Saturday, January 01, 2011

Cuci Pakaian

Hari ini saya cuci baju bertimbun-timbun hasil penyakit malas yang melanda. Nak cuci hari-hari itu yang malas tu. Seperti yang kita ketahui, cuaca bulan 12 selalu hujan dan mendung. Saya berdoa semoga hari ini panas dan dapat mengeringkan kesemua baju-baju saya. Alhamdullillah baju-baju semua kering. Terima kasih Allah kerana telah memperkenankan permimtaan hamba mu yang kerdil ini. (Memang pendekpun)

Resolusi tahun ini banyak.....salah satunya kuat beramal dan beribadat, semoga berjaya dalam kehidupan, dimurahkan rezeki dan jadi rakyat yang sempurna di mata masyarakat. Tahun 2010 saya rakyat yang kira ok sbb tak ada surat saman dari JPJ. Kalau dulu......(zaman muda le)minta maaf la saja :). Pernah kena stop oleh pak polisi dan di mintanya IC. Bagi semua satu dompet yang mengandungi kad2 yang berkaitan dgn diri sendiri. Pak polisi pukul dahi dia sbb yang buat hal tu orang kerajaan. Huuu....dia beri amaran saja memandangkan saya orang kerajaan. Yang malunya dia kata " Awak orang kerajaan sepatutnya bagi contoh yang elok kepada orang2di luar sana. Saya pernah terserempak dengan peronda yang tak pakai tali pinggang keledar...what say u? Adakah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus?

Apa2pun kita manusia biasa.

Baju semua dah kering. Happy la. Till we meet again sayonara. This is my 2nd post for the year 2011. Semoga dapat kembali for another post, see ya

Love,
Nelaunt.

No comments: