Komen Dari Nekaunt:
Bukan apa, Nekaunt memang sengaja ambil petikan ini dari Berita Harian untuk menyedarkan seseorang yang pernah mengatakan "haaaa....u masih lagi main komputer......I tak lagi...I dah fed-up......" (Shhhhh....it shows that how shallow her mind is). Please la think positively and not the other way round. Banyak ilmu yang bole kite timba kat sini u!!!!

Wat actually on their mind?
Azam mahu celik IT di sebalik usia senja
Oleh Melati Mohd Ariff
SESETENGAH daripada wanita yang berada di bilik darjah ini sudah mencecah usia “emas”. Dua daripadanya pula pernah bertahun-tahun menjadi pendidik.
Di sebalik usia yang semakin lanjut, mereka kembali semula ke bilik darjah, bukan sebagai guru tetapi pelajar untuk kelas asas komputer! Azam yang kuat untuk mempelajari teknologi canggih ini membuktikan usia bukan faktor penghalang untuk seseorang itu menimba ilmu.Kelas komputer itu dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan bantuan “grant" daripada Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd.Bagi sesetengah pihak, komputer dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) itu sendiri adalah bahagian penting dalam kehidupan harian tetapi bagi wanita ini, ia adalah sesuatu yang baru dan amat menggentarkan.Setiausaha Agung NCWO, Datin Nursiah Sulaiman, berkata pelajaran komputer itu adalah satu usaha pihaknya bagi meningkatkan kemampuan celik teknologi maklumat (IT) khususnya di kalangan wanita yang tidak bekerja.“Kelas komputer yang kami jalankan ini adalah peringkat asas tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk memperkenalkan mereka kepada komputer dan penggunaannya,” katanya kepada Bernama dalam wawancara di pejabat NCWO di sini, baru-baru ini.Nursiah yang berusia awal 60-an secara peribadi adalah “IT-savvy”. Beliau mempunyai pengetahuan IT yang baik kerana sempat belajar selok-belok penggunaan komputer pada tempoh 10 tahun terakhir perkhidmatannya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.Bagi melancarkan perjalanan kelas komputer ini, NCWO bertuah kerana mendapat khidmat jurulatih terdiri daripada sukarelawan yang mempunyai pengetahuan IT.Microsoft juga menyediakan kurikulum yang direka khusus untuk memberi kemahiran yang diperlukan. Kurikulum ini meliputi buku panduan untuk jurulatih dan pelajar. Setiap peserta akan diberikan sijil apabila mereka tamat mengikuti program berkenaan.Kelas komputer ini meliputi pelajaran “word processor”, “excel" (spreadsheets), “power point presentation” dan internet termasuk penghantaran e-mail.Penyelaras projek, Sandra Simon memberitahu, program pendidikan komputer ini dikenali sebagai “Microsoft Unlimited Potentials” dimulakan sejak April lalu dan dibuka kepada anak-anak muda kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.“Pihak kami mengehadkan mungkin 10 orang dalam satu kelas bagi membolehkan jurulatih memberi lebih perhatian kepada pelajar terutamanya wanita-wanita yang sudah berusia ini.“Wanita warga emas ini terutamanya begitu teruja dengan kelas komputer ini kerana mereka berpeluang belajar sesuatu yang baru tetapi dapat melakukannya dengan cara mereka sendiri tanpa ada orang memaksa atau mendesak. Kami ada seorang wanita berusia 78 tahun dan oleh kerana daya penglihatan yang kurang baik, dia membawa kanta pembesar untuk menggunakan papan kekunci,” jelas Sandra.Mengenai “grant” yang diberikan oleh Microsoft, beliau berkata, jumlah yang diberikan pada tahun pertama ialah sebanyak USD36,733 di mana USD23,200 adalah dalam bentuk perisian.Sehingga ini, katanya, seramai 200 orang mendaftar untuk kelas komputer itu terdiri daripada anak gadis dan anak muda yang kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.Untuk 2007, pihaknya mensasarkan 800 orang dengan kelas komputer akan turut diadakan di pejabat pertubuhan gabungan di Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.“Sesiapa saja boleh menyertai kelas ini. Mereka yang berminat boleh menelefon pejabat kami di nombor 03-79543008 atau 019-2259527 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini,” kata Sandra.Impian jadi kenyataanBAGI Shirley Nathan, 69, Patricia Doraisamy, 70, Puan Sivam Selvaratnam, 69 dan Shirley Siew, yang berusia lewat 50-an, menghadiri kelas komputer ini bagaikan impian menjadi kenyataan.Mereka selesai menghadiri kelas pertama pada 8 Disember lalu dan tidak sabar menunggu untuk kelas berikutnya di mana mereka akan diajar tentang internet dan cara-cara menghantar e-mail.“Kami sebenarnya beriya-iya sangat nak belajar komputer tetapi tak tahu mana nak pergi. Kalau hendak diikutkan kami semua ada komputer di rumah. Anak-anak kami semuanya menggunakan komputer tetapi tak ada siapa yang ada masa dan kesabaran untuk mengajar,” ujar Shirley Nathan.Dia memberitahu penulis, cucu perempuannya, Deshika, 8, yang dibawanya ke kelas yang sama ternyata lebih pantas menggunakan papan kekunci komputer dan cekap mendengar arahan jurulatih berbanding dirinya.Shirley berkata, belajar menggunakan komputer akan dapat membantunya menyediakan bahan bagi kegunaan tadikanya dan mengirim e-mail kepada mereka tersayang.Di sebalik usia 69 tahun, Shirley, bekas guru masih cergas mengendalikan kelas untuk beberapa orang anak kawan-kawan serta cucunya sendiri.Bagi Patricia Doraisamy, 70, dia berhasrat sungguh untuk belajar cara mengirim e-mail supaya dapat berhubung lebih kerap dengan anak-anaknya yang sekarang berada di Amerika Syarikat.“Debbie sedang belajar sementara Durga pula bekerja. Buat masa ini hanya telefon pengubat rindu saya dan amat mahal kalau hendak menelefon selalu,” katanya sambil mengeluh.Patricia berkata, lawatannya ke Suruhanjaya Tinggi Kanada tahun lalu turut mendorongnya untuk belajar menggunakan komputer.“Masa itu saya merancang untuk melawat Kanada kerana akan ke Amerika Syarikat. Saya pergi ke pejabat suruhanjaya itu untuk memohon visa. Saya diberi borang dan diminta untuk mengisikan semua maklumat ke dalam komputer.“Malah ketika anak saya Debbie memohon untuk belajar di Amerika Syarikat, semua borang perlu diisi secara on-line. Daripada saat itu saya bertekad saya mesti belajar menggunakan komputer,” kata Patricia sambil memberitahu, anaknya Debbie memberinya sebuah komputer tetapi tidak pernah digunakannya.Pelajaran komputer juga akan memberi banyak faedah untuk diri Patricia memandangkan dia boleh membantu suaminya mencari maklumat di internet sebagai bahan untuk buku dan tulisannya.Sivam, bekas guru seni lukis akan meneroka alam maya dengan laman webnya sendiri yang sedang dibina oleh anak saudara isterinya.“Apa yang terjadi pada suatu hari seorang menantu saya terjumpa salah satu lukisan saya dalam satu laman web tetapi tidak banyak maklumat terkini mengenai diri saya. Jadi dengan adanya laman web ini saya merancang meletakkan hasil lukisan saya di laman web itu dan dalam masa yang sama berharap dapat menghubungkan laman web saya dengan laman web berkenaan.“Jadi apabila saya dengar mengenai kelas komputer ini yang dianjurkan oleh NCWO, tanpa berlengah lagi saya terus mendaftarkan diri untuk memahirkan diri,” kata Sivam yang banyak menghabiskan masanya dengan melukis.Sivam dan Patricia sebenarnya adalah rakan karib sejak lebih 40 tahun lalu.Buat diri Siew, celik komputer akan membantunya dalam menguruskan minat barunya iaitu insurans.Beliau adalah pesara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di ibu pejabatnya di Petaling Jaya.Shirley memberitahu, kepandaian menggunakan komputer dan seterusnya melayari internet dapat membantu meningkatkan pengetahuannya mengenai perniagaan insurans serta syarikat insurans yang ada kaitan dengan urusannya.“Saya juga boleh berhubung dengan rakan dan anak saudara yang ramai di Amerika Syarikat dan United Kingdom apabila saya pandai menggunakan e-mel,” katanya.
Petikan Berita Harian: 9.1.2007.

No comments:
Post a Comment