Monday, January 29, 2007

Wooooo.....malunya



Gurau-senda dan gelak ketawa merupakan senaman jantung. Kadang-kadang seseorang itu mempunyai sense of humour tanpa disedari dirinya sendiri. Yang menyedarinya adalah rakan-rakan atau orang yang berdekatan dengan kita. Kadang-kadang ada yang senyum kambing seperti ini...hehehehehe
Tapi u all mesti ingat...senyum adalah sedekah.


Ni apa hal pulak ni.....serius nampak...Ah...tak kisahlah asalkan tak marah dengan nekaunt sudahlah!!!!

Oh ya...sebentar tadi saya ada menerima sms dari seorang kawan...berbunyi...(berbunyi ke hehehhe...takpelah...) "I heard someone says cooked water, bolied rice in the lift today". Waaaa.....saya senyum sendirian berhad....rupa2nya suaraku yang merdu itu membuat CELCOM kaya 10 sen. Takpe...buatlah selalu demi negara. Kalau sms selalu brapa peratus kena tax...kira menolong negara juga tu....besar kepala....sori...sori...besar pahala u! (Tersasul pulak)

Biasala buat lawak cikit untuk menghilangkan stress selepas sehari suntuk bekerja. Jom kita tengok gambar si pemalu ni..... Wooooo....comelnye n pemalu pulak tu.





Dan lagiiiiii....... Alamak....tengok baby ni tido..terasa pulak mengantuk. OKla...nanti kita jumpa lagi. Kalau tak cukup tido esok kalau bangun pagi mata dah macam mata zombie...heheheheh..lantaklah...save juge eye-shadow aku.




Ok till we meet again...sayonara, sayokangkung and sayobayam. Take care.

Wednesday, January 24, 2007

Kaunter Servis - Ashamed

Hari ini tadi saya teman my dad to bank bumiputera bhd (sibu)to get his pay. (My dad is a pensioner).

Nak kate kan tension pekerja dalam bank tu, rasa tak ramai orang sangat. Itulah kita orang bumi ni.....baik lagi berurusan dengan orang cina....sikap hormat memang kelas...sebab customer is always right.

Berbalik ke cerita yang malang tu (taklah malang sangat). Actually ada salah faham sikit tentang nombor atau nombor giliran. Kat situ ada dua kaunter...satu kaunter khas dan satu lagi kaunter amanah saham. No saya 31 so saya bergegasla ke kaunter amanah saham....rupa2nya salah kaunter...keliru dengan nombor tu tadi.

U all tau apa yang telah terjadi. Salah seorang pekerja kat bank tu meninggikan suara dengan muka cukanya tu (mungkin dia breakfast minum cuka) memanggil saya dengan nada geram. So I told him I am sorry....seems no layan dari dia...masih lagi explaining tentang nombor yang salah tu.

I m about to sit down to wait for my turn n suddenly he called me again and asked for my number. Saya bagila beserta buku bank my dad. U all tau apa terjadi selepas itu...memang tidak ada disiplin dan tidak effisien pegawai kat situ...
Sepatutnya komputer kat kaunter tu semua 'menyala'. One of the computers is not 'functioning' ...bukan out of order tapi one of workers there is making used of the power to charge her/his h/fon battery. Tak malu ke di hadapan customers dia terpekik terlolong bertanya 'siapa punya h/fon tok' n he keeps on repeating whose h/fon. (Sebenarnya saya kenal isteri dia....seorang guru)

So, kat mana sikap 'mesra pelanggan'? Tak digunapakai lagi? Few years back saya masih ingat the workers there were wearing badges with broad smiling sign on it.
Gone with the wind or the sunami has swept it away.

Saudara, tak runtuh bangunan bank itu kalau awak panggil saya dengan elok. Muka awak tak senyum lansung...macam tu ke melayan pelanggan? Memang saya tersinggung. Tak apa....may be one day awak akan ke pejabat saya pulak....jangan susah....saya tak akan 'berbreakfast' kan cuka...tapi madu. Anyway God is great.

Sekian. Harap maklum.

Saturday, January 20, 2007

Selamat Menyambut Awal Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Nekaunt ucapkan terima kasih kepada kak wati kerana 'memforwardkan' perkara yang tertera di atas. Sekurang-kurangnya kita faham sejarah Muharam.



Tuesday, January 16, 2007

TQ Berita Harian - U R The Best

Insan berilmu dapat terima nasihat, pengajaran
Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria


SETIAP manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk lain. Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah lain.

Oleh itu, kita sewajarnya mensyukuri anugerah diberikan Allah dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.

Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiap individu harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amat berharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah menuntut dan menguasai ilmu.

Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:

"Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah."

Bertitik-tolak daripada inilah, kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dengan ilmu dan pengetahuan. Sebagai hamba Allah, kita tidak seharusnya berhenti melakukannya selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan Allah..

Dalam memperkatakan soal ilmu, tidak dapat dinafikan bahawa orang berilmu mampu menguasai sesuatu malah manusia lain yang kurang ilmunya atau tidak berilmu. Orang berilmu dalam sesuatu bidang, tidak akan bersusah payah untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya berbanding orang lain yang tidak berilmu.

Sebelum sesuatu langkah diambil, seseorang akan berfikir semasak-masaknya sebelum meneruskan tindakannya. Berbeza dengan orang yang tidak berilmu akan mudah terburu-buru untuk bertindak tanpa menggunakan akal fikirannya. Implikasinya, segala tindakannya itu kemungkinan akan mengundang masalah yang lebih besar.

Allah mewajibkan setiap Muslim supaya terus menuntut ilmu. Sebagai bonusnya, Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka ini. Ia dapat dilihat di kalangan masyarakat hari ini. Mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan di tengah masyarakat. Kadangkala, mereka juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap malah pemimpin dalam sesuatu perkara.

Bagi orang yang beriman, semakin tinggi ilmu diperolehi akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri. Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Tuhannya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan Islam atau lebih tepat lagi disebut ulama.



Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu)." (Surah al-Fathir: 28)

Daripada maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kepada kefahaman dan penghayatannya kepada perkara tersebut. Dan ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperolehi melainkan dia berilmu.

Tidak dapat dinafikan, kedudukan orang berilmu dengan orang jahil sememangnya berbeza terutama dari segi pemikiran dan cara tindakannya. Maka benarlah seperti firman Allah di atas yang menjelaskan bahawa orang yang tahu memanfaatkan akalnya mampu untuk menerima segala bentuk pengajaran dan nasihat.

Sesungguhnya, orang yang berilmu bukan saja dihormati dan dikasihi oleh manusia tetapi juga oleh malaikat bahkan oleh seluruh makhluk di dunia ini. Ia dibuktikan oleh nas dan dalil al-Quran dan Hadis yang begitu banyak memperkatakan kelebihan orang yang berilmu.

Secara umumnya, perlu kita sedari bahawa ilmu yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada ilmu yang berkaitan akhirat atau biasa disebut sebagai ilmu agama. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat hari ini sama ada mencakupi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya.


Petikan Berita Harian: 16.01.2007

Terima Kasih Berita Harian

Apa kata Nekaunt: Semoga kita dapat manfaat selepas membaca petikan yang terpampang di atas. Semoga insaf dan terus insaf. Allah selamatkan kita semua.

Monday, January 15, 2007

Monday

Ada sesetengah orang kata: Blue Monday. Nak buat macam mana...we have to take it. Kalau tak keje no money 1 sen. Jangan hairan dengan ayat tu...Nekaunt got it from my late mom, speakingla kononnye.

Let us share a little bit of Monday to Saturday di bawah tajuk "WORK WEEK" (Shhhh....just behind my back..je...what I got to do is just turn my chair n there I can see it is nicely pinned on the wall)Tapi it goes with (pic) cartoon n I can't put it here. Here it goes......

Sunday - hurray.....free to do anything I like
Monday - Don't speak to me
Tuesday - God, get me through this day!
Wednesday - Please let me die.... (kerana word burden la tu...heheeh)
Thursday - Life slowly seeps back into my body.......
Friday - Anticipation....(dah mula nak nyanyi cikit2)
Saturday - Night fever....night fever....

It looks nice kalau it goes with gambar katun. Nantila kalau ada masa kita buat ye..sabar ..... atau tak perlu sebab tak important.

OK what else on my mind 2day. Mmmmm tadi pesan kat kawan suruh dia beli nasi goreng ayam mayonez. So far nekaunt belum coba lagi..nak coba la ni. Well...doc pesan jangan makan makanan berlemak teramat sangat...kolestrol? Memang ada kolestrol, the good n the bad. I try to get rid or it tapi .....ahhh...nekaunt suka makan.
Lagi satu my blood pressure recently quite low. Doc ambil my bp sampai dua kali. Doc pesan jangan ambil teh esp. in the evening....makin menjadi sebab tea is nice to take esp after berulam...
(What I hear on the spot) Hairan kenapa suka bercakap dgn suara kuat terpekik-pekik, macamla ada hearing problems. Semasa nekaunt on the line ni ada sorang staf kat sini kalau bercakap sora sampai ke langit. Jangan2 dia ni orang kerajaan dari langit.....hahahahahahaha. (Shut-up nekaunt!!!) Mungkin dia ten sen kot.

Okla, that's all for the time being...cya all. Sayonara, sayokangkong n sayokobis.

Laf oways

Sunday, January 14, 2007

Wednesday, January 10, 2007

Jangan Tak Bace

Komen Dari Nekaunt:

Bukan apa, Nekaunt memang sengaja ambil petikan ini dari Berita Harian untuk menyedarkan seseorang yang pernah mengatakan "haaaa....u masih lagi main komputer......I tak lagi...I dah fed-up......" (Shhhhh....it shows that how shallow her mind is). Please la think positively and not the other way round. Banyak ilmu yang bole kite timba kat sini u!!!!

Wat actually on their mind?


Azam mahu celik IT di sebalik usia senja
Oleh Melati Mohd Ariff

SESETENGAH daripada wanita yang berada di bilik darjah ini sudah mencecah usia “emas”. Dua daripadanya pula pernah bertahun-tahun menjadi pendidik.
Di sebalik usia yang semakin lanjut, mereka kembali semula ke bilik darjah, bukan sebagai guru tetapi pelajar untuk kelas asas komputer! Azam yang kuat untuk mempelajari teknologi canggih ini membuktikan usia bukan faktor penghalang untuk seseorang itu menimba ilmu.Kelas komputer itu dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan bantuan “grant" daripada Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd.Bagi sesetengah pihak, komputer dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) itu sendiri adalah bahagian penting dalam kehidupan harian tetapi bagi wanita ini, ia adalah sesuatu yang baru dan amat menggentarkan.Setiausaha Agung NCWO, Datin Nursiah Sulaiman, berkata pelajaran komputer itu adalah satu usaha pihaknya bagi meningkatkan kemampuan celik teknologi maklumat (IT) khususnya di kalangan wanita yang tidak bekerja.“Kelas komputer yang kami jalankan ini adalah peringkat asas tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk memperkenalkan mereka kepada komputer dan penggunaannya,” katanya kepada Bernama dalam wawancara di pejabat NCWO di sini, baru-baru ini.Nursiah yang berusia awal 60-an secara peribadi adalah “IT-savvy”. Beliau mempunyai pengetahuan IT yang baik kerana sempat belajar selok-belok penggunaan komputer pada tempoh 10 tahun terakhir perkhidmatannya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.Bagi melancarkan perjalanan kelas komputer ini, NCWO bertuah kerana mendapat khidmat jurulatih terdiri daripada sukarelawan yang mempunyai pengetahuan IT.Microsoft juga menyediakan kurikulum yang direka khusus untuk memberi kemahiran yang diperlukan. Kurikulum ini meliputi buku panduan untuk jurulatih dan pelajar. Setiap peserta akan diberikan sijil apabila mereka tamat mengikuti program berkenaan.Kelas komputer ini meliputi pelajaran “word processor”, “excel" (spreadsheets), “power point presentation” dan internet termasuk penghantaran e-mail.Penyelaras projek, Sandra Simon memberitahu, program pendidikan komputer ini dikenali sebagai “Microsoft Unlimited Potentials” dimulakan sejak April lalu dan dibuka kepada anak-anak muda kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.“Pihak kami mengehadkan mungkin 10 orang dalam satu kelas bagi membolehkan jurulatih memberi lebih perhatian kepada pelajar terutamanya wanita-wanita yang sudah berusia ini.“Wanita warga emas ini terutamanya begitu teruja dengan kelas komputer ini kerana mereka berpeluang belajar sesuatu yang baru tetapi dapat melakukannya dengan cara mereka sendiri tanpa ada orang memaksa atau mendesak. Kami ada seorang wanita berusia 78 tahun dan oleh kerana daya penglihatan yang kurang baik, dia membawa kanta pembesar untuk menggunakan papan kekunci,” jelas Sandra.Mengenai “grant” yang diberikan oleh Microsoft, beliau berkata, jumlah yang diberikan pada tahun pertama ialah sebanyak USD36,733 di mana USD23,200 adalah dalam bentuk perisian.Sehingga ini, katanya, seramai 200 orang mendaftar untuk kelas komputer itu terdiri daripada anak gadis dan anak muda yang kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.Untuk 2007, pihaknya mensasarkan 800 orang dengan kelas komputer akan turut diadakan di pejabat pertubuhan gabungan di Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.“Sesiapa saja boleh menyertai kelas ini. Mereka yang berminat boleh menelefon pejabat kami di nombor 03-79543008 atau 019-2259527 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini,” kata Sandra.Impian jadi kenyataanBAGI Shirley Nathan, 69, Patricia Doraisamy, 70, Puan Sivam Selvaratnam, 69 dan Shirley Siew, yang berusia lewat 50-an, menghadiri kelas komputer ini bagaikan impian menjadi kenyataan.Mereka selesai menghadiri kelas pertama pada 8 Disember lalu dan tidak sabar menunggu untuk kelas berikutnya di mana mereka akan diajar tentang internet dan cara-cara menghantar e-mail.“Kami sebenarnya beriya-iya sangat nak belajar komputer tetapi tak tahu mana nak pergi. Kalau hendak diikutkan kami semua ada komputer di rumah. Anak-anak kami semuanya menggunakan komputer tetapi tak ada siapa yang ada masa dan kesabaran untuk mengajar,” ujar Shirley Nathan.Dia memberitahu penulis, cucu perempuannya, Deshika, 8, yang dibawanya ke kelas yang sama ternyata lebih pantas menggunakan papan kekunci komputer dan cekap mendengar arahan jurulatih berbanding dirinya.Shirley berkata, belajar menggunakan komputer akan dapat membantunya menyediakan bahan bagi kegunaan tadikanya dan mengirim e-mail kepada mereka tersayang.Di sebalik usia 69 tahun, Shirley, bekas guru masih cergas mengendalikan kelas untuk beberapa orang anak kawan-kawan serta cucunya sendiri.Bagi Patricia Doraisamy, 70, dia berhasrat sungguh untuk belajar cara mengirim e-mail supaya dapat berhubung lebih kerap dengan anak-anaknya yang sekarang berada di Amerika Syarikat.“Debbie sedang belajar sementara Durga pula bekerja. Buat masa ini hanya telefon pengubat rindu saya dan amat mahal kalau hendak menelefon selalu,” katanya sambil mengeluh.Patricia berkata, lawatannya ke Suruhanjaya Tinggi Kanada tahun lalu turut mendorongnya untuk belajar menggunakan komputer.“Masa itu saya merancang untuk melawat Kanada kerana akan ke Amerika Syarikat. Saya pergi ke pejabat suruhanjaya itu untuk memohon visa. Saya diberi borang dan diminta untuk mengisikan semua maklumat ke dalam komputer.“Malah ketika anak saya Debbie memohon untuk belajar di Amerika Syarikat, semua borang perlu diisi secara on-line. Daripada saat itu saya bertekad saya mesti belajar menggunakan komputer,” kata Patricia sambil memberitahu, anaknya Debbie memberinya sebuah komputer tetapi tidak pernah digunakannya.Pelajaran komputer juga akan memberi banyak faedah untuk diri Patricia memandangkan dia boleh membantu suaminya mencari maklumat di internet sebagai bahan untuk buku dan tulisannya.Sivam, bekas guru seni lukis akan meneroka alam maya dengan laman webnya sendiri yang sedang dibina oleh anak saudara isterinya.“Apa yang terjadi pada suatu hari seorang menantu saya terjumpa salah satu lukisan saya dalam satu laman web tetapi tidak banyak maklumat terkini mengenai diri saya. Jadi dengan adanya laman web ini saya merancang meletakkan hasil lukisan saya di laman web itu dan dalam masa yang sama berharap dapat menghubungkan laman web saya dengan laman web berkenaan.“Jadi apabila saya dengar mengenai kelas komputer ini yang dianjurkan oleh NCWO, tanpa berlengah lagi saya terus mendaftarkan diri untuk memahirkan diri,” kata Sivam yang banyak menghabiskan masanya dengan melukis.Sivam dan Patricia sebenarnya adalah rakan karib sejak lebih 40 tahun lalu.Buat diri Siew, celik komputer akan membantunya dalam menguruskan minat barunya iaitu insurans.Beliau adalah pesara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di ibu pejabatnya di Petaling Jaya.Shirley memberitahu, kepandaian menggunakan komputer dan seterusnya melayari internet dapat membantu meningkatkan pengetahuannya mengenai perniagaan insurans serta syarikat insurans yang ada kaitan dengan urusannya.“Saya juga boleh berhubung dengan rakan dan anak saudara yang ramai di Amerika Syarikat dan United Kingdom apabila saya pandai menggunakan e-mel,” katanya.



Petikan Berita Harian: 9.1.2007.


Terima Kasiiiiih Berita Harian.


Saturday, January 06, 2007

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007

Assalamualaikum

Belum terlambat lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2007
dan juga Selamat Hari Raya Qurban kepada kawan2 semua. U all apa kabar? Saya baru je sihat walafiat. Maklum saje la end of the year mesti terdomam-domam. Mungkin terkumpul kot.... setahun sekali kena domam teruk. Tak sangke kena inject...aduii...cakit kena inject kat punggung. Doktor kate cepat menyerap kalau diinject kat situ. Ape-apeje lah, asalkan pulih sediakala.

Lama saya tak nulis kat sini. Entahlah...hairan....

Raya tahun lepas saya ke kampung halaman. Wuuuu....lama betul tak tengok kampung. Seronok memang seronok tetapi alangkah lagi seronoknya kalau my mak masih ada. Kalau ke kampung ramai tak kenal kite, kalau sebut nama mak ..waaaa...semua kenal, mengalahkan siti nurhaliza....hehehehhehe...

Kat kampung saya duduk di rumah sepupu, anak saudara my mak. We are closed on my mom's side only. Entah kenapa tak closed on my apak's side. Itula...kalau ada anak-anak rapatkan mereka kepada kedua-dua belah pihak, both parents.

Saya rasakan sampai sekarang perkara seperti itu masih diamalkan. Tak payah bagi contoh. Depan mata-kepala saya sendiri sedang 'berlaku'. Kalau Dr Fadillah Kamsah tau perkara ini, sure kita kena lecture. Payah sangat ke nak bawa anak2 jumpa nenek/datuk? Ni...asyik sebelah mama dia saje. Menyampah!!!!. Ingat...akan dituntut di akhirat kalau tak adil. (Bukan Parti Keadilan lah!!!)

Zaman sekarang dah terbalik. Biasanya si suamila yang main kayu 3, sekarang dah lain dah...si isteri main kayu tiga. Impossible seseorang wanita yang terpelajar tak tau yang syurga itu di bawah tepalak kaki suami. Sik takut 'TULAH' kah? Sik sangka, nampak pendiam, rupa-rupanya rimo napuk kuku. Oooo manyak lasat ooo. (Bukan buah langsat)

Aik...kenapa tiba2 nekaunt ni ngerepak tak tentu pasal. Biarla...kat sini kita bole luahkan apa saje. My temperature is over 200% agaknye!

OKla lantak dia. Suka hati.

Sebenarnya saya baru saje nengok drama TV yang dilakonkan oleh allahyarham Hani Mohsen yang mana dia sebagai seorang suami yang begitu penyabar dengan tingkahlaku isterinya yang cureng. Menitis air mata tengok u!!!!. Memangpon kisah sebegini exist in this world. Kita hanya manusia biasa dan bukan malaikat. Orang putih kata No one is perfect. Haaa...kalau ada orang putih baca my blog ni, sure that part je yang mereka faham.

Nak tengok pic kita orang kat somewhere2...tekala kat mane...ok download now




Yang baju mera tu nekaunt. Siapa yang tak nampak ......(Ungkapan P.Ramlee, ape dia?)
Jap lagi burung ini bawa kita terbang melihat pulau2 (Termasuk pulau Jerjak ke?)











Waaa...ini lagi blur....yang snap gambar kita orang ni sakit parkinson agaknye.










Cuba teka lagi.....kita duduk kat tempat yang penuh bersejarah. Kalau tak tau takpe, tak rugi. (Kat Makam.....M.....(ternyata bukan makam minot atau minah atau munah atau mo dze tong)





Well...well...cukup-cukup...dah tak larat nak download gambar2. Ok la semua, kita akan berjumpa lagi di siri yang akan datang....siri ape... siri nare mugam...kah..kah...kah..

Salam sayang n c u soon