18.12.2009 kami (PERKIM Cawangan Sibu) membuat lawatan ke rumah orang tua Sri Kenangan di Sibu. Selaku ketua penerbitan dan publisiti saya sempat merakam bebrapa gambar orang-orang tua dan sempat juga merakam mereka menari poco-poco. Agak lucu melihat telatah mereka sanggup naik ke pentas menari tak perlu diundang. Agaknya mereka ketika muda memang dah ada pengalaman menari, bukan poco2 tetapi ago-ago.
Pada hari lawatan tersebut saya berpuas hati melihat keadaan dan tempat mereka. Semua cukup termasuk tempat beriadah, gym khas untuk warga tua. Apa yang saya nampak keadaan sekeliling atau kawasan begitu bersih sekali, dapur dan dewan makan begitu teratur dan bersih. Kedatangan rombongan kami (PERKIM) memberi reaksi yang ceria diwajah mereka. Saya mendengar 'bell' dicanang beberpa kali menunjukkan ada pelawat yang datang. Mereka berpusu-pusu datang sambil mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka sungguh berdisiplin. Kami difahamkan mereka tidak 'kesunyian' kerana rumah Sri Kenangan menjadi tumpuan lawatan kepada sesiapa yang ingin melawat.
Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.
Sekian
Wassalam






















