If U WaNt YoUr LiFe 2 b MoRe ReWarDiNg, U HaVe 2 ChAnGe ThE WaY U ThInK.
Friday, April 29, 2005
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Cuba kamu perhati muka KM dan Isteri kepada Pengarah Pelajaran Sarawak tu...senyuman overdose....Sebenarnya NA kata kepada mereka.." Sir, this is my first time shaking hand with you". Mungkin itu agaknya KM tu senyum lebar.
Apa-apa pun NA berterima kasih kepada Ketua NA sebab he recognised me during his reign.
Yang bestnya NA dapat RM1,000 lagi tu dapat beli kamera...hehehehe...makacih sekali lagi kepada Kerajaan Malaysia.
Pantun: Dua tiga kucing berlari,
Lain kali bagi lagi...hehehehe
Waaaa...NekAunt ni....manalah ada lagi org. nak bagi NA kali ke 2, bagi chance la sama orang lain. Ya tak ya juga. Saje....suka nak sakat orang tu :).
Apa-apapun rezeki itu datang dari Allah dan kita sebagai hambaNya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
So..whatever it is...do think positive.
Footnote: Love others and be loved
by others.
Monday, April 11, 2005
Pameran Minggu Sukarelawan (Sibu AUTISTIC ASSOCIATION)
Nekaunt berpeluang berkenalan dengan seorang sukarelawan yang bertugas di stall SIBU AUTISTIC ASSOCIATION atau nama singkat SAA. Nekaunt amat tertarik dengan cerita beliau mengenai kanak-kanak 'Istimewa'di bawah jagaan SAA. Kanak-kanak tersebut ada IQ sebenarnya tetakpi tak berfungsi. Nampak normal tetapi tidak dapat memahami persekitaran mereka maka sukarlah untuk berinteraksi. Mereka tidak mengenal apa itu bahaya.
What is autism?
Autism is a developmental disorder that is characterized by impaired development in communication, social interaction, and behavior. Autism is classified as a Pervasive Developmental Disorder (PDD), which is part of a broad spectrum of developmental disorders affecting young children and adults--the Autistic Spectrum Disorders (ASD). The range of these disorders varies from severely impaired individuals with autism to other individuals who have abnormalities of social interaction but normal intelligence--Asperger's syndrome. The ways in which autism is exhibited can differ greatly. Additionally, autism can be found in association with other disorders such as mental retardation and certain medical conditions. The degree of autism can range from mild to severe. Mildly affected individuals may appear very close to normal. Severely afflicted individuals may be extremely retarded and unable to function in almost any setting.
In the past, autism has been confused with childhood schizophrenia or childhood psychosis. As additional research information about autism becomes available, the scope and definition of the condition continues to become more refined. Much of the past confusion about the disorder has been resolved.
What are the symptoms of autism?
The current Diagnosis and Statistical Manual of Mental Disorders-Fourth Edition (DSM-IV) identifies three features that are associated with autism; impairment in social interaction, communication, and behavior. First, patients with autism fail to develop normal personal interactions in virtually every setting. This means that affected persons fail to form the normal social contacts that are such an important part of human development. This impairment may be so severe that it even affects the bonding between a mother and an infant. It is important to note that, contrary to popular belief, many, if not most, autistic children are capable of showing affection and do demonstrate affection and do bond with their mothers or other caregivers. This limited socialization may erroneously lead parents and pediatricians away from considering the diagnosis of autism. As the child develops, interaction with others continues to be abnormal. Affected behaviors can include eye contact, facial expressions, and body postures. There is usually an inability to develop normal peer and sibling relationships and the child often seems isolated. There may be little or no joy or interest in normal age-appropriate activities. Affected children do not seek out other children for play. In severe cases, they may not even be aware of the presence of other individuals.
Sekian. Penjelasan dari web.
Footnote: Walau apa-apapun anak adalah harta dan kita diamanah menjagakan mereka sebaik mungkin.
Kepada SAA, Sibu nekaunt amat kagum dengan ketabahan mereka menjaga dan mendidik kanak-kanak tersebut.
Sempena Minggu Sukarelawan (Stall Benevolent Society)
Dulu semasa nekaunt masih sekolah dan nekaunt 'join pandu-puteri atau lebih dikenali dengan nama 'Girl-Guide', nekaunt berpeluang melawat rumah orang-orang tua. Kami bertanya kenapa mereka duduk kat rumah tu, tak ada rumah sendiri ke? Alangkah kesiannya apabila salah seorang penghuni rumah orang tua tu berkata, dia ada anak, seorng doktor, sekarang migrate ke Singapura. Demi untuk keselamatannya maka dia di hantar ke rumah orang tua. Hai...bertuah punya anak!
Seorang ibu dapat memelihara 10 orang anak, tetapi kenapa anak-anak tak dapat menjaga seorang ibu atau 'satu olang ibu' (bahasa C tu..)
Nasib baik ada 'Benevolent Society' klau tidak entah apa nak jadi dengan mereka. Thanks to the Benevolent Society for their great jobs and may God belss u all...amen.
Footnote: Jagalah ibu-bapa kamu sepertimana dia menjaga kita semasa kecil hingga dewasa. Ingatlah cerita Si Tanggang....anak durhaka, jadi batu. Kalau batu tugu negara tu tak apalah...itu batu pahlawan negara.
Friday, April 01, 2005
Berangan-angan naik Motosikal Besar
Nasib baikla motosikal tu tak campak dia ke lautan pacific...hehehehhe. Takpe la Nia, lantak awakla...dunia awak yang punya.
Sunday, February 27, 2005
Silau atau tabik polis atau sakit perut
Akhirnya dapat juga nekaunt menyelesaikan teka-teki ini...rupa2nya puan kita ni mencari bilik air...dia sakit perut...hahahahaha....
Tak caye ke? Cuba kamu lihat gambar tu, tangan kanan letak kat dahi, maksudnya sedang mencari bilik air, manakala tangan kiri pulak letak atas perut......ha...itula jawapannya. Jangan mare....nanti kena jual!!!
My footnote:
Nekaunt bercadang nak beli tampui..guna semasa emergency...:)
Tuesday, February 22, 2005
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Footnote: Sama-sama kita menghayati
Kepentingan 10 Muharam menurut kalendar Islam
©New Straits Times (M) Berhad
NotaKakiku: Semoga mendapat menfaat selepas membaca petikan dari NST(M)Berhad
Magic Cyber - Minuman Kegemaranku
Tak apa kawanku tolong doa untuk semua kita ye? Doa untuk kawan2 kita yang 'overdose' itu dan 'overdose' ini. Tapikan, kalau nak jagakan badan janganla sampai tak makan langsung. Kekurangan diet dalam badan menjemput penyakit tau. Nekaunt kalau dijemput makan nombor satu :)
Kalau dapat nekaunt tak mau 'pengsan' disebabkan kurang makan. Serba serbi kalau dapat, kita jangan kurang makan, kurang asam, kurang ajar....eh...jadi kangkung pulak (melelat kangkung kata local malay Sarawak).
Kamek duak Lyn, mun pasal makan nombor satu...hahahhaha...Sik ingat ngan CECUMA agik.....KOLESTROL2. Sik hal Lyn, pandei2lah kita dua jaga dirik bekas tuk.
Well...nekaunt nak take 5. Cya all and take care.
Notakakiku: Makan sebelum lapar
Berhenti sebelum kenyang.
Rezeki jangan ditolak
Balo jangan dipinto :)
Sunday, February 20, 2005
Bubur Asyura
Sebenarnya nekaunt berterima kasih sangat2 kepada my fren Lyn and her sweet daughter anakanda Sharifah....eh...Sharifah ape ye...bukan Yoko ke yg ni atau Shirley (sorry nekaunt tak pandai ejaan nama2), nekaunt once again thanking both of u for the deliverance of the yummy...yummy.... bubur asyura. Hari ini nekaunt tak payah masak, makan bubur tu je dah kenyang. Sedap memang sedap....disahkan oleh sirim lak tu :)
Kalau macam tu..nanti retire Lyn bole buka bisness bubur asyura, bole join nekaunt sekali...hahahahaha...angan2 mat jenin!
Tak salah kita berangan-angan janji jangan 'berangau-angau'. Hahahahaha...mulut nekaunt ni nak kena celotape atau kena jahit, gam gajah ke...hahahahahaha.
Apa2pun tak gurau tak sah dan ketawa merupakan senaman jantung.
Nekaunt nak minta diri dulu...jumpa lagi di masa akan datang....jom2 continue makan buburrrrrrrrrr.
My footnote
Tadi, pagi nekaunt sedang mop lantai suddenly h/fon nekaunt berdering-dering. Rupa2nya my fren Lyn called...nak hantar sesuatu. Siap hantar guna motosikal lagi tu...fikir orang hantar PIZZA rupa2nya bubur asyura...hehehe joking2.
Saturday, February 19, 2005
Kembar???
Hari ini tadi Watie pakai kasut boot, nak lawan sama nekaunt la tu. Nanti ko Watie, nekaunt nak pakai selipar tongkang...hahahahaa dan jangan lupa pakai seluar bell-bottom, rasa dalam zaman 70 puluhan la tu.
Eh...jam dah pukul 8 malam...nekaunt nak Isyak. Till we meet again...sayonara. Take care semua.
Thursday, February 10, 2005
Kari Manok dan Kukus Ikan Terubok Masin
Tak sengaja pulak nak 'menduet' kan makanan ni...kebetulan. So...Nekaunt tak sendir sape2 ni ya....(tersenyum sinis). Nak tau tak....ada sorang kawan...nun jauh di seberang, naik 'belon' kalau nak ke tempat tu :).
Secara tak sengaja saya ceritakan pada dia bahawa Nekaunt masak kari untuk jiran cina yang menyambut Tahun Baru Cina. Tiba2 dia kate " berdosa kitak ya...dah tau kamek suka makan kari masakan kitak" Waduh...tersentak jantung-milung nekaunt dengar tu...mmg kesian...mmgpun dia suka makan kari masakan nekaunt. Bak kata pepatah 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Apa lagi nekaunt terusla ambil pic kari 'manok' dan kukus terubuk masin untuk tatapn dia. Hahahahhaa...KIJAMkan nekaunt ni....
Sebenarnya Nekaunt seorang yang penyakat, kalau bole biar orang tu sampai menangis..hahahahahhhahha. Sungguh Brutalllll!!!!
Ok..ok...bersempena Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah Nekaunt ucapkan semoga kita semua diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan hidup aman dan damai sepanjang hayat.
Jap2...Nekaunt teringat sesuatu. Ada orang bagi pantun ni pada nekaunt dulu.
Pantun tak direstui oleh pihak SIRIM:
Buah mempelam buah mempelit,
Orang hitam berak sembelit.
Daripada KeraPutih. (Senyum kambing)
Hazim & Syafiq
Cakap British ko Hazim, mentang2 la mama awak mengajar BI. Cakap hinudstanpun dia tau. "Merenam Hazim". Sape pulak ajar ni? Apa?....Aunty Diah? Laaaa.....nahi2.
OK. ini gambar terkini kami, dah besrkan?
Till we meet again. Take care Aunty Diah.
Monday, February 07, 2005
Pekerja Contoh
Mmmmm....sebenarnya Nekaunt cuba ambil gambar dari sudut tempat Nekaunt duduk. Apa nilaian anda tentang gambar ni? Terang ke, kabur ke, condong ke atau...apa2lah. Kalau tak pandai komen janganla komen yer...nanti jadi lain pulak....anyway...nekaunt gurau je. Go ahead...what do u think of this picture?
OK...Nekaunt nak out ....till we meet again...sayonara ayamas. Eh...ada ayamas pulak. Bahasa Jepun tu....terror kan? Nasib baik tak terrorist....siap marah Pak Lah...heheheh joking2.
Bye.
Sunday, February 06, 2005
Tengok Anak Bulan Tahun Baru Cina ke?
So, bila Tahun Baru Cina tu? Cepat2la bagi tau sebab Nekaunt nak masak kari untuk jiran sebelah tu.
Tiap2 tahun Nekaunt masak kari untuk jiran sebelah. Hidup bermasyarakat katakan. Oh ya...tahun ini Tahun Ayam bagi masyarakat cina. So, apa makna Tahun Ayam ni? Semua orang tau, tak payah cerita.
Ok berhenti sebelum penat, gosok gigi sebelum tidur. Till we meet again...sayonara. Take care semua.
Tuesday, February 01, 2005
Nak geraji pokok?
Sekian saja :)
Jap2..nak nyanyi sikit:
Kain pelikat Oh la la
Kain pelikat Oh la la
Ingat tak lagu tu..dinyanyikan oleh Anuar Zain semasa dia budak2 lagi? Kalau tak ingat takpe...tak rugi pon!
Okla dulu, bye.
Monday, January 31, 2005
Membesih/Menebang Pokok D Belakang Rumah
Sunday, January 30, 2005
Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM
Kenapala gambar nekaunt ni blur. Mula2 nekaunt fikir mata nekaunt yang kabur, rupa2nya gambar ni mmg sah kabur, disahkan oleh SIRIM lak tu :). Takpe, asalkan ada imej yang 'cute'...cewahhhh.
Eh....boria ke? Tak...tak....kami baru saja habis Mesyuarat Agung PERKIM Tahunan Cawangan Sibu Ke - 13. Waduh tijah....ramai juga ahli2 PERKIM menghadiri mesyuarat tadi. Saya difahamkan PERKIM Cawangan Sibu mempunyai ahli seramai 250 orang. Baru pertama kali nekaunt menghadiri mesyuarat agung almaklumlah nekaunt is still new to the atmosphere. Nekaunt banyak memerhati and study the situations.
Finally mesyuarat tamat sebelum kul 5.petng. Sebelum balik ada jamuan ringan.
OK....that's all for the time being. Till then....bye and take care. Nekaunt akan tulis lagi .
Saturday, January 29, 2005
Kemana Menghilang?
Hari ini tadi nekaunt tak bz sangat .... cuma buat keja sikit2, sebenarnya banyak keja, saja nak kelentong.....boss takdela tu :).
Wednesday, January 19, 2005
Aw! Aw!
Wei....allo..tengah mengira harga kuih ke tu atau berada di gerai ramadhan. Eh....mana ada lagi ramadhan ....bermimpi rupanya aku. Hari Raya Qurban tak lama lagi. Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua umat islam di seluruh dunia.
Tuesday, January 04, 2005
Sha Sha
"Hello semua....my name is Sha-Sha. I m from bandar minyak, miri or u can call me orang minyak" Apa? Orang minyak...oooo akut...akut.
Ini anak sdra nekaunt. Umur 11 tahun, coming to 12 yrs old. This year duduk for UPSR. Ada ulangkaji tak ni? Belajar ye, jangan asyik nak sakat kakak2. To me dia ni memang raja sakat. Macam mana muka seperti awak ni jadi raja sakat. Ah!...suka hati awak lah janji kalau kakak2 sakat awak balik awak kena kebalkan diri. Hari tu siapa yang menangis......hahahahahaha. Cian-cian..
Terkenang arwah ibu, ibu tak pandai panggil dia Sha-Sha, sebaliknya dia panggil CHA-CHA. Nak menari chacha ke?
Sha, jangan lupa makan IgMax, good for your mental and fizikal. Exam tak lama lagi....belajar jangan tak belajar untuk kebaikan awak sendiri.
OK...nanti sambung lagi. Jumpa lagi.
Laaaa...kenapala gambar awak jadi besar ni. (Supaya semua dunia dapat tengok muka saya)
















