Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts
Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

F A C E B O O K

Huhuhu...mentang2 ramai orang yang guna facebook sekarng rasa dah malas nak menulis dalam blogspot. Facebook, kita jumpa ramai manusia berbilang kaum, bangsa dan kita dapat terus berinteraksi dengan mereka. Yang bestnya ada gambar lagi. Nekaunt tidak ketinggalan menggunakan facebook. Facebook boleh melalaikan kita dan ada sesetengah manusia terlalu 'addict' sehingga misaipun tak terpelihara...panjang semacam. Para ibu lalai memasak sehingga apabila masak, masak saja yang simple seperti goreng telur mata kerbau atau goreng telur dadar....

Saya pernah tengok video seorang anak kecil dari Jakarta dalam sajak yang bertajuk "Ibu dan Facebooknya". Yang paling lucu sekali apabila anak tersebut menyebut "ibu akan membawa bersamanya facebook ke syurga"...lebih kurang begitulah.

Boleh berFacebook janji pandai mendisiplinkan diri. Bagi nekaunt, hanya akan berfacebook selesai semua tugas di rumah...dah nak tidur dah...baru bukafacebook. Kalau terlalu kerap berfacebook boleh menyebabkan mata kita seperti mata panda. Tau apa itu panda....bruanglah!

Semasa nekanut berfacebook nekaunt dapat melihat mcm2 gelagat manusia. Ada juga terjumpa anak saudara sendiri yang kadang2 merapu. Nekaunt bagi nasihat bahawa facebook kita dibaca semua orang or open to public. My opinion kalau nak berbahasa yang kurang sopan guna saja private message. Cara kita berbicara dapat menggambarkan seseorang itu, so becareful with your words. Kalau ada rasa tak puas hati dengan teguran nekaunt...kamu buat apa sajalah. Orang tua menegur tandanya sayang. Ada faham tak? Nekaunt tak suka guna ayat...lu fikirlah sendiri. Budak zaman sekarang kena direct to the point.

Well...rasa nak cakap lagi ni tapi masa begitu cemburu...huhu..guna ayat sestrawan pulak. Lama nekaunt tak menulis dalam blog...jawapannya kerana mu FACEBOOK!!!.

Jumpa lagi.

Nekaunt.