Monday, December 29, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH

Selamat menyambut Ma'al Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seruruh dunia. Semoga kita semua beroleh kejayaan dan diberkati Allah Subhanawata'la, diberikan kekuatan dan semangat untuk mempertingkatkan diri kita dari semasa ke semasa insya'Allah.






1 Muharram 1430 Hijrah

Tuesday, December 09, 2008

(Terkenang)Hari Raya Haji/Aidiladaha 2008


Hari Raya Haji / Aidiladaha disambut pada 8 Disember 2008M @ 10 Zulhijah 1429H. Selamat menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam seluruh dunia. Biasalah selepas solat kita balik rumah buat tahlil...jemput sanak saudara yang terdekat. Selepas minum dan makan kita pergi kubur menziarahi sanak saudara yang sudah meninggal kan kita. Nekaunt tiap-tiap tahun tidak lupa menziarahi pusara ibunda tercinta (sedih).

Saya pernah mendengar soalan berbunyi: Ustaz bagaimana kita hendak meminta maaf kepada orang tua kita yang sudah meninggal? Ustaz kata "Selepas solat hendaklah kita berdoa untuk orang tua kita
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah juga dosa ibuku dan rahmatilah ibuku dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana dia menyayangiku di sepanjang hayatnya. Tempatkalan roh ibuku di kalangan hamba-hambaMu yang Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Amin... bersemadilah dengan tenang... bertemankan doa dan rinduku. Al-Fatehah...

Balik kepada tahun 2004 tahun yang paling sedih bagi nekaunt. Kawan karib yang tinggal sebumbung telah tiba masanya berpindah balik ke tempat asalnya kerana mengikut suaminya. Dulu dia duduk dirumah sewa dengan kawannya dan terpaksa nak cari kawan baru untuk menggantikan tempat kawannya yang berpindah kerana mengikut suami. Setelah tiga bulan kawan karib nekaunt berpindah ibu pula pergi menyahut seruan illahi pada tanggal 27 Julai 2004 / 5 Jamadilakhir 1426. Sedih ditinggalkan oleh kedua-dua orang yang nekaunt sayang pada tahun yang sama. (jaraknya tiga bulan sahaja). Sedihkan. Amat pilu apabila menyambut aidiladaha jatuh pada bulan Ogos tahun yang sama tanpa ibu. (sob...sob..). Tak pernah nekaunt merasa begitu sedih pada tahun 2004. Apa-apapun life must go on.

Oh ya sekali lagi nekaunt masak kari dan rendang....hantar ke surau berdekatan...sedekah amalan yang mulia.

Well fella..time flies very fast..gotta stop for I've urgent matters to attend to. Bye and take care....




Jom makan kari ayam dan rendang daging....slurppppp.......


All the best

Nekaunt

Tuesday, December 02, 2008

Kariku sampai ke Mukah


Harapan semoga kari manok yang nekaunt masak selamat sampai ke mukah. Bukan apa...kari tu ada orang yang mengidam nak makan. Tak basi ke kari tu?. Nekaunt sengaja tak letak santan takut basik. Letaklah sendiri babe.

So apa perasaan sekarang? Dah dimakan ke kari siau tu? Lega...lega....

Nekaunt ni kalau dengar orang nak makan itu ke ini ke...memang sedaya upaya untuk mendapatkannya...kesiankan orang yang mengidam. Harap-harapla jangan minta hati nyamuk 7 dulang, hati kuman 10 dulang....kalau hati ikan yuk...tak kisahnya..banyak kat laut Mukah...hehehehehehe

Alhamdullilah..semoga selamat semuanya.

All the best

Nekaunt