Sunday, December 26, 2004

Cuti Krismas - Membersih Rumah....alahaiiii...

Kepada yang menyambut Hari Krismas, Nekaunt mengucapkan Merry Christmas, Gayu Guru Gerai Nyamai serta Maaf Zahir dan Batin. Best jugak cara Nekaunt memberi ucapan ya...ada tiga bahasa. Almaklumlah Malaysia mempunyai ramai bangsa. Kan baik begitu sama-sama kita menghormati bangsa lain. Jangan mementingkan diri sendiri sahaja. Orang putih kata 'dun b selfish'. (Ralat: Jangan terikut-ikut ejaan tu ya....saje nak buat glamour sikit...sikittttt je ).
Hari ini tadi pagi-pagi dah buat kerja rumah....cuci baju, membersih rumah ...termasuk semualah tu....lap mengelap, mop lantai.....banyak gak kerja. Nekaunt kalau dah buat kerja, dari pagi hingga petang, except kalau dah waktu solat baru off sekejap...lepas tu sambung lagi. Nekaunt is very particular kalau part kerja bersih membersih...tak mau cincai, sebab itulah Nekaunt sehari-hari buat kerja, tapi I m not doing it everyday. Normally Nekaunt memilih waktu cuti atau week-end buat kerja bersih-membersih ni. Semua setujukan? Kalau tak setuju pendek umur...hahahaha....gurau je!!
Malam ni tadi Nekaunt jemput 4 orang anak saudara kerumah. Sebelum itu kami pergi membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah. Yang paling kecil sekali berumur 4 tahun. Lucu gak dengan si kecil ni. Selepas makan aiskrim habis comot muka dia, baju kotor sikit. Lepas tu dia makan chicken wing.....alamak....dia pegang sofa....(Sehari-hari Nekaunt cuci rumah, cuci perabot....tak apa nanti kena cuci semula). Si kecil tu kata, since baju dia kotor kena beli baru, beli baju Ultraman. Dia fikir bangunan Parkson tu di depan rumah ke.....alahai si kecil ni. So, tadi Nekaunt cuci sikit bahagian yang kotor ....selepas tu iron je..abis cerita.
Nekaunt rasa nak baca buku jap. Ok...sayornara for the time being. Take care semua.

No comments: