Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah

Salam untuk semua....alhamdulillah...setakat hari ini nekaunt masih lagi bertahan/berpuasa/berterawih. Semoga nekaunt diberi kesihatan/kekuatan yang elok ...amin..main ya rabal a'lamin.

Malam-malam nekaunt pergi terawih kat surau kampung Datu Baru. Memandangkan rumah nekaunt jauh dari surau tersebut nekaunt buat lapan rakaat je tak sampai 20. Anyway yang penting kita jujur dan ikhlas beribadat. Semoga semua muslimin dan muslimat dimuka bumi ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Menu untuk berbuka: Normally nekaunt buat juadah seperti biasa. Sekali sekala buat extra, nekaunt beli rojak buah (yang ada petis ya bah). My dad kata rojak tu pembuka selera.. betul ke atau ada problem sikiti makan 'dinihari'. Semasa kecil dulu nekaunt memang berproblem nak angakat sahur....makanpun tak seberapa. Kalau sekarang tidak ada problem langusng. Makan pagi seperti makan tenghari atau makan malam.....berselera la tu. Yang berpuasa ada losing weight too much, nekaunt hilang 1 kg je. Takde pentanda nak slim macam dulu....biarlah, yang penting sihat walafiat. Ketinggian nekaunt sik sampei 5 kaki...only 4 and 11 and half kaki. Ketinggian sheila majid la konon...hahahaha.

Dulu cita-cita nekaunt nak jadi polis, macam my dad. Unfortunantely nekaunt pendek tak sampai 5 kakipun. Dah lah pendek, kurus lagi tu. (Itu zaman dulu...sekarang maaf zahir dan batin)

Satu lagi nak jadi wartawan konon...hahaha. sori mak temah jangan nak mimpi...juga tak jadi. Tapi syukur jugalah kerana nekaunt join PERKIM dan dipilih oleh Mak Datin jkk publisiti - bertanggung jawab ambik gambar, buat laporan and for your information kalau kita rajin semuanya bole jadi. Nekaunt buat blog/flickr untuk PERKIM. So sila lawat ke laman ni http://wanitaperkimsibu.blogspot.com. Anyway kita orang banyak buat aktiviti PERKIM sebelum dan masih going on until now. I hope I have time to post some of the activities soon.

Ok time flies fast gotta go and c ya some ohter times. Take care.

Nekaunt yang sweet (Angkat bakul!!!)

Thursday, September 10, 2009

Fitrah Zakat & Syukur

Salam 1 Malaysia

Syukur dan alhamdulillah kita semua masih di dalam bulan ramadan dan masih sihat dan dapat mengerjakan ibadah puasa. Setakat hari ini dah masuk 20 hari kita berpausa. Semoga diberi kekuatan sampai bila-bila.

Dah bayar zakat fitrah? Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat ini akan dishare dengan orang yang kurang berkemampuan. Betapa indahnya Islam. Nekaunt bayar zakat dan wang baitulmal Swk tiap-tiap bulan menerusi potongan gaji. So sucilah gaji nekaunt berakat lagi halal..heheheh. Dah siap ke baju raya, kasut raya, kuih raya? Nekaunt ala kadar jak. Yang penting kita menyambut hari raya dengan gembira selepas sebulan kita berpuasa. Hari raya kita kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara, rakan-taulan dan sahabat andai.

Yang paling gembira sekali menyambut hari raya ialah kanak-kanak. Mereks pakai baju baru, kasut baru dan pendek kata serba serbi baru. Masa zaman kanak-kanak dulu nekaunt mesti beli kasut baru, kalau lambat beli, siap muka cuka dan hentak diri atas lantai. Sekarang kita faham perasaan mereka kan? Apa-apapun kita perlu ingat juga kepada mereka yang kurng bernasib baik.

Teringat masa silam, waktu itu masih di alam remaja. Memang seronok apabila menyambut hari raya. Memang ditunggu-tunggu untuk berjalan dengan kawan-kawan. Yang hairnnya tak merasa lenguh, kalau dapat jalan sampai ke pagi...really energetic.

Sebelum mengakhiri teks yang ringkas ini Nekaunt ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan datang, insyAllah.

Kepada 'pembawa-pembawa'..mananah..melilih..jangan lupa minta maaf.

Satu pesanan ringkas untuk semua: jangan percaya 100% kepada sesama manusia termasuk ipar dan biras sendiri. Cakap siang pandang2 dan cakap malam bisik-bisik.
Setiap yang busuk akan berbau walaupaun sudah ditanam dalam tanah....
Nekaunty bercakap melalui pengalaman. Jangan terlalu baik dan jangan terlalu jahat.


Mood: Masih tak percaya dan masih menggalabah dan sekali sekala bergenang air mata.

Cya all.

Nekaunt.