Monday, January 31, 2005

Membesih/Menebang Pokok D Belakang Rumah


IMAG0001
Originally uploaded by Nekaunt.
Finally I got it done. Nekaunt suruh Lan dan Ahim membersih di belakang rumah. Rajin budak2 ni. Terima kasih nekaunt ucapkan kepada mereka berdua.

Sunday, January 30, 2005

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM


Wylia & Jamilah
Originally uploaded by Nekaunt.
Assalamualaikum....

Kenapala gambar nekaunt ni blur. Mula2 nekaunt fikir mata nekaunt yang kabur, rupa2nya gambar ni mmg sah kabur, disahkan oleh SIRIM lak tu :). Takpe, asalkan ada imej yang 'cute'...cewahhhh.

Eh....boria ke? Tak...tak....kami baru saja habis Mesyuarat Agung PERKIM Tahunan Cawangan Sibu Ke - 13. Waduh tijah....ramai juga ahli2 PERKIM menghadiri mesyuarat tadi. Saya difahamkan PERKIM Cawangan Sibu mempunyai ahli seramai 250 orang. Baru pertama kali nekaunt menghadiri mesyuarat agung almaklumlah nekaunt is still new to the atmosphere. Nekaunt banyak memerhati and study the situations.

Finally mesyuarat tamat sebelum kul 5.petng. Sebelum balik ada jamuan ringan.

OK....that's all for the time being. Till then....bye and take care. Nekaunt akan tulis lagi .

Saturday, January 29, 2005

Kemana Menghilang?

Lama nekaunt tak update blog ni. Pretty busy and pretty unhealthy. Kadang-kadang takde mood langusng. Whatever it is!!

Hari ini tadi nekaunt tak bz sangat .... cuma buat keja sikit2, sebenarnya banyak keja, saja nak kelentong.....boss takdela tu :).

Pagi tadi nekaunt pegi ke Telekom nak bayar bill tefon. Nekaunt kurang pasti jumlah nak dibayar sebab ada 'sign minus' kat jumlah tu...contoh RM23-. Rupa2nya nekaunt selama ini terlebih bayar. So nekaunt tak perlu bayar selama 2 bulan. Tengokla nanti bill Februari yang akan datang. Diharap tak perlu bayar juga :)
Nekaunt plans nak buat satu lagi blog . Yang baru ni nanti nekaunt nak share kepada orang yang tetentu sahaja.
Blog yang ada sekarang tak brape selamat sebab ada orang tak minta kebenaran 'mendelate' one of the pictures. Nekaunt terkilan. Ok lupakan perkara itu.
Seharusnya minta izinla dulu....janganla jadi 'penceroboh profesional'.
Dah mengantuk, nekaunt minta diri dulu. Bye.

Wednesday, January 19, 2005

Aw! Aw!


Aw! Aw!
Originally uploaded by Nekaunt.

Wei....allo..tengah mengira harga kuih ke tu atau berada di gerai ramadhan. Eh....mana ada lagi ramadhan ....bermimpi rupanya aku. Hari Raya Qurban tak lama lagi. Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua umat islam di seluruh dunia.


Tuesday, January 04, 2005

Sha Sha


Sha Sha
Originally uploaded by Nekaunt.

"Hello semua....my name is Sha-Sha. I m from bandar minyak, miri or u can call me orang minyak" Apa? Orang minyak...oooo akut...akut.

Ini anak sdra nekaunt. Umur 11 tahun, coming to 12 yrs old. This year duduk for UPSR. Ada ulangkaji tak ni? Belajar ye, jangan asyik nak sakat kakak2. To me dia ni memang raja sakat. Macam mana muka seperti awak ni jadi raja sakat. Ah!...suka hati awak lah janji kalau kakak2 sakat awak balik awak kena kebalkan diri. Hari tu siapa yang menangis......hahahahahaha. Cian-cian..

Terkenang arwah ibu, ibu tak pandai panggil dia Sha-Sha, sebaliknya dia panggil CHA-CHA. Nak menari chacha ke?

Sha, jangan lupa makan IgMax, good for your mental and fizikal. Exam tak lama lagi....belajar jangan tak belajar untuk kebaikan awak sendiri.

OK...nanti sambung lagi. Jumpa lagi.

Laaaa...kenapala gambar awak jadi besar ni. (Supaya semua dunia dapat tengok muka saya)

Monday, January 03, 2005

Meet New Friend

Kita orang balik dari Kajang terus menginap di Noble's Hotel, KL. Waduh....mula2 susah nak cari, kat mana NH ni...rupa2nya kami dah sampai kat belakang hotel tu

Meet New Friend
Originally uploaded by Nekaunt.
.

Selepas register our names, kita orang pergila kat Semua House....JJCM. Tau tak apa JJCM tu, kalau tak tau siap Maria T/Sabri kerat 18 badan kamu. Jalan-jalan cari makanlah!.

Kat Semua house tu kita berkenalan dengan seorang pengurus gerai makanan kat situ....Grabs2Go. Sedap tau makanan kat situ. Cubalah :)
OK...pendekkan cerita...wanna take a rest...esok sekolah..eh...silap..esok nak pegi keja. Samala tu. Bye semua.

Sunday, January 02, 2005

01012005 Bermulanya

Hari ini merupakan hari pertama Tahun 2005. Selamat tinggal Tahun 2004. Kita mengakhiri tahun 2004 dengan perasaan sedih. Macam-macam perkara yang telah berlaku ke atas negara kita termasuk peristiwa tsunami. Jumlah kematian akibat tsunami meningkat. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa tsunami dan alfatihah kepada mangsa yang beragama Islam. Bencana seperti itu tidak pernah berlaku di negara kita tetapi ia sesuatu yang tidak boleh dijangka. Apa-apapun setiap bencana yang berlaku memerlukan kita bermuhasabah.
Pagi ni tadi nekaunt dah mulakan dengan perasaan yang geram sekali. Mana tidaknya, my second brother buat hal. Bayangkan kalau kita dah jemput dia kat rumah and suddenly dia kata tak jadi join ayahanda ke Sarikei, kan membuang masa nama nya. Saya cakap kat dia "Kenapa tak bagi tau awal2.....buang masa je"...Zoooooooommmmmm...nekaunt press minyak dan terus memandu. Nekaunt tak suka orang ubah fikiran disa'at-sa'at yang akhir. Pantang sangat!. Tanam pokok pisang pandai, tanam kelapa, jambu, semuanya pandai, tetapi kenapa susah sangat nak tanam perasaan 'hormat'. Tolong hormat perasaan orang. (Ngerepak nekaunt). Nekaunt harap semoga nekaunt tak 'ngerepak' sepanjang tahun. Lupakan.
Apa-apapun sama2 kita berdoa semoga tahun ini tahun yang berkat bagi kita semua....amin.
Till we meet again. Sayonara

Saturday, January 01, 2005

Happy New Year 2005

Selamat menyambut Tahun 2005. Pak Lah kata semua program hiburan dibatalkan diganti dengan majlis tahlil. Takziah kepada kelurga mangsa taufan tsunami
Apa azam tahun ni? Nekaunt ada azam.....tak payah bagi taulah!!
Well...semoga kita hidup sihat, panjang umur dan murah rezeki. Nekaunt banyak dapat SMS, mengucapkan selamat tahun 2005.
All the best. Times flies and so does the writer, wishes to penoff n till we meet again sometimes, somewhere, somesung, someseng...dah-dah....overact dah tu.
Sayonara.
Pantutn 2 Kerat:
Ikan keket, Ikan gelamak,
Selamat menyambut tahun duak kosong-kosong limak. (2005)



Sedang Bertugas


DSCN0111
Originally uploaded by Nekaunt.
Gambar ini diambil sewaktu mengadakan seminar di Premier Hotel. My first trial sending pic.

Thursday, December 30, 2004

Makanan Berkhasiat Product CNI

Assalamualaikum semua......apa khabar hari ini....sihat?
Nekaunt baru habis chat dengan my sister-in-law dan my anak saudara di Miri. Mula2 chat dengan my sister-in-law pasal Colostrum Tablet, IgMax, product dari CNI. Kat kotak tablet tu ada gambar lembu.....mowwwwwww!!!!!!. Bukan nak promote cuma nak bagi tau bahawa tablet tu memang bagus untuk mental development atau untuk perkembangan fizikal dan mental bagi memastikan kecergasan, kesihatan dan pertumbuhan optima. Cara penggunaan: Kanak-kanak : 2 tablet sehari, Dewasa : 4-8 tablet sehari. Jangan overdose pulak nanti bertukar jadi lembu...hahaaha.....kan naya seluruh Malaysia! Eh!...tak ape-tak ape, jadi lembupun tak ape....Hari Raya Korban kan tak lama lagi..hahahahaha. Besarla pahala lembu yang dikorban tu ...hehhehehe. Jap....jap....nak ambik my baju tebal, sejuk.....aircon kena on demi nak jaga hati my computer ni. Komputerpun ada hati.
Back to my story. Tadi nekaunt dengar warta-berita pasal kes Sh. Aini. Senyum je muka dia dalam TV3 tu. Jangan2 senyum dalam debaran....suka hati dialah. Itulah....lain kali kalau nak pasang jerat, pasang la betul2, sendiri terjerat...eh...Jerat Percintaan?...yg dinyanyikan CT Nurhaliza tu ke? Nekaunt rasalah....ni kes cembulu....sori, silap ejaan....yang betul cemburu. Memanglah layak CT dapat title penyanyi no. 1 malaysia, sebab dia kerja keras ada inisiatif muda lagi tu. Yang dah tua tu...bagila peluang kepada yang muda. Kesian CT difitnahkan sedemikian rupa. Takpe CT.....bak kata Dr. Smith .."Never fear, Smith is Here". CT jual kuihpun dia paparkan dalam e-mail tu. Memang CT dari dulu lagi dah bagi tau seluruh Malaysia mengaku pernah menjual kuih, so why make it into an issue? Nasib baik dia tak tau yang nekaunt ni pernah jual kosap gula apung waktu masih student dulu, hahahahahahaha. Wei...wei...sapa berani nak buat e-mail layang tentang nekaunt jual kosap gula apung? :P
Segelintir manusia mmg tak puas dengan apa yang ada. Manyak susahlah kawan :). Bagi nekaunt, buatlah setakat yang mampu....janji kita tidak 'mampus' sudahlah. Wei...wei...guna bahasa kurang sopan ya......mulut tu kena insured sikit!!! Dah beli dah.....untuk bahagian mulut sahaja...hahahahha...adalah pulak!!!
Well...well...it's time to retire to bed. So long...till we meet again. Sayonara ayamas!
Pantun 2 kerat: Anak kuyad makan mempelam, selamat malam.

Wednesday, December 29, 2004

Yuhuu.....exam dah over

Foooooh!!! at last our exam is over. Tak lah susah sangat tapi 'tricky' and menggelirukan. Sama ada nekaunt can get thru it's none of ur business!!! Hei...hei....jaga sikit bahasa tu, mulut tu kena insured ...maafkan nekaunt tadi sbb she tries to b a heroin but u r not born to b one :) Alahaiiiii......tak bole jadi brutal.....jadi brutal takpe tapi jangan gatal!!! Nanti kena sapu cream kat gatal dan kudis tu :)
Lyn dan Wati senyum ceria, (sebab exam dah over la tu). Oi..oi...ingat kitak duak bulan 7 kelak, tebal buku nak diulangkaji. W/bagaimanpun duduk peperiksaan tu bukan apa...kerajaan mahu semua kakitangan, badan, kepala, betis ada kualiti dan ummmmph. Jadilah rakyat yang berkualiti. Sekurang-kurangnya kita ada pengetahuan selepas membaca Perintah2 Am, Peraturan2 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Arahan Perbendaharaan so on and so forth. I m sure kalau kita tak duduk peperiksaan, kita tak akan baca semua kandungan buku tu. Gagal atau lulus biasala tu. Tak kan nak lulus semua. Taklah kita 'buta' macam kassim selamat :) . Butapun Kassim Selamat tapi dia pandai main 'trumpet'...eh silap....bukan 'trumpet' tapi sexyfon. Kalaula Mr. Kueh dengar perkataan 'trumpet' sure dia akan tersenyum lebar.
Oh ya...petang tadi menghadiri kenduri arwah ibu angkat kepada my anak sdra. Dalam hati berkata....'aduh!!!....gonna miss Suno2'. Takpe....pegilah kepada yg wajib. Suno2 tu tiap2 hari ada, nice hindi film at channel 8.
Mata mengantukla....banyak lagi nak disampaikan. Lain kali ajelah. OK jumpa lagi. Sayornara.

Tuesday, December 28, 2004

Terbahak-bahak sorang

Sebelum nekaunt masuk blog ni tadi, nek aunt sempat buka email dan terdapat cerita lucu dari gelihati.blogspot. Ok mari kita sama-sama baca:


Tugu Peringatan

Cerita Lawak. Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancarSetelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya."Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor."Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu."Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu."Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu."Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut."Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...----
Sumbangan: Samad
Hai....macam2 je cerita si Samad tu.
OK malam ni tadi nekaunt tersalah resepi. Dalam kepala otak nekaunt ni, nekaunt fikir nek aunt nak goreng sayur kangkong, so preparela resepi for kangkong. Dah goreng semua bahan-bahan seperti bawang putih dan udang kering, dah kekuningan baru nekaunt masukkan ....eh.....rupa2nya bukan kangkong rupa2nya midin. Alamakkkk.....lantak je la ...goreng---goreng....letak garam dan aji-no-moto....zapppppppp siap dah.
Mmmmm...tak sangka sedap jugak. Malam ni tadi kami makan udang harimau, masak rebus je....sedaplah! Jangan tiru resepi saya tau, haram kalau tak minta kebenaran....acah je! Petang tadi terfikir nak masak ketam tapi masa tak mengizinkan, bukan apa....nak tengok TV cerita Suno2 cenel 8 setiap kul 6 petang tu. My fren Watipun sama, dia duduk depan TV sekali tak menghiraukan mak mertua yang lalu lalang kat situ. Nasib awakla mum-in-law ...heheheheh
Tak dapat cerita banyak sbb esok ada exam, nak baca buku sikit, kalau tak mengantuklah!
OK cya all in my next retentan. (Dapat tak ulangkaji ni?)
Sayonara, nasib baik tak sayur kangkong. Lahhhh....kangkung lagi!!!

Monday, December 27, 2004

Sarapan Pagi - MENU?

Seronok juga kalau ada anak2 saudara bermalam dengan Nekaunt. Pagi-pagi dah kena hantar balik. Sebelum balik Nekaunt prepares breakfast for dia orang. Tapi nak prepare apa ya? Teringat Nekaunt semasa berkursus di Kajang dan kita orang menginap di sebuah hotel. Pagi2 kita pergi sarapan dan boleh dikatakan makanan semua ok. Siapa yang nak makan nasi lemak, nasi bubur, mee goreng, mee hoon, laksa, telur, sosaj.....macam-macam ada :)
So it came to my mind, budak2 suka sosaj, telur dan mee. Apa lagi semua ingredients ada dalam peti sejuk. Mula2 Nekaunt nak buat berasingan. Hatta....Nekaunt goreng telur dulu kemudian dicampur dengan mixed vege. Selesai saja menggoreng telur Nekaunt goreng sausage (sausage dihiris bulat2 je) and finally goreng mee. Ni tak boleh jadi....nanti budak2 tu concentrate on sausages only. Nak tau how I solve the problem....Nekaunt campur kesemua mee, telur dan sausage tu. Wow! it looks delicious n inviting. (Eh...eh sape kate Nekaunt angkat bakul dan masuk sendiri).
Ok....dah breakfast semua....kena hantar balik.
Balik ke rumah...siap pegang penyapu, sapu semua bilik tidur, bawah dan atas bukan itu saja, bilik tidur ayah Nekaunt kena 'overhall', jemur carpet, kemas meja, kemas ini dan itu. Then suddenly Nekaunt terjumpa gambar anak saudara Nekaunt yang bernama 'Ipuk' didukung oleh uncle Y-Lee...kalau tak silap umur dia waktu itu belum setahun...maybe dalam lingkungan sebelas bulan, kecik dan kiut...hehehe.
Hujan kat luar, tiap2 hari hujan. Kena berhenti kat sini, manalah tau ada guruh dan kilat nanti, tak pasal2 modem ku kena arrow : ).
Jumpa lagi. Sayornara (Nasib baik tak sayur kangkung...hahahahahhah)
NekAunt

Sunday, December 26, 2004

Cuti Krismas - Membersih Rumah....alahaiiii...

Kepada yang menyambut Hari Krismas, Nekaunt mengucapkan Merry Christmas, Gayu Guru Gerai Nyamai serta Maaf Zahir dan Batin. Best jugak cara Nekaunt memberi ucapan ya...ada tiga bahasa. Almaklumlah Malaysia mempunyai ramai bangsa. Kan baik begitu sama-sama kita menghormati bangsa lain. Jangan mementingkan diri sendiri sahaja. Orang putih kata 'dun b selfish'. (Ralat: Jangan terikut-ikut ejaan tu ya....saje nak buat glamour sikit...sikittttt je ).
Hari ini tadi pagi-pagi dah buat kerja rumah....cuci baju, membersih rumah ...termasuk semualah tu....lap mengelap, mop lantai.....banyak gak kerja. Nekaunt kalau dah buat kerja, dari pagi hingga petang, except kalau dah waktu solat baru off sekejap...lepas tu sambung lagi. Nekaunt is very particular kalau part kerja bersih membersih...tak mau cincai, sebab itulah Nekaunt sehari-hari buat kerja, tapi I m not doing it everyday. Normally Nekaunt memilih waktu cuti atau week-end buat kerja bersih-membersih ni. Semua setujukan? Kalau tak setuju pendek umur...hahahaha....gurau je!!
Malam ni tadi Nekaunt jemput 4 orang anak saudara kerumah. Sebelum itu kami pergi membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah. Yang paling kecil sekali berumur 4 tahun. Lucu gak dengan si kecil ni. Selepas makan aiskrim habis comot muka dia, baju kotor sikit. Lepas tu dia makan chicken wing.....alamak....dia pegang sofa....(Sehari-hari Nekaunt cuci rumah, cuci perabot....tak apa nanti kena cuci semula). Si kecil tu kata, since baju dia kotor kena beli baru, beli baju Ultraman. Dia fikir bangunan Parkson tu di depan rumah ke.....alahai si kecil ni. So, tadi Nekaunt cuci sikit bahagian yang kotor ....selepas tu iron je..abis cerita.
Nekaunt rasa nak baca buku jap. Ok...sayornara for the time being. Take care semua.

Saturday, December 25, 2004

Exam....exam....exam....

Bila disebut perkataan exam .... hai lemah rasa kepala otak yang dah kering kerong krang memikirkan!!. Kering kerong krang...apa benda tu? Hishhhh.....nak kena saman dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ke ni? Takpe nanti minta ampun dan maaf sama bapak Zaini Ozea. Mungkin suatu hari nanti dia akan kaji perkataan2 itu dan akan terperanjat seluruh Malaysia bahawa kita ada vocab baru. (Kalau nak naik gaji belajarla bersungguh-sungguh....bisik hati ku...cewah)
Macam mana pulak dengan member2 Nekaunt yang dua orang tu. Ada belajar ke or tengah menonton program jalan2 cari makan agaknya. Eh.....yelah......baru-baru ini program jalan2 cari makan di adakan di bandar C-bu. Watie kata Maria T/ku Sabri dilihat secara live ....wooo....she is beautiful. Untung ko Watie dapat melihat secara live, dah lah tu Watie sendiripun ada gak sama shooting dalam program JCM. Glamour u dapat masuk TV 3. Nekaunt dapat juga masuk TV, tapi orang lain tak dapat view ...nak tau sebab.....malu juga nak bagitau, tapi kalau tak bagitau satu hal pulak. Ok2.... my anak saudara used to take my pic...guna video-cam lah, lepas tu sambung kat TV.....haaa...kan dah nekaunt dah kata.....masuk juga muka nekaunt dalam TV! (Dapat mengalahkan Maria T/ku Sabri u...hahahahahahah)
Mana pulak my fren si Lyn Anderson ni! Lyn sik payah belajar gilak, sebab dia memang smart!...terlalu smart sehingga paper untuk orang P1 pun dia lantak...walhal dia sepatutnya duduk paper P2, nasib engko la Lyn kena duduk semula peperiksaan P2.
Entah bagaimana pulak pegawai2 yang lain tu....ada belajar ke tidak. Tapi ada juga yang kena dikesiankan.....ada sorang pegawai tu...duduk peperiksaan....lulussssss...tetapi....ada harapan ke nak dinaikkan gaji (shhhh....gajinya dah 'melantak' dindin). Takpe tunggu naik pangkat naiklah gaji awak. Sabar jak aku :)
My...my....it's one in the morning....I got to penoff now.....ada pen ke? Laaaa ...stop typingla. Esok tak keje, hari Krismas, dapatlah berehat. Till we meet again...sayonara.
Lupa nak berpantun: Pantun org dolu2:
Bagaimana menjemur padi,
Siang dijemur malam dibuat,
Bagaimana menghibur hati,
Siang dihibur malam teringat.
(Pantun local Sarawak)
Siap bagi tau, nanti orang semenanjung tak reti makna. Kan..kan..kan.

Thursday, December 23, 2004

TeRiNgAt My Nephew n My Nieces

Apa harus nekaunt nak cakap pasal mereka.....mmmm let me think for a while :). Mula2 nekaunt nak describe ttg abang (my only nephew) my 3rd brother punya anaklah. Untuk pengetahuan semua semasa dia masih kanak2 ribena dulu mak nenek panggil dia ''Ipuk"..hahahahaha....So...pagi2 si mak nenek ni tadi timang-timangkan dia dengan nama tu. Nak tau lagi, tengok mood dia, kadang2 dia mengamuk dengan panggilan 'ipuk' dan kadang2 buat tak kisah....(mood okla tu :) .....shhhh.....senyum dia!. Sekarang dia dah remaja....eh remaja ke? Wei...wei....kalau tak silap dia masih 'keman keropok', gula-batu ...apa lagi ya..mmm..masih di bawah ketiak mak dia. Hahahahha....sian anak sdr. ku itu. Minuman kegemaran...cola. Malam2 kalau lapar dia makan mee maggie (malam buta dah tu..hehehhe)..masih juga badan dia tak naik2. Slim semacam...macam pokok tauge!! Anyway, dari pandangan mataku yang kasar (kenapa tak mata halus ye?) Dia anak yang baik, bertanggungjawab, menerima teguran dengan 'senyuman', ..dah...dah... nanti adik2 yang lain jeles lak.

Next!...Nama timangan...Nana, second in the family. Pernah tak dengar lagu berbunyi "Saya ada kawan, dia sungguh jempul, dia punya badan....ah!..... (tolong sambung :) ). Tapi kan...dia tak lah gemuk sangat, cuma gempal. Nana dah habis PMR...tak lama lagi keluarla keputusan. Perasan dia sekarang 'bedebak-bedebuk'. Semoga berjaya. Seorang anak yang pandai menolong ibu di rumah. Kalau tak silap masih boleh dipanggil kanak2 ribena...hahahaha....
Anak sdr. ku yang ini sentiasa senyum. Ok...don't talk much about Nana...nanti dia prasan lak! Ok Nana, lain kali ada liputan khas untuk awak ..hehehe.

Dah pukul 12 dah ni...nak aunty sambung lagi ke? I think, I better stop, mata dah sepet sebelah...nak baca sikit buku selepas ni.....adui.....ok2 jumpa lagi.

Peringatan kepada Ita, Eja, Shasha dan siti Nia, jangan escape ya...next episode will be ur turn.

Sayonara (Tired dah ni)

Jap2 ada pantun org dolu-dolu:

Ular Lidi Turun Betapa,
Turun Betapa Di Pokok Kayu
Barang Tak Jadi Tidak Mengapa,
Jangan Saya Diberi Malu.

(Pantun local orang Sarawak)


Wednesday, December 22, 2004

Seronoknyeee

Finally I've made it. Terima kasih to myself sebab dapat gak masuk kat blog ni. Hari ini 22.12.2004. Dah larut malam dah. Mungkin esok lusa saya akan mulakan blog saya. Banyak cerita nak dikongsi kepada sape2 sudi nak baca my blog. Kepala almost sakit dah, almaklumlah it's almost one in the morning. OK, nanti saya tulis lagi. Sekian dulu. Jap...jap...ada nak dishare:

Pantun orang dolu2:

Jong gerida-rida,
Gerida laut semarang,
Kalau hati sudah suka,
Tak sorang dapat melarang. (Except Dia...lah)

Cewah dia...pantun lak!

OK Sayonara.