
From the colour of the pictures we knew the photos was taken many years back. Lets have a look....jangan mare nanti kena jual.
Tengoklah gelagat anak-anak saudara nekaunt semasa mereka masih kecil. Dari reaksi, mungkin mereka bercita-cita hendak mendaki gunung kinabalu atau mungkin mereka ini 'jangai' hingga tak terkata. Sekali sekala biarkan mereka buat apa yang mereka suka tetapi kita sebagai orang tua atau pengasuh perlu mengawasi mereka.
Apa-apapun mereka sekarang dah basar bah. Sudah gred, about to be graded, still on the way masih belajar pun ada dan yang kecil sekali (tapi dah teluas) akan menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagik. (Dulu kita panggil dia KUPAT...sekarang teluas umek)
Semua kita ada cerita lucu semasa kita masih kecil dan nekaunt nak ceritakan seringkas-ringkasnya kisah nekaunt pulak.
Pada suatu pagi yang indah dan selepas itu bertukar menjadi tidak indah, nekaunt berserapan dengan dad dan ibu tanya 'kau nak minum apa?' Nekaunt kata nak air teh, ibu bagi, lepas tu nekaunt changed mind nak minum milo...pun bagi juga. Air milo tu pun tak bernasib baik ...kena tukar air susu. Dah bagi air susu....dikatakan penuh...so dipindah kan ke cawan yang lain....lepas tu nekaunt kata lagi....terlalu sedikit..... Akhirnya ibu naik angin..siap semua minuman tadi dicurahkan ke atas kepala nekaunt. Itulah kenangan nekaunt semasa kecil....nak tau, nekaunt memang manja dan 'kuat merintah' dan muka tok selalu kenak pupus ngan air guna pengayak lagi tu...kononnya nak buru hantu dan iblis. Logik ke? hahahahahahahaha. Sekian :)
Nekaunt ucapkan selamat berpuasa kepada anak2 saudara nekaunt dan semoga berjaya dalam apa-apa bidang diceburi.
Kepada Ipuk... don't rest too much...bila nak sambung belajar? If there is no struggle, there is no progress. Itu kata Frederick Douglass. ( I m looking forward )
Ok gals n boys. Time's up. Till we meet again...sayonara....nasib baik tak sayokangkong.
Auntywella