
April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Spenyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Spenyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera kafir. Penduduk-penduduk Islam di Spenyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kafir bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari bumi Spenyol.
Penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Spenyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak kafir mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak kafir kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, orang tua, dan anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh orang kafir. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Spenyol malah di seluruh dunia. Yang menyedihkan orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari sebenarnya mereka merayakan ulang tahun Pembunuhan Beramai-ramai Saudara Seislam Sendiri. BERTAUBATLAH!
Sumber Bacaria Edisi Sabtu (3 April 2004)

Alhamdulillah.....syukur kerana mengetahui sejarah april fool. Kalau diterjemah dalam bahasa Malaysia (direct translate) april fool tu kalau tak silap april bodoh...eh..eh...betul ke ni......atau april paloi...teruk...teruk....

Gambar Perhiasan