenang arwah ibu, ibu tak pandai panggil dia Sha-Sha, sebaliknya dia panggil CHA-CHA. Nak menari chacha ke?

Sha, jangan lupa makan IgMax, good for your mental and fizikal. Exam tak lama lagi....belajar jangan tak belajar untuk kebaikan awak sendiri.

OK...nanti sambung lagi. Jumpa lagi.

Laaaa...kenapala gambar awak jadi besar ni. (Supaya semua dunia dapat tengok muka saya)

Monday, January 03, 2005

Meet New Friend

Kita orang balik dari Kajang terus menginap di Noble's Hotel, KL. Waduh....mula2 susah nak cari, kat mana NH ni...rupa2nya kami dah sampai kat belakang hotel tu

Meet New Friend
Originally uploaded by Nekaunt.
.

Selepas register our names, kita orang pergila kat Semua House....JJCM. Tau tak apa JJCM tu, kalau tak tau siap Maria T/Sabri kerat 18 badan kamu. Jalan-jalan cari makanlah!.

Kat Semua house tu kita berkenalan dengan seorang pengurus gerai makanan kat situ....Grabs2Go. Sedap tau makanan kat situ. Cubalah :)
OK...pendekkan cerita...wanna take a rest...esok sekolah..eh...silap..esok nak pegi keja. Samala tu. Bye semua.

Sunday, January 02, 2005

01012005 Bermulanya

Hari ini merupakan hari pertama Tahun 2005. Selamat tinggal Tahun 2004. Kita mengakhiri tahun 2004 dengan perasaan sedih. Macam-macam perkara yang telah berlaku ke atas negara kita termasuk peristiwa tsunami. Jumlah kematian akibat tsunami meningkat. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa tsunami dan alfatihah kepada mangsa yang beragama Islam. Bencana seperti itu tidak pernah berlaku di negara kita tetapi ia sesuatu yang tidak boleh dijangka. Apa-apapun setiap bencana yang berlaku memerlukan kita bermuhasabah.
Pagi ni tadi nekaunt dah mulakan dengan perasaan yang geram sekali. Mana tidaknya, my second brother buat hal. Bayangkan kalau kita dah jemput dia kat rumah and suddenly dia kata tak jadi join ayahanda ke Sarikei, kan membuang masa nama nya. Saya cakap kat dia "Kenapa tak bagi tau awal2.....buang masa je"...Zoooooooommmmmm...nekaunt press minyak dan terus memandu. Nekaunt tak suka orang ubah fikiran disa'at-sa'at yang akhir. Pantang sangat!. Tanam pokok pisang pandai, tanam kelapa, jambu, semuanya pandai, tetapi kenapa susah sangat nak tanam perasaan 'hormat'. Tolong hormat perasaan orang. (Ngerepak nekaunt). Nekaunt harap semoga nekaunt tak 'ngerepak' sepanjang tahun. Lupakan.
Apa-apapun sama2 kita berdoa semoga tahun ini tahun yang berkat bagi kita semua....amin.
Till we meet again. Sayonara

Saturday, January 01, 2005

Happy New Year 2005

Selamat menyambut Tahun 2005. Pak Lah kata semua program hiburan dibatalkan diganti dengan majlis tahlil. Takziah kepada kelurga mangsa taufan tsunami
Apa azam tahun ni? Nekaunt ada azam.....tak payah bagi taulah!!
Well...semoga kita hidup sihat, panjang umur dan murah rezeki. Nekaunt banyak dapat SMS, mengucapkan selamat tahun 2005.
All the best. Times flies and so does the writer, wishes to penoff n till we meet again sometimes, somewhere, somesung, someseng...dah-dah....overact dah tu.
Sayonara.
Pantutn 2 Kerat:
Ikan keket, Ikan gelamak,
Selamat menyambut tahun duak kosong-kosong limak. (2005)



Sedang Bertugas


DSCN0111
Originally uploaded by Nekaunt.
Gambar ini diambil sewaktu mengadakan seminar di Premier Hotel. My first trial sending pic.