Thursday, November 22, 2007

Monday, November 19, 2007

Baju Kurung

Sekali pandang macam model, dua kali pandang macam orang kerdil ...hahahaha...sabar jak aku!!!






Alhamdulillah...nekaunt dapat juga merasa pakai baju kurung baru. Kepada yang menghadiah, terima kasih. Perlu pantun lagi ke? Tak payahlah...pantun yang dulu belum expired lagi...hahahahhaha

Well..the above pictures was taken this morning itself....still fresh. As early as 6.30 am..(teruknya nye)

Bukan ape...just to show to someone over there....hahahahha...

Ok...got work to be done..till we meet again ...sayonara n sayokangkong.


Regards

Monday, November 12, 2007

Di Kanowit : Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri

Ai say men....tak terfikir Saturday ni tadi dapat menghadiri majlis ramah tamah aidilfitri anjuran surau Nurhidayah IPD, Kanowit. Seramai 10 orang ahli-ahli Perkim dan Persekutuan Kumpulan Wanita, Sibu dijemput. Yang bestnya juga, kita orang ada orang jemput ...kita guna van pak polisi....waaaa macam orang tahanan nak di bawa ke sempadan...hahahahahaha...nasib baik semua berbaju kurung. (Hari tu nekaunt pakai baju kurung yang Hadiah bagi...mmm tudung ipar yang bagi. Waaaa...bukan artis saje guna baju sponsor...nekauntpun ada juga orang sponor baju dan tudung. (Kasut dan yang lain-lain tu sendiri punyalah :) )

Jomla kita tengok gambar:



Ketua Polis Daerah Kanowit Tuan Bujang berucap







Tetamu yang hadir









Tetamu yang hadir









Inspectors Gadjets with their nasyid





Terima kasih kepada KPDK dan Isteri atas layanan mesra.




Mesreeee





pun mesra selalu

Thursday, November 08, 2007

Thanks Hadiah

Hari ini nekaunt pakai baju kurung baru. Kain baju kurung itu dihadiahkan oleh Hadiah. Sesuai dengan nama beliau, memang dia suka bagi hadiah. Terima kasih Diah. Kalau pergi ke pulau bali, lain kali bagila lagi........



Pulau Bali





Semua staf kat pejabat memuji warna baju nekaunt. Sebenarnya orang yang pakai baju tu cute...hahahahaha...lantak....angkat bakul!!!!

Well watever I m very the terima kasih kepada Diah. Semoga Allah membalas budi baik kau Diah :). Sejuk perut ibu mengandungkan awak.



Kawan saya, Diah















Toceh...toceh...

All the best




Nekaunt

Tuesday, November 06, 2007

Sejarah April Fool


April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Spenyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Spenyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera kafir. Penduduk-penduduk Islam di Spenyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kafir bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari bumi Spenyol.

Penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Spenyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak kafir mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak kafir kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, orang tua, dan anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh orang kafir. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Spenyol malah di seluruh dunia. Yang menyedihkan orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari sebenarnya mereka merayakan ulang tahun Pembunuhan Beramai-ramai Saudara Seislam Sendiri. BERTAUBATLAH!

Sumber Bacaria Edisi Sabtu (3 April 2004)





Alhamdulillah.....syukur kerana mengetahui sejarah april fool. Kalau diterjemah dalam bahasa Malaysia (direct translate) april fool tu kalau tak silap april bodoh...eh..eh...betul ke ni......atau april paloi...teruk...teruk....



Gambar Perhiasan

Monday, November 05, 2007

P E T U A

PETUA AGAR

SIHAT, CERIA, SEGAK, AYU, TAMPAN, MENAWAN

Seseorang yang suka bersangka baik, sabar, selalu bersedekah, sedia memaafkan kesalahan orang lain dan selalu berfikiran positif akan bertambah sihat kerana sejenis hormon yang dipanggil 'ENDORPHINS' akan bertambah di dalam sistem badan mereka.

Hanya 14 otot sahaja digunakan untuk seseorang itu senyum.. Jadi dia akan kelihatan ceria, bergaya dan kurang kedutan muka serta kelihatan lebih muda daripada umurnya (umur sudah 40 tahun tetapi kelihatan seperti baru berumur 30 tahun).

Seseorang yang selalu bersangka buruk, malas, kedekut, pembenci dan selalu berfikiran negatif akan berkeadaan tidak sihat (sakit) fizikal dan emosi kerana sejenis hormon yang dipanggil 'ADRENALIN' akan bertambah di sistem badan mereka.

Sebanyak 72 otot akan digunakan apabila seseorang itu masam muka. Jadi dia akan kelihatan tidak ceria, kurang bermaya, mata tidak bersinar dan bertambah kedutan muka serta kelihatan lebih tua daripada umurnya (umur 30 tahun tetapi kelihatan seperti sudah berumur 40 tahun).

Tq 4 d information





Penghargaan kepada sipemberi maklumat ini. Nekauntpun tak tau sapa yang bagi...dia letak atas meja yang berselerak....hahahahaha






Senyum Itu Sedekah


Ketawa Senaman Jantung





NotaKakiKu:

Suka memaafkan sape-sape saje, tapi (ada tapi juge..jeng...jeng) ada sorang hamba allah yang sukaR dimaafi...(beruk yang tak sedarkan diri...mmg sah tak sedarkan diri and sirim telah memperakui kesahihan yang si cacat tu tak sedarkan diri, mulut dia celupar sangat). Siapa yang tak kesiankan orang cacat, tetapi sicacat ini ego dan sombong bodoh. Nak bagi dia penampau susah juge sbb bersebablah...hahahaha...Kita ada undang-undang (udang galah ke?)hehehehehe