Tuesday, April 06, 2010

Dad Masuk Hospital

4.4.2010 my dad admitted at Sibu's Hospital. Penyakit lain takde cuma kencing tak lawas. Doktor kata pihak hospital at the moment tak dapat bagi spesific ubat untuk dia cuma a mild antibiotik. At the moment dia guna tube untuk mengeluarkan kencingnya. Lately dia selalu demam an after taking panadol kira ok, tetapi demam semula, bila-bila masa. Untuk menurunkan suhu badannya yang tinggi dia diberi mandi 'tepid sponging'. (medical's term)

Kalau di compare diera 70's sangat jauh bezanya. Saya tak bercakap tentang facility and of course by that time facilities memang kuranglah. We are talking about the hospitality of the staff, they are all friendly. Kalau di bank moto mereka 'serves with a smile', siap dengan extra words....kalau tak senyum tegurkan mereka. Anyway tak semua yang bole senyum...so don't force urself. Be urself. Ok guys let me share my dad's pic with you all, bagaimana all the nurses (some of them are student nurses)bagi dia 'tipid sponging'. Dalam gambaran saya mereka guna sponge, rupa-rupanya guna towel kecil yang banyak, dalam 5 to 6 helai towels.

Pic taken recently







To be continued.

Sunday, February 07, 2010

Tempat Baru

I moved my seat to front location as to give ways to my old place to the 'needy'. I hope everyone is happy. My seat is next to our boss's room and he can see me through his window glasses. Normally people dislike being seated next to boss's room. Yes, I felt it before but now I don't have that type of feeling. Or may be, being seated next to boss'a room you feel uncomfortable. We don't feel free to do anythng we like. I have no choice, I don't have to worry as long as I do my work.

Saturday, January 09, 2010

Majlis Makan Malam / Persaraan


Ketua Nazir Cawangan Sibu En. Kueh Kwang Hong berucap di majlis persaraan atau majlis makan malam sempena persaraan En. Yap Ah Min



Penyanyi yang sedang meningkat nama dipersada seni tanah air Sarawak


(Harap maaf....bersambung)

Friday, December 25, 2009

Sri Kenangan









18.12.2009 kami (PERKIM Cawangan Sibu) membuat lawatan ke rumah orang tua Sri Kenangan di Sibu. Selaku ketua penerbitan dan publisiti saya sempat merakam bebrapa gambar orang-orang tua dan sempat juga merakam mereka menari poco-poco. Agak lucu melihat telatah mereka sanggup naik ke pentas menari tak perlu diundang. Agaknya mereka ketika muda memang dah ada pengalaman menari, bukan poco2 tetapi ago-ago.

Pada hari lawatan tersebut saya berpuas hati melihat keadaan dan tempat mereka. Semua cukup termasuk tempat beriadah, gym khas untuk warga tua. Apa yang saya nampak keadaan sekeliling atau kawasan begitu bersih sekali, dapur dan dewan makan begitu teratur dan bersih. Kedatangan rombongan kami (PERKIM) memberi reaksi yang ceria diwajah mereka. Saya mendengar 'bell' dicanang beberpa kali menunjukkan ada pelawat yang datang. Mereka berpusu-pusu datang sambil mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka sungguh berdisiplin. Kami difahamkan mereka tidak 'kesunyian' kerana rumah Sri Kenangan menjadi tumpuan lawatan kepada sesiapa yang ingin melawat.

Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Sekian

Wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Monday, October 26, 2009

Ku Akui

Yang nampak tangan tu my niece Marina Waili. Dia peminat HafizAF7. So dia main lagu Hafiz...tanpa tengok nota...dia kate lantak je...


Tuesday, October 13, 2009

Apa Hal

Kalau kita buat salah mereka membebel, kalau mereka pula buat salah terang-benderang dan diterangi lagi dengan lampu neon dan lampu suluh dan berhawa dingin 24 jam..as if nothing happened. This shows that the hands and legs are not efficient. Kau translate la sendiri ayat hands and legs tu dalam bahasa melayu.

Hai....staf kita orang tak sampai 25 orang pun kalau dibanding dengan pejabat2 lain..contoh kalau pejabat pelajaran...beribu-ribu orang staf mereka.

Terlepas pandang...atau over looked...itu alasan mereka. Tak mohon maaf pun dah tahu buat salah.

Kerajaan menghadiahkan RM500 kepada kakitangan kerajaan dan dibayar 2 kali untuk menolong atau meringankan bebanan sesetengah orang yang memerlukan wang tersebut.(Guna untuk perbelanjaan hari raya tak kesampaian) Kesian kepada kakitangan seperti pemandu dan pembantu am pejabat mengharap untuk mendapatkan hadiah tesebut tetapi terlepas pandang. How do you value this?

Kisah kedua tidak ada kena mengena dengan perkara di atas .... sudah menajdi budaya kita apabila seseorang meninggal dunia kita menyumbang untuk meringankan bebanan mereka. Tapi ada juga orang yang pilih kasih, kalau orang yang meninggal itu status pegawai...wah...cepat2 buat koleksen (collection), kalau status bukan pegawai...lu fikirla sendiri. Kalau sayalah...saya tidak pilih kasih sebab saya duduk dalam Malaysia, SATU MALAYSIA.




Cara berfikir amat merimaskan. Selfish. Saya ingatkan diri sendiri semoga tidak di dalam golongan orang yang terlampau sangat menjaga status sehingga tidak ada perasaan kesian kepada orang yang perlu dikesian dan perlu ditolong. Terima kasih kepada orang yang faham dan memahami: seperti nekaunt ....kwang...kwang....angkat bakul!!! Berfikir sebelum bertindak. Bertindak setelah berfikir cook-cook (masak2).
Cya all. Jangan mare nanti kena jual.


Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah

Salam untuk semua....alhamdulillah...setakat hari ini nekaunt masih lagi bertahan/berpuasa/berterawih. Semoga nekaunt diberi kesihatan/kekuatan yang elok ...amin..main ya rabal a'lamin.

Malam-malam nekaunt pergi terawih kat surau kampung Datu Baru. Memandangkan rumah nekaunt jauh dari surau tersebut nekaunt buat lapan rakaat je tak sampai 20. Anyway yang penting kita jujur dan ikhlas beribadat. Semoga semua muslimin dan muslimat dimuka bumi ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Menu untuk berbuka: Normally nekaunt buat juadah seperti biasa. Sekali sekala buat extra, nekaunt beli rojak buah (yang ada petis ya bah). My dad kata rojak tu pembuka selera.. betul ke atau ada problem sikiti makan 'dinihari'. Semasa kecil dulu nekaunt memang berproblem nak angakat sahur....makanpun tak seberapa. Kalau sekarang tidak ada problem langusng. Makan pagi seperti makan tenghari atau makan malam.....berselera la tu. Yang berpuasa ada losing weight too much, nekaunt hilang 1 kg je. Takde pentanda nak slim macam dulu....biarlah, yang penting sihat walafiat. Ketinggian nekaunt sik sampei 5 kaki...only 4 and 11 and half kaki. Ketinggian sheila majid la konon...hahahaha.

Dulu cita-cita nekaunt nak jadi polis, macam my dad. Unfortunantely nekaunt pendek tak sampai 5 kakipun. Dah lah pendek, kurus lagi tu. (Itu zaman dulu...sekarang maaf zahir dan batin)

Satu lagi nak jadi wartawan konon...hahaha. sori mak temah jangan nak mimpi...juga tak jadi. Tapi syukur jugalah kerana nekaunt join PERKIM dan dipilih oleh Mak Datin jkk publisiti - bertanggung jawab ambik gambar, buat laporan and for your information kalau kita rajin semuanya bole jadi. Nekaunt buat blog/flickr untuk PERKIM. So sila lawat ke laman ni http://wanitaperkimsibu.blogspot.com. Anyway kita orang banyak buat aktiviti PERKIM sebelum dan masih going on until now. I hope I have time to post some of the activities soon.

Ok time flies fast gotta go and c ya some ohter times. Take care.

Nekaunt yang sweet (Angkat bakul!!!)

Thursday, September 10, 2009

Fitrah Zakat & Syukur

Salam 1 Malaysia

Syukur dan alhamdulillah kita semua masih di dalam bulan ramadan dan masih sihat dan dapat mengerjakan ibadah puasa. Setakat hari ini dah masuk 20 hari kita berpausa. Semoga diberi kekuatan sampai bila-bila.

Dah bayar zakat fitrah? Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat ini akan dishare dengan orang yang kurang berkemampuan. Betapa indahnya Islam. Nekaunt bayar zakat dan wang baitulmal Swk tiap-tiap bulan menerusi potongan gaji. So sucilah gaji nekaunt berakat lagi halal..heheheh. Dah siap ke baju raya, kasut raya, kuih raya? Nekaunt ala kadar jak. Yang penting kita menyambut hari raya dengan gembira selepas sebulan kita berpuasa. Hari raya kita kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara, rakan-taulan dan sahabat andai.

Yang paling gembira sekali menyambut hari raya ialah kanak-kanak. Mereks pakai baju baru, kasut baru dan pendek kata serba serbi baru. Masa zaman kanak-kanak dulu nekaunt mesti beli kasut baru, kalau lambat beli, siap muka cuka dan hentak diri atas lantai. Sekarang kita faham perasaan mereka kan? Apa-apapun kita perlu ingat juga kepada mereka yang kurng bernasib baik.

Teringat masa silam, waktu itu masih di alam remaja. Memang seronok apabila menyambut hari raya. Memang ditunggu-tunggu untuk berjalan dengan kawan-kawan. Yang hairnnya tak merasa lenguh, kalau dapat jalan sampai ke pagi...really energetic.

Sebelum mengakhiri teks yang ringkas ini Nekaunt ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan datang, insyAllah.

Kepada 'pembawa-pembawa'..mananah..melilih..jangan lupa minta maaf.

Satu pesanan ringkas untuk semua: jangan percaya 100% kepada sesama manusia termasuk ipar dan biras sendiri. Cakap siang pandang2 dan cakap malam bisik-bisik.
Setiap yang busuk akan berbau walaupaun sudah ditanam dalam tanah....
Nekaunty bercakap melalui pengalaman. Jangan terlalu baik dan jangan terlalu jahat.


Mood: Masih tak percaya dan masih menggalabah dan sekali sekala bergenang air mata.

Cya all.

Nekaunt.

Tuesday, August 25, 2009

Jom Kita Nekik


From the colour of the pictures we knew the photos was taken many years back. Lets have a look....jangan mare nanti kena jual.

Tengoklah gelagat anak-anak saudara nekaunt semasa mereka masih kecil. Dari reaksi, mungkin mereka bercita-cita hendak mendaki gunung kinabalu atau mungkin mereka ini 'jangai' hingga tak terkata. Sekali sekala biarkan mereka buat apa yang mereka suka tetapi kita sebagai orang tua atau pengasuh perlu mengawasi mereka.

Apa-apapun mereka sekarang dah basar bah. Sudah gred, about to be graded, still on the way masih belajar pun ada dan yang kecil sekali (tapi dah teluas) akan menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagik. (Dulu kita panggil dia KUPAT...sekarang teluas umek)

Semua kita ada cerita lucu semasa kita masih kecil dan nekaunt nak ceritakan seringkas-ringkasnya kisah nekaunt pulak.

Pada suatu pagi yang indah dan selepas itu bertukar menjadi tidak indah, nekaunt berserapan dengan dad dan ibu tanya 'kau nak minum apa?' Nekaunt kata nak air teh, ibu bagi, lepas tu nekaunt changed mind nak minum milo...pun bagi juga. Air milo tu pun tak bernasib baik ...kena tukar air susu. Dah bagi air susu....dikatakan penuh...so dipindah kan ke cawan yang lain....lepas tu nekaunt kata lagi....terlalu sedikit..... Akhirnya ibu naik angin..siap semua minuman tadi dicurahkan ke atas kepala nekaunt. Itulah kenangan nekaunt semasa kecil....nak tau, nekaunt memang manja dan 'kuat merintah' dan muka tok selalu kenak pupus ngan air guna pengayak lagi tu...kononnya nak buru hantu dan iblis. Logik ke? hahahahahahahaha. Sekian :)

Nekaunt ucapkan selamat berpuasa kepada anak2 saudara nekaunt dan semoga berjaya dalam apa-apa bidang diceburi.

Kepada Ipuk... don't rest too much...bila nak sambung belajar? If there is no struggle, there is no progress. Itu kata Frederick Douglass. ( I m looking forward )

Ok gals n boys. Time's up. Till we meet again...sayonara....nasib baik tak sayokangkong.

Auntywella

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa kepada kaum muslimin dan kaum muslimat. Semoga mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini.
Jangan malas pegi terawih. Ambil peluang keemasan ini...satu tahun satu kali.

Bace Sendiri

Panduan Ibadah Puasa Ramadhan

Sunday, June 14, 2009

Aku Fikir & Posing Semacam

Feweitt...selama ini aku fikir yang aku ni wanita pendek, rupa-rupanya ada lagi wanita yang lebih pendek dari aku. Kalau tak caya tengok bawah....



Syukur walaupun dia pendek tetapi bentuk badannya sempurna. Ciptaan Allah kita kena terima.

Ada lagi gambar yang menarik di bawah:


Wanita yang paling kerdil didunia..kejawak jak


Dan yang ini....nak dikatakan posing maut tak juga...posing ape agaknya ye?




Jangan tiru macam mereka sebab mereka tak pakai topi keledar dan pembonceng dibelakang tu pulak entah apa nak jadi. Nak dikatakan Minat rempit tak jugak.

Terima kasih kepada kerajaan kita sbb mementingkan keselamatan rakyatnya. Tapikan si Mat rempit tak serik-serik dengan gelagat mereka yang menyakitkan hati kita. Eh silap....Mat rempit tak main...sekarang kerajaan dah tukar nama dari mat rempit ke samseng jalan raya.

Berhati-hatilah dijalan raya. Ingat orang tersayang. Itulah tagline yg sering kita dengar. Tetapi jika difikirkan kembali, jika kita “ingat org tersayang” tambah2 yg sdg hangat bercinta, mau terus khayal time memandu dan lagi merbahaya. Jadi Berhati-hatilah dijalanraya, Ingat kereta tersayang :).

Am I out of topic....nampaknya.hehehehehe (Motosikal di atas tu buat aku ngerepak..hahahhahhaha)

Ok jumpa lagi.

Nekaunt

Saturday, May 30, 2009

Dalam Kenangan - Alfatihah

Salam untuk semua....

Hari ini 30 Mei 2009M bersamaan 5 jamadilakhir 1430H merupakan 'hol' ke 5 tahun pemergian ibu tercinta. Semoga beliau diampunkan dosa2nya dan diletak kan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah...amin..amin ya rabal'alamin. (Saya diberi tau my sister molah hol juak tapi di Sabah...wah...jauhnya dan my abang buat juga kat rumah dia but unfortunately I can't join them due to unforseen circumstances)

Kepada siapa yang masih ada ibu teruskanlah berkhidmat untuknya, sayangi dia dan bertanggungjawablah sepenuhnya. Ingatlah bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Allah murka kepada anak yang tidak bertanggungjawab kepada orang tuanya meskipun dia seorang alim, ulamak....sorry no place for you in heavean if u ill treated your parents. Tapi kata pak ustaz...kita masih dapat meminta ampun dan maaf kepada orang tua kita walaupun mereka sudah meninggal dunia. Caranya adalah bersolat dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di akhirat ...maka diampunkan dosa2 kita. Subahanallah.....Allah sentiasa memberi peluang kepada kita. Syukur.

Tahun ini saya mengadakan tahlil di pejabat dan saya order nasi penyek ayam untuk semua staf. Yang penting niat kita ikhlas dengan apa yang kita buat. Semoga my late mom rest in peace...amin2.

Tengoklah sebahagian staf kamek orang makan...kebetulan mereka abis mesyuarat pemeriksaan penuh sekolah.....lapar bah parut tok...





Yang baju merah ya ustaz kamek.



This is how it looks like bungkusan nasi ayam penyek..sebungkus untuk ulam-ulaman dan sebungkus lagi nasik dan ayam goreng. Sache nescafe 3 in 1 tu tidak termasuk pakej..hehehehe. Saya kater kat gerai my fren KNK atau Kpg Nyabor Kopitiam (Berhadapan RTM Sibu) Sodap....hingga menjilat jari. Datanglah ke KNK dan cuba sendiri...wah...terlebih sudah.

Well it seems that I have to say sayonara and till we meet again.

Wednesday, May 13, 2009

Wednesday, April 29, 2009

My Birthday My Broadband (CELCOM)
















Cewah....tajuk di atas tu macam advertisment jak bunyi. "I hope it's not too late to wish u a happy b'day" itu kata my very old fren from Kuching. She is a nurse and a mother of 4 or 5, or may b ada lagi kot...hehhehe. Yang saya hairan dia masih ingat my b'day. Tq...tq...ibu. Nama dia mirip nama nekaunt....ada sound...sound Lya...hehehehe.

Oh ya...kepada sanak saudara dan kawan-kawan saya ucapkan jutaan terima kasih atas doa-doa yang baik untuk nekaunt. Orang putih kata, a year older and a year wiser. Semoga I m more wiser, ever wiser. Tak ada kuih tahun ni hanya makan mee hoon goreng berlada...hahahahahaha...jap lagi dapat tengok gambar mee hoon goreng walaupun nampak tak sodap tak attractive dan tak colourfull...namun rasanya tetap enak!!!. Dun judge book by its cover. Cukuplah pasal b'day tu dan sekarang saya nak bagi tau kawan-kawan tentang penggunaan broadband.

Saya sekarang guna celcom broadband. best dan fast. Kita orang dapat harga speical dan bayaran bulanan pun special. Ini hanya untuk kita orang sepejabat dan join venture dengan sidak dari semenanjung. Syaratnya kalau ramai2 beli baru dapat harga special. OK la tu....memang best. You can tenet any times...tapi jangan sampai tenat....hehehehehe.

Nak tengok mee hoon goreng dan my new boradband....layarrrrrrrrrrr










Inilah dia broadband - fast, faster and fastest penggunaannya...jangan mare..










Ini bukan broadband tau tapi broadbesen tempat baby mandi.heheheh. Jom tengok gambar my grand niece...beratnya tak sampai 3 kilo kalau dibandingkan dengan abang dan kakaknya yang lain















Tok anak Hamisah yang ke 4 dan the youngest. Macam dayang senandong sikitnya tok.
Yang lain puith2. Nekaunty tok pun dayang senandong juak. Sik hal pasal mak nekunty orang dayang2 dari kayangan..hahahahhha....

















Well....kita nak off dulu dah nak kul 12.33...see ya.

Nekaunt

Monday, April 20, 2009

New Style?





dan yang ini.............








Haaaa....ni baru selesa ....hehehehehehehehehehehehe






Fesyen memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Kalau kita imbas kembali dizaman 70han, ramai muda-mudi terutamanya remaja lelaki mereka suka pakai seluar ketat, era 80han kita suka pakai bell-bottom dan kasut tongkang..entah tak tau nak sebut apa....I am sorryyyy.

Sekarang lain pulak...seluar di bawah pusat..lelaki perempuan semua pakai fesyen yang sama. Lihat di atas fesyen jenis apa ke tu...entahlah. Yang penting kita berpakaian. Yang best sekali baby yang mandi tu,dia relax je.

Yang penting kita jangan ikut budaya barat. Ada yang pakai baju 'draw' (They draw something on their body) tapi bila dihampiri rupa-rupanya seurat benangpun tak ade. Canggih teknologi sekarang.

Cerita mengenai seorang nenek melihat cucunya tak berpakaian. Dia tanya mengapa tak berpakaian. Cucu jawab, dia nak menyambut kepulangan suaminya dengan pakaian 'love dress'. (Tanpa pakaian tu la kononnya love dress). So pada keesokan harinya si nenekpun buat perkara yang sama. Suami si nenek tanya...mengapa tak berpakaian? Nenek jawab...this is my love dress for you. Suami si nenek terus menjawab.....'seterika' dulu pakain awak yang berkedut tu. (You better iron it first) Jangan mara....bab lucu tu saya baca dari reader digest tahun alif dulu..heheheehhe.

Well nohting is impossible and I have to pen off for I have somehting else to do...see ya.

Luff Oways

Nekaunt.

Monday, March 23, 2009

Salah Ibubapa

Salam....

Nampaknya nekaunt hilang semangat dalam minggu ni. Allah menganugerahkan otak kepada makhluk yang paling sempurna yang bergelar manusia. Semua manusia 'bijak'. Bijak sekolah, bijak bekerja, bijak dalam bisness dan banyak lagi bijak...bijak...bijjak.

Ada seorang anak saudara nekaunt bijaknya dapat mengalahkan Mr Bush. Sebelum dia kena marah dia yang kwang kwing kwong kang kung kang bla...bla... cuba nak cover line.

Itula...letak otak kat lulut bukan dikepala. Nekaunt tak ada peluang memarahi dia sebab dia sendiri dah mengaku bahawa dia cuai. So...nak buat macam mana....

Tapi tak apelah.......hutang dulu....lagipun anak dia masih dalam keadaan sakit. Nekaunt sempat snap gambar cucu saudara nekaunt yang berumur 4 tahun plus..plus..

Sedih nekaunt tengok ni..




Bapak budak ni nak dakwa orang yang langgar anaknya....
What do you think?
Well....no matter what....i m still thinking that the parents are to be blamed. Sitting at the kupi sop (coffee shop) enjoying food and just let the eldest brother to accompany the little one to ease himself nearby the drain.

Apa2pun semoga anak itu selamat, sihat. Budak tu kena baring sentiasa...tak bole duduk disebabkan semen sampai ke level punggung.

Semoga cepat sembuh.

Nekaunt.

Tuesday, February 24, 2009

My sis-in-law

Telefon rumah ku berdering-dering. Jam menunjukkan pukuil 7.15 malam. Waktu itu aku baru hasbis masak nasi. Aku angkat telefon dan menjawab wei....rupa-rupanya iparku dari Miri. Biasala dia tanya kabar nek bronto dan last sekali dia tanya .. tengah buat apa tu? Aku terus menjawab tengah masak nasi dan lauk-pauk semua dah disedia. Aku tau iparku tu jenis suka menelan air liur kalau aku kata aku masak ini dan masak itu. Part yang paling aku suka dengar ....sengaja ke nak buat cerita supaya aku telan air liur kat sini. Kadang2 benda yang aku cakap tu memang tak ada...biasala sengaja nak buat dia nyunjal juruk ling (menelan air liur). Itu bahasa melanau ya.

Well...malam tu aku cakap kat dia...aku tak bohong..aku masak ketam goreng kicap, butter prawn, kerang dan sayur. Lagi aku cakap kat dia...nanti aku hantar gambar.. Jeng..jeng...jeng...ini dia gambarnya.....



Tuan2 dan puan2...makanan di atas tu tak elok dimakan selalau. Kalau anda ada kolesterol lu fikirla sendiri. Akupun ada kolestrol...menyibuk je...

Watever...kita makan untuk hidup dan bukan hiudp untuk makan. Maksudnya...makan-makan juak jangan sampei over...sampei sidak doktor singh cakap...ayo-yo..wart hapern to you...ur cholesterol goes up..your blood pressure shoot up and ur sugar unlimited...(sambil kepala dia gelek kanan dan kiri dengan serban kawahnya) Kalau karam singh dengar ni abis aku.....masuk tv3 dengan tangannya hayun kanan dan hayun kiri...hahahahaha. Untuk pengetahuan semua...nama aku mirip nama dia tau...nama last sekali tu walia. Tapi hanya orang yang mengenal nekaunt je tau.

Well..kate nak borak sikit..okla..ur nekaunt ada agenda lain selepas ini...jumpa lagi. Kepada anak saudaraku, selamat menyambut harijadi yang ke 12 tahun. Panjang umur dan murah rezeki. Jangan lupa buat IC tau. Tak lama lagi exam.....ada betijau ke? Betijau tu belajar...ayat melanau tu...hehehhe...

p/s Prasan tak introduction di atas tu kalau dihayati mcam tulisan cerpen...hahahaha..gile ada bermacam-macam gile...apa-apapun jangan mare nanti kena jual....sempoi...

Salam untuk semua.

Saturday, January 24, 2009

Hitam Itu Menawan

I have no choice and I have to agree and finally I made up my mind to have it....at last!!!! Whatever... as long as I have a transport to move around.

Jeng...jeng....Hitam itu menawan....lets have a look.....




Well good bye to my honda...kesian pulak nak lelong. Tak lelonglah...my nephew bought it. Dia kata since I m getting old it's better for me to change the car....ewah....mulut tu tak diinsured ke. Sebenarnya it's difficult to find a carburator. So I give up and just sell it to him. Suka hati awaklah...yang penting I have another car to move on. Tak kira kereta apa janji dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat. So lihatlah di atas...itulah kereta saya yang terkini. Dulu kereta saya warna putih sekarang hitam. Cantik kan warna pilihan nekaunt. Putih hitam warna kegemaranku tapi hanya untuk certain thing only.

Okaylah tu.

Nekaunt.

Friday, January 02, 2009

Welcome January 2009

Salam untuk semua. Saya mencucapkan selamat melangkah ke angka 2009. Happy New Year. Semoga kita semua di dalam keadaan sihat wal'afiat dan murah rezeki. Tq kepada kawan2 yang bagi SMS dan yang tak terjawab tu sori ye sebab bukan tak terjawab..sms mencurah2 masuk..dan bukan kerana takut kredit abis (sebab saya guna bill...hehehhehe. Whatever....tq to all who sms to me ...considered the cute nekaunt of the year....ye ke..hahaaha angkat bakul!!!!!

Ada yang tanya apa azam? Itulah pertanyaan yang paling popular apabila kita melangkah ke tahun baru. Bagaimana azam tahun yang lepas...dah tercapai/terlaksana atau baru setengah jalan.....

Semua kita mahu suksesfoool...eh silap2....successfull dalam kehidupan sepanjang hayat. Yang perlu adalah initiative. Where there is a way there is a will. If you have no will you have no way and you are 'dead'. Apa..apapun kehidupan harus diteruskan no matter what. So marilah kita berfikir ke arah positif.

"Happy....setahun dah berlalu dan hutang kereta...apa2 jenis hutang pun dah less and ada yang dah habis/langsai....yo..yo..happy. Yang nak tukar kereta tu tukarlah, yang penting kita mampu.

Well...sekali lagi saya ucapkan selamat menyabut tahun baru, jaga diri, jaga kesihatan dan jadilah orang yang baik2. (Jangan suka marah2 nanti cepat tua dan nanti kena jual...jang mare..hehehhehe)

Salam untuk semua.