Assalamualaikum memulakan bicara....cewahhhhh. Nyampah tul..hehehhehe..ngada!
Mungkin kawan-kawan hairan mengapa topik hari ni "Sedih" dan pembuka bicara nampak riang je. Tiga hari dah NA tak brape sihat tapi dah jumpa doktor dah. Yang susahnya NA ni, kalau telan pil....air abis diminum..tapi pil-pil tu masih juga tersangkut di bawah lidah..ape daaaaaa.
Ya....dah setahun lebih dah ibu yang tersayang meninggalkan NA. NA sentiasa merindui ibu. Ibu meninggalkan NA tanggal 23 Julai 2004. Terus terang NA katakan bahawa NA tak dapat melupai kenangan manis bersama ibu yang tersayang. Dialah tempat bermanja dan dialah segala-galanya bagi NA. NA bersyukur sebab ibu meninggal dunia di dalam keadaan yang sempurna. Bersyukur juga sebab NA masih ada untuk menjaga ibu yang sudah tua. Dulu NA risau takut-takut nanti NA yang pergi dulu daripada ibu. Kalau dah takdir nak buat macam mana. Bukan NA tak percaya pada abang dan kakak, mereka memang ada, tetapi masing-masing dah duduk rumah sendiri. NA puas hati dapat memelihara ibu sampai akhir hayatnya. Makan minum dijaga, dari segi kebajikan, memang NA yang bertanggungjawab sepenuhnya. Alhamdullilah...syukur...ibu memang cukup segala-galanya.
Jadi, nasihat NA kepada kawan-kawan yang masih ada ibu, jangan abaikan ibu. Kalau tak duduk serumahpun, pastikan jengok ibu, luangkan masa seketika. Kalau dapat pergi Sabah, Kuala Lumpur, Miri, Kuching...kenapa pulak ibu yang di sebelah rumah susah sangat nak jenguk????. (Sik takut "TULAH" kah?) TULAH tu tak nampak tau, dia akan datang dengan sendiri...no warning...macam tusnami. Lagi satu, jangan sekali-kali menghina/mengeritik ibu sendiri. Ingat ya..syurga di bawah telapak kaki ibu. Dulu semasa kita kecil, ibulah yang memelihara/menjaga kita dengan penuh kasih dan sayang.
Pernah NA dengar ayat-ayat ini "Ibu dapat memelihara 10 orang anak, manakala dapatkah 10 orang anak memelihara seorang ibu??? Jawapannya ada pada anda sendiri. Tepok dada tanya selera.
Dalam Islam anak lelakilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ibu dan bapa, berdosa jika mengabaikan mereka.Zaman sekarang dah terbalik dah....anak perempuan yang memainkan peranan yang penting. Itula...kalau tak dapat jaga mereka...sekurang-kurangnya telefonla...tanya khabar berita.
Bagi NA, Na tak kisah. NA lebih suka lagi dapat memelihara ibu/bapa, selagi tulang empat kerat ini masih bertenaga.
Sebelum mengundur diri Alfatihah untuk ibu yang tersayang. (Amin)
Well...it's time to typeoff....till we meet agaian....sayonara.
No comments:
Post a Comment