Monday, April 11, 2005

Sempena Minggu Sukarelawan (Stall Benevolent Society)


Stall Benevolent Society
Originally uploaded by Nekaunt.
Hello...hai....peace....itulah yang cuba dia nak katakan kepada nekaunt. Nekaunt berkesempatan melawat stall 'Benevolent Society' bersempena Minggu Sukarelawan di Sibu. Cute kan makcik kita tu. Mereka yang beruniform biru tu adalah 'model-model' dari Rumah Orang Tua. Hai...kesian tengok mereka.

Dulu semasa nekaunt masih sekolah dan nekaunt 'join pandu-puteri atau lebih dikenali dengan nama 'Girl-Guide', nekaunt berpeluang melawat rumah orang-orang tua. Kami bertanya kenapa mereka duduk kat rumah tu, tak ada rumah sendiri ke? Alangkah kesiannya apabila salah seorang penghuni rumah orang tua tu berkata, dia ada anak, seorng doktor, sekarang migrate ke Singapura. Demi untuk keselamatannya maka dia di hantar ke rumah orang tua. Hai...bertuah punya anak!

Seorang ibu dapat memelihara 10 orang anak, tetapi kenapa anak-anak tak dapat menjaga seorang ibu atau 'satu olang ibu' (bahasa C tu..)

Nasib baik ada 'Benevolent Society' klau tidak entah apa nak jadi dengan mereka. Thanks to the Benevolent Society for their great jobs and may God belss u all...amen.

Footnote: Jagalah ibu-bapa kamu sepertimana dia menjaga kita semasa kecil hingga dewasa. Ingatlah cerita Si Tanggang....anak durhaka, jadi batu. Kalau batu tugu negara tu tak apalah...itu batu pahlawan negara.

No comments: