Assalamualaikun semua, dah lama NekAunt (NA) tak masuk blog ni. Nak kata sibuk tak juga, nak kata nak menyibuk pun tak juga. Biasala rutin harian kita…turun kerja..balik kerja…balik petang …nasib baik tak balik pagi. Eh..eh…pernah balik kul 2 pagi pernah. Ada perkara urgent yang perlu diselesaikan utk diterbangkan ke KL the next day.
OK…kali ni N/Aunt nak share ngan kawan2 semua pengalaman NA kursus baru-baru ini kat Rajah Court Hotel, di Kuching. Punya best dan enjoy sangat2. Bagi NA kursus Pembangunan Insan Cemerlang banyak membuka minda kita ke arah positif, banyak tunjuk ajar yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.
MINDA - Kursus kali ini banyak bermain dengan minda. Sengaja nak suruh kita memerah otak. Elok juga sekali sekala otak kena perah…hehehehehe….senaman otak jadinya…..bes…bes. Ada sorang kawan sebilik dengan NA tersangat lucu orangnya. Luahan hati dia “ Aku sik suka pergi kursus macam tok ….” NA tanya dia kenapa? Dengan penuh ‘feeling’ dia menjawab “ Tau kau kenak aku sik suka, sebab kita kenak berfikir….” (dia cakap dalam loghat Sarawak).
Aduiiiii……si Lily kita ni…lucula dia ni. Tapikan…. walaupun dia cakap macam tu, dia tetap bersemangat menyertai kursus tersebut, tak kering gusi kita dibuatnya…ada2 saja dia tu nak buat kita gelak. Shhhhhh…Lily bace ni…. “Tidak ada yang mustahil sebelum dicubai”.
Aaaa…ada 3 orang lagi kawan NA yang 1 bilik semasa kursus tu. Semuanya baik2. Ada sorang tu kan NA beri gelaran kat dia…. ‘Mak Andam’. Kalau dia gelak…full volume. NA kalau nak gelak suara tak keluar, yang keluar air mata,hahahahah. Lucula kononnya. Bayangkan jam dah pukul 12 malam dia masih ada tenaga lagi nak uruskan bulu kening si Nor tu. Dia ada bakat nak jadi juruhias pengantin nampaknya….menyerlah sekali. Dia pandai make-up muka, dia pandai cukur bulu kening dan mungkin banyak lagi yang kita tak tau apa yang dia tau.
Si Lily yang tak pernah pakai bedak muka pun jadi ‘mangsa’ dia. Teringin sangat nak tengok Lily dibedakkan muka so dia pujuk abis-abisan si Lily tu dan finally atau akhirnya si Lily tewas dengan ‘godaannya’ itu….hahahhha. Maka si Lilypun dimake-upkanlah. Malam tu kami ke kelas dan NA ada dengar 1 guy komen…… “haaaa..macam tu lah…berseri u!). Sepanjang kursus kami siang dan malam, pertama kali malam tulah Lily with her stylo make-up. Tapi sayangnya ‘mak andam’ kita tu tak bawak complete set perkakas hiasannya. (Bukan apa…sebenarnya Lily kita ni tak pernah sapu bedak kat muka dia….tu yang geram sangat nak tengok muka kena make-up tu). NA ada ambik pic dia sebelum dan selepas dimake-upkan…hehehehhehe. (Dahpun NA pos pic tu untuk renungan bersama).
Oh ya satu lagi perkara yang lucu berlaku, selalunya kalau kita nak snap pic, kita akan snapkan keseluruh objek yang kita nampak Yang menghairankan NA, kawan NA ‘mak andam’ tu snap kat bahagian kaki, punggung dan perut si Lily tu..hahahahahha….. Mentang2la si Lily tu banyak isi….dia kata “lemak dan berkerim” hahahahahaha. Hancur kau Lily hancur!!!!. Geli hati NA apabila Lily berkata “ Oooo….kenaklah aku dikejo kita urang kedak ya” hahahahaha. Yang bes nya Lily tak ambil hati……kita suka sangat usik dia. Sportingkan? Nanti kalau ada peluang ….NA nak jumpa Lily kalau NA ke Kuchinglah. OK…panjang jugak cerita NA ni…..lain kali Na sambung lagi…masa tak menizinkan. Sebelum menarik jari ni balik…baca sikit yang di bawah tu….yang NA peroleh dari kursus
KEYAKINAN DIRI – Keyakinan diri ialah kepercayaan dan persepsi bahawa ia boleh mengendalikan segala cabaran yang dihadapinya. Ringkasnya, mereka yang yakin diri adalah orang yang dapat mengawal kehidupan mereka dengan cemerlang.
7 Prinsip bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
Fikirkan Boleh
Berdikari
Berfikir Secara Kritis
Bersikap Inovatif
Tabah Menghadapi Cabaran
Tetapkan Matlamat Hidup
Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran.
Kalau nak dihuraikan satu persatu tak larat NA nak taip, bukan malaslah tapi masa tak mengizinkan. Lain kali kita akan jumpa lagi ya….sayonara ayamas!!. Take care semua dan bersua kembali apabila NA ada masa. Ingat…MASA ITU NYAWA. (Perkataan ni pun NA peroleh dari kursus)
Pantun 2 kerat:
Dua tiga cat berlari,
Lain kali jumpa lagi!
Salam dari NekAunt. (Bukan salam bollywood tau )
P/S: Yang Kurik Kundi, Yang Merah Saga, Yang Baik Budi, Yang Indah Bahasa.
If U WaNt YoUr LiFe 2 b MoRe ReWarDiNg, U HaVe 2 ChAnGe ThE WaY U ThInK.
Saturday, June 25, 2005
Monday, June 13, 2005
Good friends
Yes! We are the best! Puji diri sendiri takpe, asalkan bahagia..hahahahaha. Gambar ini diambil di dalam bilik hotel. Kita orang Insan Cemerlang tau...bukan calang2 orang...(laaaaaa puji lagi).
Sebenarnya kami menghadiri kursus Insan Cemerlang. Belum lagi Gemilang dan Terbilang. Nak tau..lain kali nak ambil kurus Gemilang dan Terbilang...ada tak kursus seperti tu? Pak Lah selalu sebut perkataan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Diharap selepas menghadiri kursus tersebut kita jangan hilang sudahlah!
Nekaunt rasa ngantuk, lain kali sambunng lagi.....
Till we meet again, sayonara...nasib baik tak sayur kangkong..hehehe. Ok jumpa lagi dilain masa.
Mesreeee!!! (Itu kata Bob AF tau!)
Jap...jap..kepada yg tension2 to sila baca ni...
The moment you are in tension
You will lose your attention
Then you are total confusion
And you feel irritation
This may spoil your personal relation
Ultimately, you won’t get co-operation
And get things into complication
Then your BP may raise caution
And you may have to take medication
Why not try understanding the situation
And try to think about the solution
Many problems will be solved by discussion
Which will work out better in your profession
Don’t think it’s my free suggestion
It is only for your prevention
If you understand my intention
You will never come again into tension!!!!
Sebenarnya kami menghadiri kursus Insan Cemerlang. Belum lagi Gemilang dan Terbilang. Nak tau..lain kali nak ambil kurus Gemilang dan Terbilang...ada tak kursus seperti tu? Pak Lah selalu sebut perkataan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Diharap selepas menghadiri kursus tersebut kita jangan hilang sudahlah!
Nekaunt rasa ngantuk, lain kali sambunng lagi.....
Till we meet again, sayonara...nasib baik tak sayur kangkong..hehehe. Ok jumpa lagi dilain masa.
Mesreeee!!! (Itu kata Bob AF tau!)
Jap...jap..kepada yg tension2 to sila baca ni...
The moment you are in tension
You will lose your attention
Then you are total confusion
And you feel irritation
This may spoil your personal relation
Ultimately, you won’t get co-operation
And get things into complication
Then your BP may raise caution
And you may have to take medication
Why not try understanding the situation
And try to think about the solution
Many problems will be solved by discussion
Which will work out better in your profession
Don’t think it’s my free suggestion
It is only for your prevention
If you understand my intention
You will never come again into tension!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

