Friday, March 17, 2006

Padah Tukar Kereta


Tepat jam 7.30 nekaunt keluar dari rumah on the way ke pejabat. Pejabat nekaunt tak jauh dari rumah. Kalau tak jam it takes less then 10 minutes driving to our office.

Sesampai je ke pekarangan pejabat...alamak...nekaunt takde kasut...nekaunt hanya guna selipar. Waduh...waduh...rupa-rupanya kasut nekaunt dalam kereta yang satu tu lagi. Lain kali kena chek semua..hehehe. Sama juga kalau kita tukar handbag, kadang-kadng lupa bawa 'purse'. Nak bayar kat kaunter ...alamak...beg duit lupak kat rumah.....reason....pagi tadi tukar handbag...hahahaha...perempuan...perempuan.

Apa lagi ya kerenah kita perempuan ni? Banyak..banyak..banyak....beribu-ribu lemon. Kita tak dapat lari dari kenyataan....jangan berpura-pura, nanti jadi kera... atau jadi kura-kura dalam perahu pura-pura tak tahu.....

Nekaunt ada sorang kawan, punya banyak eksen....dia kata...'sekarang I dah banyak berubah...I tak ..itu...I tak ini....(Shhhhh......"Ape.... tidak pecaye ke?"...hehehehe...lantak dialah!!! Tak kuase u! (I better mind my own bu c ness)

Well...lupa nekaunt nak ucapkan tahniah kepada my nephew in Miri, SPM dia average, walau apapun....tingkatkan diri dari semasa ke semasa dan mesti yakin pada diri sendiri. Apa program anda seterusnya? Kalau ada masalah sila rujuk pakar rujuk...hahahahha....nasib baik tak pakar rojak.....hahahahahha.(Aunty loves rojak)

Tak lama lagi sekolah bermula. Kalau ada 'homework' jangan diabai sehingga mama kamu bawa rotan...baru nak buat. (Auntypun nakal juga dulu....nenek bawa buluh panjang sekali dan terjadi insiden kejar mengejar di antara kami....nak tau kenapa? ...sebab aunty tiap-tiap petang lambat balik rumah....main 'asen', main guli, main masak-masak dan pegi tangkap anak ayam orang sebelah rumah. Ada peristiwa lucu, anak ayam yang ditangkap tu tadi kawan aunty tanam dia hidup-hidup dalam tanah...kononya esok anak ayam tu akan membesar. Dia fikir anak ayam tu benih sayur ke? Paloi!! Bayangkan orang di sebelah rumah tu mencari anak ayam yang hanya tinggal 4 ekor saja lagi. Tuan punya anak ayam tu kata...kemana lagi pegi seekor anak ayam ku ni? Kami pura-purala tak tau...hahaha..kura-kura dalam perahu lagi!!!!

What does it take to be a good performer? Pernah tak dengar soalan tu untuk M Nasir. Jawapannya banyak. Tapi aunty suka guna 1 ayat saja...iaitu CONFIDENT, yakin pada diri sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Jangan 'manjak gilak' bah. So..to my anak2 buah...(buah durian ke, langsat ke..hehhe)be a good citizen and be loyal to God, parents and to your country...jap...jap and not forgetting your sweet aunty..huh...(diapun nak juge)

Mmmm...last but not least......sila tengok di bawah untuk anakbuah aunty.
Kejayaan tidak datang dengan sendiri, melainkan kita perlu mengorak langkah menuju ke arah kejayaan. Kejayaan boleh ditempa, dengan kata lain “Impian boleh menjadi kenyataan”. Kita boleh merekacipta semula impian dan impian akan tercapai apabila kita bersedia dan berkata pada diri dan minda sendiri dengan perkataan “YES aku mesti berjaya”.

Sekian..pokpe..pokpe...aunty.

Sayang selalu,

Nekaunt


Wednesday, March 15, 2006

Ibu bapa penggerak cinta kepada al-Quran




Ibu bapa penggerak cinta kepada al-Quran
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


GENERASI muda hari ini banyak terdedah dengan pelbagai jenis budaya hidup tidak menentu hingga ada waktunya mereka sendiri menjadi keliru untuk mengikut rentak budaya itu.

Sedangkan prinsip hidup memerlukan pegangan kuat dan utuh untuk seseorang menyelamatkan diri daripada terjerumus ke kancah kehidupan yang tidak diredai Allah.

Amalan yang boleh mengelakkan seseorang itu khususnya generasi muda daripada terikut gejala tidak sihat yang dibawa budaya asing ialah mendekatkan diri dengan al-Quran.

Al-Quran memiliki pelbagai hikmah, pengajaran, sejarah, kisah perjuangan nabi dan perkhabaran ghaib yang menjanjikan kesejahteraan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkannya. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang yang mengikuti keredaan-Nya. (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan adalah berbeza dengan membaca tanpa mempunyai matlamat yang tertentu.

Mengenali al-Quran hanya dengan membaca tanpa mengikut hukum tajwid, memahami tafsiran ayat tidak memberi kesan kepada fizikal dan mental orang yang membacanya.

Oleh itu, wajar bagi ibu bapa membimbing anak menjadi generasi celik al-Quran selaras usaha kerajaan melalui program j-QAF (Bahasa Arab dan Fardu Ain) yang kini sedang diajar di sekolah rendah.

Namun, dalam usaha menggalakkan anak mempelajari dan mengenali al-Quran lebih dekat, ibu bapa juga perlu memberi contoh yang baik.

Jika anak muda mudah menghafal lirik lagu, pastinya mereka juga boleh menghafal ayat suci, doa dan zikir jika ini sudah dibiasakan dalam kehidupan harian mereka.

Alangkah indahnya jika ayat al-Quran sentiasa bermain di bibir mereka ketika melakukan aktiviti kegemaran.

Barangkali ramai anak muda hari ini dibelenggu permasalahan diri kerana kealpaan terhadap al-Quran menyebabkan mereka mengambil tindakan bertentangan ajaran agama.

Sehingga ada yang terbabit dengan arak, dadah, pil khayal, lari dari rumah, ponteng sekolah dan kegiatan negatif lain sebagai cara melepaskan diri daripada terus dibelenggu tekanan.

Dalam saat begini mereka sepatutnya kembali mencari ketenangan diri dan kekuatan dengan membaca al-Quran atau paling tidak, mendengar alunan ayat suci itu.

Firman Allah bermaksud: “Dan kami turunkan kepadamu kitab untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri kepada Allah.” (surah al-Nahl, ayat 89)

Membaca al-Quran adalah ibadat dan Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka yang memartabatkan isi kandungan kitab suci serta mengamalkannya.

Antara kaedah mudah yang boleh dimulakan oleh ibu bapa untuk mendekatkan diri mereka dan anak dengan al-Quran ialah:
• Mengkhususkan masa di antara Maghrib dan Isyak untuk duduk bersama ahli keluarga dan bertadarus al-Quran. Selain dapat bersama membetulkan bacaan, ia juga merapatkan hubungan kekeluargaan.
• Seandainya ibu bapa sendiri tidak mahir membaca al-Quran, dapatkan seorang guru yang mampu membantu ahli keluarga belajar membaca ayat al-Quran dengan betul.
• Semarakkan kehidupan berkeluarga dengan bercerita kisah nabi dari al-Quran. Setiap ahli keluarga boleh bergilir-gilir bercerita.
• Jika bermusafir, biasakan mendengar rakaman bacaan ayat suci al-Quran atau alunan zikir.
• Tidurlah dengan alunan bacaan ayat al-Quran. Biasakan menidurkan anak dengan lafaz ayat suci al-Quran.

Usaha lain yang boleh dilakukan untuk melengkapkan cara mempelajari dan mendalami al-Quran ialah:
• Melatih anak dan remaja membaca al-Quran dengan sempurna
• Melatih anak menulis semula ayat yang dibaca.
• Memberi mereka kefahaman mengenai isi kandungan Al-Quran.
• Melatih mereka menghafaz ayat al-Quran.
• Mendidik mereka mendalami al-Quran dalam kehidupan.

Apabila bibir sentiasa dibasahi dengan bacaan al-Quran, ia akan menjadi sebati dengan jiwa, mengalir bersama darah, menjalar ke seluruh urat saraf dan kesannya akan terpamer melalui ketrampilan individu generasi al-Quran itu.


Petikan Berita Harian

Bertarikh: 10 Mac 2006

Semoga mendapat rahmat dan hidayah. Mari kita sama-sama memanfaatkan perkara yang tertera di atas dan insyaAllah anak-anak akan menajdi orang yang sempurna,cemerlang, gemilang dan terbilang.


Nekaunt

Monday, March 13, 2006

What I did On Saturday

Saturday ni tadi nekaunt suruh orang potong rumput kat belakang rumah. Sedap mata memandang selepas dipotong. Bersih je nampaknya. Biasala kalau abis keja kita bagi dia minum.

Nekaunt guna cerek yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Marila nekaunt show off sikit...hehehhehe...cantik tau....macam ada rahsia pulak cerek ni...heheheheh..



Nekaunt guna cerek tu sebab kita orang ramai...sedap air teh dalam cerek ni. Terima kasih kepada 'kera putih'...dia yang bagi ni tau....(senyum sebiji)

Apa-apapun nekaunt rindu pada hari semalam dan masih rindu pada hari-hari yang akan datang. (Orang ya...mun datang ke Sibu....sorrila nak naik ke rumah....bekepit jak dengan abang sayangnya.....tunggu ko....hahahhahhaah)....guro...guro...

Kita kena terima hakikat....kata orang putih...."Always Is Not Forever".

Masak apa hari ni tadi? Pagi2 nekaunt goreng nasi, petang tadi masak nasi lemak.....sedap.....belajar dari kakak. One day nekaunt nak buka restoran "Restoran Demas" Ingat nama tu ya....sapa2 tengok nama dmas tu....nekauntla yang punya. Cewahhhh....angan2 mat jenin. Tak salah kita berangan benda yang baik. Doa tu :)

Well....what's next? Nothing I guess...so I better make a move....nak solat lok. Sekian...jumpa lagi.....wassalam.

Nekaunt always.

Mood: Terkenangkan Sahabat Karib

Saturday, March 11, 2006

Happy Birthday To Hazim














Selamt hari lahir kepada my grandnephew Hazim. Dia empat tahun lah! Kami gelak bila dia kata "Kecik nar cake b'day abang' (Membahasakan diri dia abang) Jom mari kita tengok birthday cake kecik tu.........

















Ae..ae..leh....syukurla tu Zim ada kuih b'day...., nekaunt dulu sambut dengan roti keben dan air teh...hahahahahah....cedap....cedap....dan berkhasiat.

Sebenarnya, ayah dia janji nak sambut kat Kuching...so this one baru 'limau kasturi'...hahahahah...

So dia orang dah gi Kuching, nekaunt tak dapt ikut sebab tak dapat ikutlah. Nekaunt masih sibuk.

Kepada Hazim nekaunt ucapkan selamat harijadi yang ke 4 tahun. Panjang umur dan murah rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh, berdisiplin dan berjaya dalam kehidupan, insyaAllah. (Shhhhh.....nekaunt belum beli hadiah.....)

Nekaunt minta diri dulu.

They call me Nekaunt

Mood: ceria

Song: Happy Birthday

Friday, March 10, 2006

Senyum Kambing







Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

heeeeheeee...."




Take Note:

Nekaunt dapat story ni dari TDC

http://www.telatah.com

Sekian. Jumpa lagi.

They call me nekaunt

Mood: Gumbira

Thursday, March 09, 2006

Kesihatan

Nekaunt terbaca dalam utusan malaysia. untuk pengetahuan kita semua...sila baca.

Kesihatan

Sindrom ovari polisistik
Oleh: DR. SHAH REZA JOHAN NOOR (Pakar Perunding Kanan Perbidanan & Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia)

SINDROM ovari polisistik merupakan satu keabnormalan yang tercetus daripada keganjilan paras hormon-hormon tertentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai haid yang tidak teratur dan kadangkala tidak ada haid langsung.

Walaupun sindrom ini boleh memudaratkan wanita, rawatannya tetap ada. Artikel ini akan membincangkan mengenai apakah sindrom ovari polisistik, bagaimana ia didiagnos dan cara rawatannya.

Permasalahan

Wanita yang menderita sindrom ini memang dilahirkan dengan situasi telur sebegitu. Cuma, manifestasi petandanya jelas pada umur yang meningkat. Boleh dikatakan sindrom ini mempunyai talian kekeluargaan di mana anak-anak pun mungkin juga akan mewarisi sindrom ini.

Pemahaman masalah melalui pemahaman hormonhormon reproduksi

Setiap bulan, folikel yang mengandungi telur, menjadi matang dan dibebaskan dari ovari seseorang wanita. Sekiranya persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma, wanita tersebut akan mengandung.

Sekiranya tiada persenyawaan, ataupun proses tersebut gagal, lapisan dalam rahim iaitu endometrium akan terhakis dan dikeluarkan sebagai pendarahan haid.

Hormon-hormon utama wanita

* Hormon perangsang folikel dan hormon luteinisasi dikilangkan di kelenjar pituitari yang berada di dasar otak. Hormon perangsang folikel merangsang kematangan telur di dalam ovari manakala hormon luteinisasi pula merangsang supaya telur tersebut dikeluarkan dari ovari tersebut.

* Ovari menghasilkan hormon-hormon estrogen dan progesteron. Estrogen menyebabkan lapisan dalam rahim iaitu endometrium, menebal. Selepas ovulasi, paras progesteron yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah membengkak seterusnya perubahan lain yang bertujuan sebagai persediaan mengandung.

Hari pertama kedatangan haid dilabelkan sebagai Hari Pertama. Purata kitaran haid wanita lebih kurang 28 hari, termasuklah pendarahan yang berlaku selama lima hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, kitaran haid berubah-ubah dari 23 hingga 35 hari.

Dalam kebanyakan kes, hormon perangsang folikel dikeluarkan mencukupi untuk kehadiran satu folikel yang kemudiannya akan mengeluarkan telur dari ovari apabila matang. Lain pula halnya dengan sindrom ovari polisistik. Walaupun mempunyai banyak folikel, proses kematangan tidak berlaku dan tentu sekali telur tidak akan dikeluarkan.

Disebabkan tidak ada pengeluaran telur, paras hormon progesteron menjadi rendah manakala paras hormon estrogen dan androgen menjadi tinggi mengakibatkan pendarahan haid menjadi tidak teratur.

Insulin

Insulin juga memainkan peranan dalam sindrom ovari polisistik. Ramai wanita yang menderita sindrom ini mempunyai paras hormon insulin yang tinggi ataupun insulin yang dikeluarkan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya dengan cekap.

Ini mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai berat badan melebihi berat sepatutnya bagi umur mereka. Selain itu, mereka mungkin turut mengalami kesukaran untuk mengurangkan lebihan berat badan. Mereka akan cenderung ke arah penyakit kencing manis.

Kehadiran insulin berlebihan akan mengganggu tumbesaran folikel-folikel di dalam ovari, lambat-laun ovari akan membesar disebabkan oleh banyaknya folikel yang dikandung.

Risiko jangka panjang

Sindrom ini dikaitkan dengan penyakit jantung, kencing manis dan juga tekanan darah tinggi.

Kehadiran estrogen yang tinggi berpanjangan, tanpa timbal balik rangsangan hormon progesteron, meningkatkan risiko tumbesaran lapisan dalam rahim secara melampau. Masalah ini lama-kelamaan akan menyebabkan hiperplasia endometrium yang seandainya tidak dirawat akan mendedahkan wanita kepada kejadian barah rahim.

Rungutan dan tanda-tanda

Perlu diingat, perubahan hormon mungkin bermula ketika kitaran haid yang pertama, mungkin juga berlangsung dengan peningkatan usia.

lKehadiran bulu-bulu dan rambut-rambut kemiripan lelaki di muka dan juga badan. Faktor bangsa turut mempengaruhi

*Jerawat

*Kulit menjadi kegelapan dan menebal di bahagian leher, ketiak, kawasan di tepi faraj kedua-dua paha dan juga permukaan sebelah dalam paha

*Gemuk atau berat badan melebihi berat yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian

*Kehadiran haid yang tidak menentu ataupun tidak datang haid langsung

*Sukar untuk mengandung

*Infeksi/jangkitan yis/fungus/kulat di faraj

*Mungkin juga kehilangan atau keguguran rambut keterlaluan.

Diagnosis

Doktor akan menjalankan pemeriksaan kesihatan, sejarah dan juga fizikal.

Kitaran haid akan ditanya secara terperinci, sejarah keluarga termasuk kakak-kakak, adik-adik perempuan dan ibu, akan dihalusi. Ujian darah termasuk paras-paras hormon tertentu, glukosa darah dan mungkin juga paras insulin akan dikaji.

Ujian ultrasound akan dijalankan semasa seseorang sedang mengalami datang bulan untuk merekodkan morfologi ovari, juga ketebalan dinding rahim iaitu endometrium, akan diukur.

Rawatan

Sindrom ini merupakan satu situasi yang berkekalan. Rawatan bergantung kepada rungutan dan juga sama ada puan berhasrat untuk mengandung.

* Perubahan tatacara kehidupan. Ini bertujuan merendahkan paras hormon insulin, bersenam dan beriadah setiap hari boleh membantu (sekurang-kurangnya 30 minit sehari).

Pengurangan berat badan juga boleh menurunkan paras insulin bagi membolehkan pengeluaran telur dari ovari. Ia juga membantu mengurangkan kehadiran rambut-rambut dan bulu-bulu ke arah kelakian dan seterusnya merendahkan risiko hiperplasia dinding rahim.

Pola pemakanan juga perlu dijaga. Kurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat di samping mengurangkan pengambilan gula. Pakar pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan tertentu.

* Secara perubatan.

Untuk mereka yang haidnya tidak teratur, hormon progesteron ataupun pil perancang keluarga mungkin membantu.

Bagi mereka yang berhasrat untuk mengandung pula, perawatan yang diberikan tumpuan adalah supaya kematangan telur berlaku dan seterusnya boleh dikeluarkan untuk disenyawakan.

Ubat-ubatan lain mungkin turut dipreskripsi bagi mengawal serta merendahkan paras insulin badan. Ubat-ubatan lain yang mungkin diberikan bertujuan untuk melambatkan tumbesaran rambut-rambut dan bulu-bulu mirip kelakian.

Bagi mengatasi masalah kehadiran rambut dan bulu yang sedia ada, kaedah-kaedah kosmetik disyorkan seperti bercukur, elektrolisis dan kaedah-kaedah lain yang terdapat di salun-salun kecantikan.


Petikan: Utusan malaysia 8/3/2006


They call me neakunt

Mood: Tired