Tuesday, August 09, 2005

Keputusan Akademi Fantasia (AF3)

Panas!Panas!Panas!

Apa yang panas ni, hari panas, demam panas, hujan panas, panas baran,panas terik, ovan panas...no..no..no...bukan..bukan...bukan...(so what then?)

Konsert final AF3 baru je tamat semalam. Alangkah parahnya hati penyokong Felix, kerana Felix hanya mendapat naib juara. Syukurla tu Felix....itu dah rezeki awak. NA baca kat FROUM AF3 tu ramai yang tak puas hati sbb Mawi menggondol semua hadiah-hadiah seperti vokal terbaik, persembahan terbaik...juara lagi tu dapat kereta dan rumah. Lain kali kalau nak menggondol semua hadiah tu, ikutla cara Mawi.... kepala dia gondol, sbb itu dia dapat menggondolkan hadiah-hadiah tu semua (Gondol dalam bahasa Sarawak ..mmmmm macam rambut Mawi tula...kepala dia gondol).

Ramai kawan2 NA tak puas hati dengan keputusan semalam. Nak buat macam mana, orang yang mengundi menggunakan cara SMS bukan menggunakan juri profesional pon. Ada sorang kawan NA bagi NA SMS mengatakan "I don like Mawi". Mmmmm ...mungkin dia fikir NA ni menyokong Mawi. Kat forum NA ada tulis mengatakan bahawa Mawi dilahirkan bertuah. Dari dalam perut lagi nasib manusia sudah ditentukan oleh yang maha esa. So percayalah...itu adalah rezeki untuk Mawi, rezeki halal. Kita tumpang gembira sama-sama.

Jangan salahkan pelajar2 tu....jangan membenci mereka, jangan menghina mereka, jangan memandang rendah kepada mereka, jangan mengutuk. Kat forum AF3 tu ramai yang suka main kutuk-mengutuk. Tak terfikir ke org yang kamu kutuk sebenarnya bukan pelajar2 AF3, kamu kutuk sipenghantar SMS tu..hahahahahaha....mereka yang mengundi..kan..kan..

Mmmmm...nasib baik NA tak vote. NA cuma suka tonton konsert lepas tu join forum bagi pandangan...kat forum tu NA tak main kutuk2. NA suka jawab forum. Ada yang geram dengan cara NA menjawab. Mana tidaknya...sikit2 nak kenakan orang yang mereka tak minat. Kalau tak minatpun janganla sampai katakan budak Mawi tu "dahlah orang kampung, cultural shock pulak tu" haaa..itu ayat-ayat yang NA peroleh dalam forum AF3.

NA pernah terbaca juga pasal penyingkiran Reza dan Amy. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa itu adalah tidak adil. Bagi NA ketidakadilan pihak yang tertentu memang exist. Reza tu bukan duduk Sarawak. Dia hanya dilahirkan di Sarawak lepas tu balik Semenanjung sebab ayah dia orang Semenanjung dan rumah merekapun kat Semenanjung. Baiklah...kalau si Reza lahir di Sarawak, macam mana pulak dengan Marsha....dia dilahirkan di USA. Kenapa meletakkan Marsha dari Sabah, kenapa tidak dari USA? Jawab!!! So untuk pengetahuna semua...hanya Amy seorang sahaja dari Sarawak bukan dua seperti yang diwarwarkan. Macamlah orang Sarawak ni bute!!!! Dari Sabah brapa orang ye...jap..jap...ok...kita ada Ekin, Yazer, Marsha dan Felix. 4 orang la. Sarawak sorang je. So Mr Aznil...explain please. Nak tau lagi...Mawi ramai penyokong dari Sarawak..kalau Sarawak tak sokong dia agak2nya Felix dapat mengatasi Mawi. Lain kali tak payahlah ambil orang sarawak masuk AF. Bagi saja pada orang Semenanjung, mereka lebih memerlukan daripada orang Sarawak, siankan :).

Kualiti AF3: Kualiti ??????. Nak buat macam mana.....kalau keputusan dibuat oleh orang yang buta seni.(Perkataan itupun NA peroleh dari Forum AF3). Oh ya...baru NA ingat...it's sort of an indirect business.
Whatever it is...it is called life...sweet and sour.

Jangan taip banyak sangatla NA, tak ngantuk ke? Ok2 wanna sign off and till we meet again. Dah ngantuk ni..jumpa lagi di masa akan datang. Sayonara ayamas....nasib baik tak sayur kangkung...hahahahaha. OK2 cyaaaa!

p/s Seeing is believing.

No comments: