Showing posts with label Berkhasiat bukan maksiat tau.... Show all posts
Showing posts with label Berkhasiat bukan maksiat tau.... Show all posts

Monday, May 28, 2007

Epal


Epal kembalikan keremajaan kulit
Oleh Nur Rashidah Maarof

L’Occitane guna buah penuh berkhasiat sebagai bahan utama produk terbaru

KEBERKESANAN epal dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan diri tidak dapat disangkal lagi kerana buah yang dikatakan mampu melambatkan kemasukan atau penyerapan kandungan gula ke dalam badan itu dilihat turut menyumbang kepada kualiti kesihatan serta tahap ketahanan tubuh seseorang.

Epal juga berupaya membantu dalam pembentukan tulang seterusnya menjadikan tulang lebih kuat, di samping mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Menyedari kemampuan epal untuk mengekal dan menjaga kesihatan, jenama L’Occitane yang terkenal kerana menggunakan sumber daripada buah-buahan bagi produk penjagaan kecantikannya, menjadikan epal sebagai bahan utama dalam produk terbaru mereka.

Menggabungkan badam dengan ekstrak epal dari Provence yang terletak di Perancis, produk terbaru itu turut menggunakan cuka epal organik.

Jurulatih kecantikan L’Occitane, Evelyn Lim, berkata epal digunakan dalam produk terbaru itu kerana mengandungi beberapa ramuan penting bagi membantu mengembalikan keanjalan kulit.

“Wanita sering berhadapan dengan tiga fenomena yang merubah kualiti kecantikan kulit mereka menjelang umur 25 tahun, kesan seperti kulit mengendur dan kurang keanjalan, faktor persekitaran serta fenomena fisiologi sering menjadi igauan kepada setiap wanita yang mementingkan penampilan mereka.

“Kini epal turut digunakan dalam industri kecantikan dengan kuasa untuk mengecilkan liang pori, melicin dan melindungi kulit wajah daripada sinar ultra violet (UV) serta keadaan persekitaran yang semakin terjejas. Produk ini boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru L’Occitane di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk Almond-Apple yang direka khas untuk wanita dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun itu mengandungi empat produk penjagaan kulit wajah hasil kombinasi epal dan badam yang mampu mencantikkan kulit.

Selain itu, ramuan berkenaan juga berkesan dalam mengatasi tanda permulaan kesan penuaan di samping memberi kebaikan kepada kulit seperti melembut dan menegang.

Antara produk yang disediakan dalam rangkaian produk itu ialah Cleansing Oil (RM81) untuk menghilangkan kesan solekan dan segala kekotoran pada kulit wajah, manakala Sweet Peel (RM130) pula menyediakan rawatan pengelupasan yang mengandungi kulit badam hancur untuk melicin dan melembutkan tekstur kulit.

Bagi menyegarkan kulit, Toning Cider (RM81) dengan formula lembut menggabungkan tuak cuka epal organik, berkesan mengecilkan liang pori dengan ejen penyegar daripada protin badam.

Aplikasi terakhir untuk melengkapkan penggunaan produk ini ialah Velvet Concentrate (RM191) yang bertekstur lembut dan licin mampu mencantikkan wajah dengan cepat. Penggunaan harian akan menegang dan meratakan kulit sambil melindungi kulit daripada formasi kedutan secara berkesan.

Dengan kombinasi unik ramuan aktif, rangkaian Almond-Apple memberikan kulit wajah lebih cantik, anjal dan remaja sentiasa. Produk terbaru daripada L’Occitane ini boleh didapati di KLCC, 1 Utama, Mid Valley Megamall, Alamanda Putrajaya dan Curve

INFO: Keistimewaan epal dan produk Almond-Apple
• Mempunyai sebanyak lima gram fiber
• Mengandungi banyak vitamin C dan mampu mengekalkan keremajaan kulit
• Mengecilkan liang pori
• Melicin, melembut dan mencantikkan kulit
• Berupaya mengatasi tanda permulaan kesan penuaan
• Menaikkan seri wajah
• Menganjalkan kulit agar lebih tegang
• Selain itu, epal juga membantu mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke) dan kanser prostat
• Melambatkan penyerapan gula ke dalam badan, mengurangkan kolesterol



P/S

U all tau tak...peribahasa owangputih "An apple a day keeps the doctor away"

Kalau tak silap dalam BM "Makan epal sebiji sehari akan menjauhi doktor daripada kite" atau kalau tak mau sakit dan tak mau jumpa doktor makanlah buah epal.....ye ke? Lagi...lagi yang ini pasti tak silap...makanlah epal untuk menakutkan doktor...Hehehhe...saje..

Thanks to Berita Harian sebab bagi kita article pasal buah epal ni.


Regards: