Pengalaman semasa berkursus memang best, bermanfaat.
Antara tajuk yang didedahkan:
1. Pengenalan Kepada Keusahawanan
2. Penyesuaian Usahawan dengan Perniagaan
3. Analisis Ekonomi dan Persekitaran Pengguna
4. Jenis dan Bentuk Perniagaan
5. Asas Pemasaran
6. Asas Pengurusn Perniagaan
7. Pengurusan Kewangan
8. Perakaunan
9. Rancangan Perniagaan
10.Pembiayaan MARA
Pengalaman saya semasa kursus...salah seorang penceramah (tak payahlah sebut nama), sangat lucu apabila dia mengajukan soalan ini. " Which one is better ...kerja dengan kerajaan ke atau berniaga?"
Masing-masing la dengan jawpan. Pencermah tu kata kalau kita kerja dengan kerajaan...hujung bulan baru dapat gaji dan bulan belum habis poket sudah pokai. Kalau berniaga...hari-hari tengok wang dan tak perlu risau kalau dah hujung bulan. Dan lagi beliau kata....orang bekerja dengan kerajaan memang dah kena sumpahan...berhutang kereta dan rumah.....hahahahha....itu kenyataan di bawah lampu neon yang bernyala. Orang kerajaan jangan mare....terimala hakikat. Tapikan ada kebikannya juga...kalau dah tak kerja lagi (bersara wajib la tu) masih ada wang tiap-tiap bulan sampai kita 'dijemput' balik kepada Nya. Berniaga ni kena tahan risiko. Watever...harap-harap kita berjaya di dalam kedua-dua bidang yang diceburi. Semoga berjaya insyaAllah. Sumpahan, seranah wujud dimana-mana. Jangan kata sipeniaga tak kena sumpah....lebih lasat lagi ho. (Seeing is believing and feeling is the bloody fact)
Jom kita tengok gambar para usahawan yang akan berjaya....insyaAllah.
Doakan kami semua semoga suksess selalu.
OK..sekian dulu dan jumpa lagi.
Regards
dmas