Friday, July 04, 2008

Tamak

SYUKUR

Ucaplah alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhamamad ya
Rasullullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenag hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahgia aman dan makmur
Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulurkan sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan



Naik bosan or fedup tiap-tiap hari baca pasal orang-orang kenamaan or public figures saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Itula sarang tabuahn jangan dijolok...nayakang.

Manusia terlalu tamak
Manusia berebut kuasa
Manusia lupa Allah

Orang dah terlalu 'ternama' dan terlalu kaya dah tak tau nak buat apa. Last-last buat kacau sesama sendiri. Yang dah top nak tertop lagi.....tamak la tu. Buat fitnah dah satu hal lagi. Tak takut hukum Allah ke? Yang kena fitnah terus menerus tu biar Allah hukum mereka.

Nekaunt bersyukur atas apa yang ada tetapi kena berusaha untuk mempertingkatkan kedudukan yang sederhana ketahap yang agak munasabah ikut kemampuan. Kalau tak ikut kemampuan last-last 'kemampusan'.....adatak perkataan kemampusan dalam kamus dwi bahasa. Maaf ya pak sebab invent perkataan yang takde dalam kamus....lantak!

Ingat Allah maka kita akan selamat .... insyaAllah.


Footnote:

Nekaunt tak kisah apa yang berlaku sekarang. Yang penting ada gaji tiap- tiap bulan, dapat bayar hutang dan cukup makan. Jangan lupa makan di KFC sebab tempat tersebut kegemaran nekaunt......cayalah...




(Sori ya...ini gambar orang yang frust menonggeng...takde kaitan dengan tajuk yang di atas)

Sekian, laf oways,

Nekaunt

Thursday, June 19, 2008

Kita Di Sabah Bah


Peserta2 dari Sabah dan Sarawak

Ai say men.....akhirnya dapat juga melihat negeri Sabah, negeri di bawah bayu atau dalam bahasa omputih Land Beneath The Wind. Kita kesana bukan makan angin la...tapi kena attend kursus kecemerlangan diri. Nampaknya belum cemerlang lagi rupanya nekaunt ni...hahahahaha.....I dun care...hahahaha yang penting kita gumbira dapat melihat Sabah. Sabah sebuah negeri yang indah...pemandangan cantik... Negeri Sabah The Land Beneath The Wind, merupakan tempat yang banyak daya tarikan, menjadikan negeri ini tumpuan pelancong dari luar negeri mahupun pelancong tempatan. Senario ini menjadikan industri pelancongan di sabah menjadi pemangkin utama ekonomi Sabah. Pelbagai pihak cuba menjadikan pelacongan di Sabah lebih menarik dan menyeronokkan para pelancong. Well yang belum pergi ke Sabah pergila. Nekaunt ambik cuti satu hari stay in Kota Kinabalu. Waduhhh...kita pergi tengok places..really view tea full u know. Biasala ada pasaraya yang tinggi/besar2 tapi itu biasa kita tengok..yang interestingnya kita pergi tengok laut yang biru dan waktu itu ombak tenang, setenang-tenangnya hati nekaunt yang suatu ketika dulu tak tenang..hahahha.. lantak kaulah! Yang penting awak gumbira. Pengalaman hari pertama: Turun dari belon....wah!!!...kawasan lapangan terbang luas...and on the other hand kawasan dan building2 still under maintenance diubahsuai atau diperbaharui. Macam lapangan terbang LTAK (Kuching)suatu masa dulu diubahsuei dan sekarang cantik. Jalan Raya juga still under maintenance, diperbesarkan....so all the way to Bringgis Resort kita tengok jalan raya masih dalam keadaan tidak kemas. By the way Beringgis Resort tu di Papar and it took us 45 minet to reach there. Alhamdullillah we reached there safe and sound. Mari kita tengok gambar:
Pemandangan yang indah ...kat belakang kita tu banyak pulau tapi bukan pulau jerjak tau :)










Pheweeiitt ....Bang Man ambik gambar kat Kota Kinabalu berlatar belakangkan Ikan Layar (Itu kata orang Sabah)






Sidak Bang Man Di Pantai Beringgis, Sabah
(Rasa macam artis lah sidak tek....hahahahaahh)


Gambar diambil on the way nak balik ke KK



Our Group semasa Latihan Dalam Kelas



Marylyn Monre and Elizabeth Tylor..hahahahaha








Bang Man, Kak Watie and few of us makan tengah hari..nekaunt makan nasi goreng kerabu....sodap bah itu..







Waaaaaaaaa jelessss....bang Man and Arip sempat lagi ambik gambar dengan Abu Bakar Ellah (Orang kita....orang kita....nyanyian Abu Bakar Ellah)















Sun set kat Beringgis resort.


Banyak lagi gambar tapi lain kali nekaunt akan download lagi....masih dalam kamera yang satu lagi.

Well....kalau ada masa cuti la ke Sabah and I m sure you love the place. Semasa di KK nekaunt sempat juga pergi 'pasar philippine' mereka jual mutiara, cenderamata ...bole dikatakan 'gift shop' Kat sini kita bole beli cenderamata untuk dibawa balik. Nekaunt ada beli sikit2.. untuk member2 di Sibu. Actually kalau kita pergi berkurus our mind is not ready for all that.

Kursus kecemerlangan diri yg nekaunt hadiri kali yang ke 3 ni sangat berkesan. Mana tidaknya lelaki yang tak bisa nangis pandei nangis. Bukan kena dera atau kena pukul tapi tersentuh sangat apabila tajuk Ibu yang diutarakan. Ibu yang melahirkan kita, menjaga kita dari kecil hingga dewasa, memberi pendidikan yang sempurna, mencurah kasih sayang tidak terhingga dan sentiasa membelai kita dengan penuh kasih sayang.

Opppp.....kita akan sambung part 2 .....nantikan.

Laf oways

Nekaunt

Monday, June 09, 2008

Finally atau Akhirnya.....

Akhirnya saya akur pergi jumpa doktor tujuan penyelsaian kes tangan kiriku yang tak dapat diangkat ke atas atau dalam bahasa orang putih ... can't raise up my left arm. Doktor kata my arm is frozen....alamak... Anyway dok tu kata healing will take a long time (dalam hati berkata...I dun care as long as it is back to normal).

Saya dinasihatkan supaya membuat senaman seperti yang mereka ajar. (Shhh...kadang2 buat kadang2....sori mak temah takde masa...)

Nampaknya saya kena pergi ke hospital lagi for fisioterapy.... ni yang boring ni. Besides fisioterapy saya ada juga dinasihatkan supaya malam2 kena taruh minyak panas (bukan minyak kacang panas yang dalam kuali tu....kah..kah..kah..)Minyak gamatpun elok juga.

Well...I dun like taking tablets. Dokor bagi ubat tahan sakit or pain killer. Dah terpaksa kena juga ambik.

It takes months to get heal. My frens yang dah ada pengalaman dapat sakit tu kata kadang2 penyakit tu akan pulih dengan sendirinya. Harap2 begitulah. Kalau macam tu I kena bersabarla ni.Frozen shoulder will generally get better on its own. However, this takes some time, occasionally up to two to three years. Treatment is aimed at pain control and restoring motion. (Kata sidak spetarlah ya....lemah nengar ya)

Mari kita tengok gambar bahu beku (frozen arm)






Our arms. At least kita dapat gambaran...kan...kan..

Juga boleh layari ke laman ini

http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?tpic=A00071

Wah....rajin juga rupanya saya cari info. Biasala kalau dah kena baru tau. Ini tujuan untuk kita dapat gambaran terang-terangan dong...kepalapun tak pusing or terpinga-pinga bagaimana penyakit tu happen.

Well...izinkan nekaunt berhenti buat seketika waktu. Nanti kita omong2 lagi ya pak...hehehehehehe..kenapa tak mak.....(bole juga)

Sekian nukilan dari tanter

laf n cayang oways...

Nekaunt yang manis....hahahahaha angkat bakul!!!!

Sunday, May 18, 2008

ASTRO - KEJAM


Saya tak salahkan Nadia. She is one of my favourites little girl in AF6. Toi dan Nadia meraih undi yang rendah dibandingkan dengan lain. Tapi malangnya tiada yang terkeluar konsert yang ke 8. Jawapannya ada pada diri anda. Sekiranya Toi yang terbawah sekali pada konsert ke 8 nescaya Toi 100% keluar. Jawapannya juga ada pada diri anda. Bukan salah Nadia tetapi salah pihak pengurusan ASTRO.

Kalau Bos orang Astro tu orang Islam....mahumnya...(aiseh man...dah terlebih dah!!!)hak Stanly awak curi...maka awak akan menerima hukuman yang setimpal pada sustu hari nanti.....Remember that God Is Great.

Saya tak kisah Stanly out kalau memang undi dia yang terbawah sekali konsert yang ke 8.

Well....undang manusia bole diubah bila2 masa. Kalau undang Allah....kalau kau nak ubah....naya kang! Orang Astro makan hak Stanly....send him to hell kata Stanly.

Whatever Stanly....sabar jak. Awak bukannya dari keluarga yang susah. Kesian orang malaya.Bagila mereka kesenangan. Sori ye...I have to be cruel sometimes.

Bukan sedih Stanly terkeluar pada konsert ke 9 tetapi sedih dengan kezaliman yang dilakukan oleh ASTRO.

Kalau pihak BPR tau ni....siap kamu orang.

Well...marilah kita undi Stacy. She is much better then the rest. Stacy is even better then Mila. All the best Stacy.

Nekaunt.

Thursday, April 24, 2008

My B'day Falls On 24.4.08 - Thursday

Kuih Harijadi Nekaunt Tahun Ini Ditaja Oleh Iparnya Sendiri ..hehehehe.
Well...terima kasih kepada semua kawan-kawan, my kakak n abang, 3 anak saudara iaitu Juwita,jom mari kita baca sms yang dia hantar pada 20.4.2008 pukul 7.23 malam...wah awalnye dia bagi wish: "SameqOrm aunty rock..happy birthday...smOga panjang umO n rezeki murah..kau wish awal kubah malam ih tepOn kau buyak apan..haha"(Sebenarnya Ita sms dari Bintulu mengikuti program PLKN) Hamisah dan Aryati...thank you for the birthday greetings. Kepada anak2 saudara yang sentiasa ingat b'day nekaunt....sekali lagi terima kasih aunty ucapkan...(sob...sob..sikit...kononnya). Ada sorang kawan bagi sms tepat kul 12 malam. Tak tido lagi ke...rela berkorban apa saje...hehehehehe(Orang sebelah tak mare ke?)
Perasaan sayang timbul dari hati yang ikhlas...dan saya kagum dengan kejujuran yang betul2 jujur ......sabar jak haku :).

Jom tengok gambar aunty potong cake




Prasan tak.....ada orang menumpang dibelakang....watever jangan pandang belakang :)








Yang disebelah aunty tu macam pinang dibelah dua...kah..kah...kah...






Yg Berbahagia Pn Hjh Aminah bersama staf2 yang comel lote





Lawatan rasmi yang Berbahagia Pn. Hjh Aminah Hj Sapawi, Ketua Nazir Negeri Sarawak (Berbaju kurung warna hijau)ke pejabat kami. Ehem...ehem...sempat juak nya cakap "Happy birthday to you". Alhamdullillah. (Mun Wati sik madah sik nya tauk....hehehehe..)




Pooh kiri....pooh kanan...berkat doa baginda Ali...tetapkan iman (Lagu petikan dari filem Pendekar Bujang Lapok...hehehhe..) Entah... kenapa semua pandang kekiri...Takpe...yang penting jangan pandang belakang...seremmmm.


Apa-apapun nekaunt sekali lagi mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua kawan2 yang menghadiahkan ucap selamat harijadi kepada nekaunt. Nekaunt sungguh terharu sekali meskipun diadakan secara on the spot tidak dirancang. InsyaAllah tahun hadapan kalau umur panjang nekaunt akan mengadakan secara besar-besaran sehingga semua raja2 dimukabumi akan dijemput untuk menghadiri majlis nekaunt tu nanti. Raja2 yang dimaksudkan nekaunt tu ...seperti raja gopal, raja sehari, raja bersiong dan mostly raja2 yang berketurunan tamilnadu. Ingat ya...kita duduk dalam Malaysia dan mempunyai ramai bangsa. Sehati sejiwa sarawak fm....dah kesitu pulak...hahahahaha.

Be Serious:

Bismillahhirrahmannirahim....Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu
seindah-indah persoalan, sebaik-baik doa, sebagus-bagus keuntungan, seindah-indah pekerjaan dan sebaik-baik pahala, sebagus-bagus kehidupan dan sebaik-baik kematian. Tetapkanlah aku dalam kebenaran dan beratkanlah timbagan amal baikku, kukuhkanlah imanku, tinggikanlah kedudukanku, terimalah solatku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku. Aku pohonkan kepada Mu kedudukan yang tinggi didalam syurga Mu.
Perkenankanlah ya Allah. Amin.


Semoga kita semua diberkati Allah sentiasa. Amin.

Terima kasih semua.

Nekaunt

Sunday, January 06, 2008

Giant Tooth Brush



The correct way to brush our teeth.






Jangan tiru macam dia. Gambar ini cuma perhiasan semata-mata.
Kempen berus gigi ke?

Ehem...ehem...sebenarnya semasa mesyuarat dengan bos kita, ada orang kena berus...sapa yang makan cili dia yang merasa pedas. Itula...bos dah bagi amaran...... saje make dunno. Bos tegur kita it's for our own good. Kalau awak tak mau good suka hatila, yang penting I mind my own business and who cares the world is round :)

Sorry ya pak..... jangan mare nanti kena jual.

Berusaha ke arah kemajuan 2008.

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008




Ya Allah sesungguhnya aku mohon pada Mu seindah-indah persoalan, sebaik-baik doa, sebagus-bagus keuntungan, seindah-indah pekerjaan dan sebaik-baik pahala, sebagus-bagus kehidupan dan sebaik-baik kematian, tetapkanlah aku dalam kebenaran dan berkatkanlah imanku, tinggikanlah kedudukanku, terimalah solatku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku. aku pohonkan pada Mu kedudukan yang tinggi dan syurga Mu. Perkenankanlah ya Allah. Amin.


Saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada sanak saudara, sahabat karib atau yang tak karib. Semoga Tahun 2008 ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin.

Mesti ramai yang tanya 'apa azam tahun ini'. Simple je...2 b good, better and best and improve ways of thingking, life styles and looking forward to become a millionaire....hahahahaha.....seeing is believing and feeling is the bloody facts. Phewiitttt......
Bak kata nenek kebayan....cakap yang elok adalah satu doa. So kenalah cakap elok2 dan yang penting sekali kita bersyukur kerana dipajangkan umur maka kita dapat ketemu kembali pada tahun 2008 dong.

So what is our achievement then? Try to recall. Till we meet again, take care.

Luv others and be luved by others.

Cayang selalu.

Nekaunt@dmaslia




Woittt!!!! this is not nekaunt...this is my cucuklah!!

Thursday, November 22, 2007

Monday, November 19, 2007

Baju Kurung

Sekali pandang macam model, dua kali pandang macam orang kerdil ...hahahaha...sabar jak aku!!!






Alhamdulillah...nekaunt dapat juga merasa pakai baju kurung baru. Kepada yang menghadiah, terima kasih. Perlu pantun lagi ke? Tak payahlah...pantun yang dulu belum expired lagi...hahahahhaha

Well..the above pictures was taken this morning itself....still fresh. As early as 6.30 am..(teruknya nye)

Bukan ape...just to show to someone over there....hahahahha...

Ok...got work to be done..till we meet again ...sayonara n sayokangkong.


Regards

Monday, November 12, 2007

Di Kanowit : Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri

Ai say men....tak terfikir Saturday ni tadi dapat menghadiri majlis ramah tamah aidilfitri anjuran surau Nurhidayah IPD, Kanowit. Seramai 10 orang ahli-ahli Perkim dan Persekutuan Kumpulan Wanita, Sibu dijemput. Yang bestnya juga, kita orang ada orang jemput ...kita guna van pak polisi....waaaa macam orang tahanan nak di bawa ke sempadan...hahahahahaha...nasib baik semua berbaju kurung. (Hari tu nekaunt pakai baju kurung yang Hadiah bagi...mmm tudung ipar yang bagi. Waaaa...bukan artis saje guna baju sponsor...nekauntpun ada juga orang sponor baju dan tudung. (Kasut dan yang lain-lain tu sendiri punyalah :) )

Jomla kita tengok gambar:



Ketua Polis Daerah Kanowit Tuan Bujang berucap







Tetamu yang hadir









Tetamu yang hadir









Inspectors Gadjets with their nasyid





Terima kasih kepada KPDK dan Isteri atas layanan mesra.




Mesreeee





pun mesra selalu

Thursday, November 08, 2007

Thanks Hadiah

Hari ini nekaunt pakai baju kurung baru. Kain baju kurung itu dihadiahkan oleh Hadiah. Sesuai dengan nama beliau, memang dia suka bagi hadiah. Terima kasih Diah. Kalau pergi ke pulau bali, lain kali bagila lagi........



Pulau Bali





Semua staf kat pejabat memuji warna baju nekaunt. Sebenarnya orang yang pakai baju tu cute...hahahahaha...lantak....angkat bakul!!!!

Well watever I m very the terima kasih kepada Diah. Semoga Allah membalas budi baik kau Diah :). Sejuk perut ibu mengandungkan awak.



Kawan saya, Diah















Toceh...toceh...

All the best




Nekaunt

Tuesday, November 06, 2007

Sejarah April Fool


April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Spenyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Spenyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera kafir. Penduduk-penduduk Islam di Spenyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kafir bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari bumi Spenyol.

Penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Spenyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak kafir mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak kafir kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, orang tua, dan anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh orang kafir. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Spenyol malah di seluruh dunia. Yang menyedihkan orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari sebenarnya mereka merayakan ulang tahun Pembunuhan Beramai-ramai Saudara Seislam Sendiri. BERTAUBATLAH!

Sumber Bacaria Edisi Sabtu (3 April 2004)





Alhamdulillah.....syukur kerana mengetahui sejarah april fool. Kalau diterjemah dalam bahasa Malaysia (direct translate) april fool tu kalau tak silap april bodoh...eh..eh...betul ke ni......atau april paloi...teruk...teruk....



Gambar Perhiasan