Nekaunt dijemput menyertai Seminar Motivasi Wanita hari ini tadi 18/2/2006 bertempat di hotel Zuhra Anjuran Majlis Pembangugnan Wanita Dan Keluarga Negeri Sarawak. Bertuahnya nekaunt dapat menghadiri majlis yang sebegitu bermanfaat/bermakna.
Antara tajuk-tajuk yang diutarakan: Kuasa Ilmu Dalam Kehidupan & Ke Arah Membina Insan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Ustaz Ismail Bin Ma'aruf dan yang satu lagi Peranan Wanita Dalam Menangani Stress Keluarga oleh Ustaz Haji Kipli bin Yassin.
Sungguh cantik dan menarik topik-topik tersebut. Timbul kesedaran dan keinsafan setelah minda kita 'dicuci' dengan kata-kata hikmah yang begitu sensitif sentuhannya. Nekaunt mengaku bahawa nekaunt dulu mmg seorang yang teramat jahil. Seorang kawan pernah bertanya : "Kau dah solat tek?" Selamba nekaunt jawab..." Mun aku suka solat, solat ku...mun sik....sik lah" Ade ke?....waktu tu masih remaja and still rocking!!! hehehehe
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa nekaunt....amin.... Allah yang maha adil dan yang maha pengampun. Teringat kata ustaz tadi, kalau kita kelahi sik bertegur dalam 3 hari...hukumnya....berdosa. Jangan terlalu ego sehingga sik mau tegur menegur di antara satu sama lain.
Diringkaskan saja dapatan yang nekaunt peroleh dari semianr hari ini tadi. Kepentingan ilmu dunia dan akhirat - Kedua-duanya adalah sama penting. Hanya
dengan ilmu pengetahuan kita akan menjadi orang yang bertanggungjawab. Tanpa ilmu maka pincanglah kehidupan kita. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad.
Hanya orang yang berilmu akan dapat merasai kenikmatan kehidupan sebenar. "Knowledge Is Power"
Antara soalan yang dikemukan oleh peserta:
1. Bagaimana hendak meminta ampun/maaf kepada kedua-dua orang tua yang sudah
tiada lagi di dunia.
Jawapan: Kerjakan lah sembahyang 5 waktu. Berdoa semoga ibu/bapa diampuni dosa
dosa mereka.
2. Semasa sembahayang tiba-tiba suami balik dari kerja dan memberi salam,
patut kah kita berhenti dari sembahyang supaya dapat membalas salam, atau
teruskan saja sembahayang.
Jawapan: Kalau sembahyang fardu tidak wajib menjawab, sekiranya sembahyang sunat
harus menjawab supaya tidak mengguris hati suami.
Ada banyak lagi soalan tapi sorryla ye...tak dapat dimuat semua. Nekaunt ada catit dalam buku harian, for my own reference.
Bercakap tentang STRESS
Semua kita ada stress...belajar menangani masalah stress
Everybody experiences stress. A certain amount is even good for you. Too much stress can damage your physical, emotional, and mental health. Since it is not always possible to prevent stress, we all need to learn how to reduce it. Kita ada cara tersendiri menangani masalah tersebut. Kalau nak dihuraikan disini memamng banyak.
Nak tengok gambar kami seminar tadi...jom....I try to download from my digi-cam...it's a bit blur anyway. better then nothing at all...kan..kan..



RENUNGAN: ALLAH TIDAK MENGUBAH DIRI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MENGUBAHSekian Wabillahhitaufikwalhidayah assamualaikum.
Always Nekaunt
No comments:
Post a Comment