Monday, February 27, 2006

Blue Sunday - Mr Cinderella

What happen to the above topic? Doesn't it sounds weird? Kenapa dengan topik di atas tu? Tidak kah ia pelik bunyinya? Cewahhh....kena ada alih bahasa cikit. Nak tau...my blogspot kadang2 dibaca oleh orang putih dan lepas tu ada yang komen....'your blog is inquesitive'. Tula...kita orang malaysia beruntung sebab kita pandai cakap bermacam-macam bahasa. Some of the orang putih mana ada pandai bahasa kita kan?

Yes....kenapa dengan tajuk di atas tu....tak banyakla nak dicerita pasal my old man kena cekup kat market this morning. Perkataan yang dia guna..."Habisss...saya kena rompak tadi" Rupa-rupanya dia kena cekup or pick-pocketed. Abisla wallet dia...dalam tu ada mykad, kad2, dan pulus. Dia kata yang penting ic dia....nak buat macam mana...dah takdir kena 'rompak'. Nak tau lagi reaksi, dia kata dengan aunty...."huh....mun aku sedar awal tadik....memang sahnya merepuk ku tumbuk". uiii....terrornya bunyi!

Whatever kami dah lapur ke balai polis mengenai kehilangan ic tu.

Di rumah tadi dia cakap macam ni...."hari ini pakai kasut baru dan kopiah baru...sik ada tuah". Ade ke kasut dimarahnya....hahaha umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar....cewah....nak jadi karam singh walia pulak nekaunty ni. Jom kita tengok kasut mr cinderella tu.....heheheheh and his newly kopiah given by his relative who just came back from mecca recently.....jeng...jeng...





Ok la...it's almost maghrib...time to perform solat. Till we meet again. Take care


Mood: Kelabgkabut

They call me nekaunt

Sunday, February 26, 2006

Hello...Senaman Ringan dari Bo-Boy

Pandanglah...lihatlah...badanku yang montel...

Mula-mula luruskan tangan....ikut ye?



Toleh kiri.......


Toleh kanan.......


Then.....baring...put both ur hands on ur chest...tarik nafasss.....hembussss...relaxxx... kan2?




Hehehehe nasib baik saya bo-boy...kalau ge-gal...kenap pakai coli le...heheheh

Ok2 ...sik dapat lamak....lain kali jumpa lagi. Take care. Jangan lupa ikut senaman bo-boy tu ye?



They call me nekaunt

Kenduri Kesyukuran


Hari ini tadi kami pergi 'pangilan' rumah anak saudara, kenduri kesyukuran (cukur rambut). On the way ke rumah tu tadi aunty terserampak dengan sebuah kereta toyota fortuner...mmmmm...at least tak tengok dalam gambar saja.....aunty betul2 ikut belakang kereta tu.

Oh ya hari ini kita berpeluang tengok gambar Nur-Ain Batricia,cute tak?









OK.....jumpa lagi.....hari dah hujan....angkat ujan...jemoran dah turun....

Take care.





Mood: Happy

They call me nekaunt

Saturday, February 25, 2006

Toyota Fortune



Ooooooo.....nak show off beli keta baru ye? Jap lagi kamu bole tengok aunty ade helikopter. Cantik keta kamu ni ye. Apa2pun aunty tompang gumbira tengok keta baru ni.

Sebenarnya anak sdra nekaunt pos the picture for nekaunt to view. Tempoh hari nekaunt pernah bagi tau mereka mengalami kemalangan on the way back to Sibu from Kuching. So keta yang dulu Toyota Unser 'tebik' sebelah lampu (kanan). Tapi syukur takde kemalangan jiwa yang berlaku....tapi kereta mereka almost 'tergoleng' dalam parit besar yang bersemen-semen....(ade tak perkataan bersemen-semen...hehehe lantak je...janji kita sendiri yang faham)

Haaaa.....jom...jom...mari tengok helikopter aunty..hebat lagi dari toyota fortune tu kan......jeng...jeng....


Yang mana lebih hebat? Aneh.....helikopter tu sebiji macam helikopter kartun doremon...hahahaha. Shhhhhhh...nak tau...aunty sampai sekarang masih suka tengok kartun. Biasala disahkan oleh SIRIM...hehehe

OK2 aunty nak out kejap....jumpa lagi disana...disana...disana...zuzzzzzz......selamattttt.

Salam sayang dari aunty mu yang manis.

mood: happy

They call me nekaunt

Friday, February 24, 2006

Sikt gik naya


Semalam nekaunt berbalas mesej dengan anak2 sdra yang bermastautin di negeri minyak. Salah seorang dari mereka menyambutkan hari lahir yang ke 9 tahun tapi sik macam 9 tahun...macam lagi darjah satu, sebab ya nya dipanggil 'kupet'.

Around 11 something suddenly I received anohter SMS thinking that it was from my nieces. I was busy scribbling something on my weblog. (Dalam hati nekaunt...belum tido lagi budak2 ni....so nekaunt kata....esok je jawablah). Tak sedap hati pulak ... kena baca juga sms tu ....memang terfikir memang anak sdra yang hantar sms tu. Naib baik nekaunt tak terus balas " It's late...tak tido2 lagi ke?"...memang nasib baik!!!

Imagine me......it's my boss from K.L requested for our office's e-mail address. Aduiiii.....kenapa dengan orang tua ni.....dah berkali-kali kita bagi kat dia masih juga tak ingat. Kena makan royal gingko la boss. Anyway boss is always right...pernah terbaca poem tu.

Pandai nak mengata orang...sendiripun 'pelupa' juga. Pernah nekaunt cari jam tangan, waktu tu dah nak ke pejabat....my aunty tanye....'cari apa tok?' My aunty kate...tu yang kamu genggam tu ape?...hahahahahha....rupa-rupanya ditangan sendiri.
Honestly I am an absent-minded fellow....no denial business!!!

Well....okla dulu...nanti kita sembang lagi....till then...bye and take care.


They call me nekaunty

Mood: biasa

Thursday, February 23, 2006

Pheeweeeittt!!!! Harijadi Siapa Hari Ini?

Yang paling cute...kupet


Pet...pet....pet...
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Junia
Happy birthday to you

Selamat harijadi kepada anak sdra nekaunt di miri. Semoga panjang umur dan murah rezeki, jadi orang yang bijak, tetapi kena makan banyak sebab badan tu macam cicak...milus, pilus, fius, kurus....heheheehhe.

Come...come..let's see her birthday's cakes and her picture which was taken in Sibu last month. Rambut tu macam pernah aunty tengok....rambut siapa tu ye? hehehehehe

OK ciuman ..muah..muah....dari aunty......cayang Junia.

Ok aunty is pretty busy...till we meet again...take care sweetheart


Hairan....sungguh hairan....kenapa rambut kamu serupa je....dari saloon yang sama ke?
Amy Mastura
Deja Moss
Anita Sarawak
Adibah Noor









Atas tu semua film stars. Amy, Deja, Anita dan Adibah Noor....heheheheh.Jangan mare....kalau mare kena cuci ta'ai ngau!!!

Sudah...sudah...aunty nak buat keja lagi. Bye all and take care. Wo I ni.

Love always

Your beautiful aunty

Wednesday, February 22, 2006

Keistimewaan Masjid Nabawi

DARIPADA Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) dia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih ) daripada sifat munafik.”

Begitulah istimewanya Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini disebut Masjid Nabawi kerana Rasulullah selalu menyebutnya dengan kalimah ‘masjidku ini’ setiap kali Baginda menerangkan sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram.”

Masjid Nabawi didirikan oleh Nabi Muhammad dan sahabat Baginda pada tahun pertama hijrah (622 Masihi). Luas masjid ini ialah 1,050 meter persegi iaitu di sisi Barat rumah Rasulullah yang sekarang menjadi makam Baginda dan termasuk dalam bangunan masjid.

Berziarah ke Masjid Nabawi adalah masyru' dan dikira ibadat.

Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).” (Hadis riwayat Bukhari)

Masjid Nabawi mempunyai banyak sejarah dan kelebihannya dalam Islam. Fungsinya bukan sekadar tempat beribadat, malah menjadi pusat pentadbiran negara dan kegiatan kemasyarakatan.

Kepelbagaian fungsi dan peranan masjid ini turut dijadikan model ahli seni bina, perancang bandar dan tokoh agama dalam pembangunan masjid.

Tanpa merujuk kepada fungsi masjid pada zaman Nabi Muhammad, Masjid Nabawi pada masa ini boleh diambil sebagai model bagi tujuan perancangan bandar.

Masjid Nabawi pada masa ini, walaupun tidak mencerminkan fungsi masjid sama seperti pada zaman Rasulullah, dalam kepesatan pembangunan, permodenan dan perubahan masyarakat, persekitaran yang ditonjolkan olehnya dianggap terbaik selain Masjid al-Haram.

Persekitaran pembangunan yang wujud di sekeliling Masjid Nabawi dan Masjid al-Haram (bukan masjid itu sendiri) hampir kepada apa yang dikehendaki Islam. Pembangunan itu tidak banyak percanggahan dengan dituntut Islam.

Masjid Nabawi menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadah, terutama bagi mereka yang mengerjakan umrah atau ibadah haji.

Di sini letaknya makam rasul yang mulia, Nabi Muhammad serta Saidina Abu Bakar dan Omar. Berhampiran masjid adalah perkuburan al-Baqi' yang ada makam sahabat lain, isteri dan anak Nabi.

Di sekeliling masjid ini ialah tempat penginapan, hotel bertaraf lima bintang, bank, pusat perniagaan dan bazar yang menjual beraneka barangan dari seluruh dunia.

Persekitaran di sekeliling masjid ini bersih dan suci, bahkan boleh dikatakan antara yang terbersih di dunia.

Apabila berjalan di lorong sekitar tempat penginapan dan kawasan perniagaan berhampiran masjid, kita hanya akan mendengar bacaan al-Quran, nasyid serta suara pekedai dan pembeli tawar-menawar.

Sejak jam 3 pagi berduyun-duyun manusia menghala ke Masjid Nabawi untuk menunaikan ibadah dan setiap waktu selepas solat, berduyun-duyun pula pulang ke penginapan masing-masing. Tidak kurang yang membeli-belah di bazar sekitar masjid berkenaan.

Gambaran ini bukan mahu menunjukkan unsur duniawi di sekitar Masjid Nabawi. Sebaliknya, tidak keterlaluan dikatakan perniagaan yang dijalankan hampir keseluruhannya oleh orang Islam, persekitarannya serta kebersihannya boleh dianggap menepati kehendak Islam.



Petikan: Berita Harian 21.2.2006


Salam hormat: Nekaunt

Tuesday, February 21, 2006

Fried Wing's Rice

Wei...wei.... what do u have for ur breakfast this morning? Normally I went for light breakfast at home like roti paun sapu planta or just a cup of coffee or tea. Milo is out due to my mild migrane...that's what the doctor told me...chocolate is out....yang kita suka itulah yang dia larang...kalau nak bahagia....ikut kata doktor, kalau melawan kelak 'tulah'....hahahahaha

Back to my story pasal break-fast. This morning my friends and I took fried wing's rice instead of mee goreng or whatsoever it is. It depands on ur needlah amoi, apek, nyonya..bla...bla....

Mmmmmmm delicious, sedappppppppp...hingga menjilat jari kaki....hahahahahaha. Sapa goreng nasi ya kah? (Pandang dinding....senyum dan tunduk malu-malu). Tak nak bagi tau....hahahahahah...nanti orang kate 'tekan butang lift dan naik sendiri'.

Ok2 kepada my anak2 saudara nun jauh di miri....tengok aunty download the nasi goreng for u all to see. Nak diposkan laju????? Dan kirim ais-kerim juga? No problems as long as the high-tech played an important role...heheheheheh.

What else...oh ya...kalau ada masa lawat aunty di C-bu and I'll show u the way to appreciate nasi goreng....laaaaaaaaaaaaa.....nasi goreng lagiiii...enuf..enuf.

Well...I got work to do....banyak keja tok...sik abis2. Jap lagik nak 'berbalas pantun dengan guru besar' di sekolah. Susah2....kadang2 mereka ni very the disokay...kadang2 terlalu the very okay...sehingga kita senyum 48 jam dibuatnya.

Jom...jom....kita tengok org di pejabat aunty bersarapan pagi....zuzzzzz....









Lupa nak pos gambar ini. Gambar lawatan di Hongkong 2005. Jeng...jeng...




OK...jumpa lagi, insyAllah.

Aunty mu yang manis. (Panas baran dah berkurangan...hahahahaha)

Mood: Kira oklah.

Sunday, February 19, 2006

Seminar Motivasi Wanita

Assalamualaikum wbt,

Nekaunt dijemput menyertai Seminar Motivasi Wanita hari ini tadi 18/2/2006 bertempat di hotel Zuhra Anjuran Majlis Pembangugnan Wanita Dan Keluarga Negeri Sarawak. Bertuahnya nekaunt dapat menghadiri majlis yang sebegitu bermanfaat/bermakna.

Antara tajuk-tajuk yang diutarakan: Kuasa Ilmu Dalam Kehidupan & Ke Arah Membina Insan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Ustaz Ismail Bin Ma'aruf dan yang satu lagi Peranan Wanita Dalam Menangani Stress Keluarga oleh Ustaz Haji Kipli bin Yassin.

Sungguh cantik dan menarik topik-topik tersebut. Timbul kesedaran dan keinsafan setelah minda kita 'dicuci' dengan kata-kata hikmah yang begitu sensitif sentuhannya. Nekaunt mengaku bahawa nekaunt dulu mmg seorang yang teramat jahil. Seorang kawan pernah bertanya : "Kau dah solat tek?" Selamba nekaunt jawab..." Mun aku suka solat, solat ku...mun sik....sik lah" Ade ke?....waktu tu masih remaja and still rocking!!! hehehehe

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa nekaunt....amin.... Allah yang maha adil dan yang maha pengampun. Teringat kata ustaz tadi, kalau kita kelahi sik bertegur dalam 3 hari...hukumnya....berdosa. Jangan terlalu ego sehingga sik mau tegur menegur di antara satu sama lain.

Diringkaskan saja dapatan yang nekaunt peroleh dari semianr hari ini tadi. Kepentingan ilmu dunia dan akhirat - Kedua-duanya adalah sama penting. Hanya
dengan ilmu pengetahuan kita akan menjadi orang yang bertanggungjawab. Tanpa ilmu maka pincanglah kehidupan kita. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad.
Hanya orang yang berilmu akan dapat merasai kenikmatan kehidupan sebenar. "Knowledge Is Power"

Antara soalan yang dikemukan oleh peserta:

1. Bagaimana hendak meminta ampun/maaf kepada kedua-dua orang tua yang sudah
tiada lagi di dunia.

Jawapan: Kerjakan lah sembahyang 5 waktu. Berdoa semoga ibu/bapa diampuni dosa
dosa mereka.

2. Semasa sembahayang tiba-tiba suami balik dari kerja dan memberi salam,
patut kah kita berhenti dari sembahyang supaya dapat membalas salam, atau
teruskan saja sembahayang.

Jawapan: Kalau sembahyang fardu tidak wajib menjawab, sekiranya sembahyang sunat
harus menjawab supaya tidak mengguris hati suami.

Ada banyak lagi soalan tapi sorryla ye...tak dapat dimuat semua. Nekaunt ada catit dalam buku harian, for my own reference.

Bercakap tentang STRESS

Semua kita ada stress...belajar menangani masalah stress
Everybody experiences stress. A certain amount is even good for you. Too much stress can damage your physical, emotional, and mental health. Since it is not always possible to prevent stress, we all need to learn how to reduce it. Kita ada cara tersendiri menangani masalah tersebut. Kalau nak dihuraikan disini memamng banyak.

Nak tengok gambar kami seminar tadi...jom....I try to download from my digi-cam...it's a bit blur anyway. better then nothing at all...kan..kan..




RENUNGAN: ALLAH TIDAK MENGUBAH DIRI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MENGUBAH

Sekian Wabillahhitaufikwalhidayah assamualaikum.

Always Nekaunt

Saturday, February 18, 2006

Hello Darling

Betenang....bertenang..... Jangan hairan dengan tajuk yang terpapar di atas tu. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa, mau yang hidup ataupun yang mati cuma hari ini tadi nekaunt terdengar lagu 'hello darling' penyanyi asalnya Lyn Anderson.

(Sambil tersipu-sipu..) Lagu hello darling adalah nostalgia bagi nekaunt. (Very the nostalgic...hehehheh)

Pada suatu pagi minggu yang suasananya amat terang-benderang. Masa tu nekaunt berumur 15 tahun (Form 3 le tu). One morning my mom asked my elder brother to go marketing. Of coursela nekaunt nak ikut sangat-sangat...waktu tu nekaunt kuat berbelanja. Bukan ape....sebenarnya ada udang disebalik mee goreng-tee-yau.

So, dah sampai ke bandar...tiba....tiba neakunt terdengar lagu 'hello darling' berkumandang dari one of the shops. Toleh sebelah ada kedai jual rekod...(waktu tu takde CD le....so I m a child of a record instead of CD's). Siap nekaunt tarik tangan abang ke kedai berkenaan. Kata orang sarawak.....'layap lalu kamek di kedei ya'. Nekaunt minta abang belikan satu rekod tu tapi abang kata.....sik boleh...tok duit pakei beli sayur, ikan dan sbg.nya.

Imagine my reaction, nekaunt dah mula 'menghemapas diri' sambil menghentak-hentak kaki. My abang soooooooo gerammmmmmmmmm....and almost cubit me... still....I dun care. Mau tak mau abang beli juga. So kuranglah wang sayur and who cares as long as I got the said recoard. Kijam kan nekaunt waktu tu. hehehehehehe.

Once my abang used to say (I refer to my childhood)." Mun kau dah kerja kelak esok, baruk kau tau macam ni orang megang duit". Waktu tu nekaunt tak kisah..nak buat macam mana....kan masih remaja.

Lagi satu kisah yang tak dapat dilupakan, semasa berumur lima tahun. My mom used to tell her friends about me. Pagi tu nekaunt berserapan dengan mom and dad. Mom bagi air susu, nekaunt kata nak air teh, dah bagi air teh, nak air milo pulak, tukar lagi...nak air suam. Last..last my mom siram kesemua air ke atas kepala nekaunt. Mmmmmmm......baik punya perangai!!!!!

I m sure some of my friends has their own 'magic' life and I m pretty sure who read my blog has one too...hehehhehe..jangan nak betapok!!

OK almost time....ok...I got to sign off now. Till we meet again sometimes, somewhere, somehow.....dah...dah....jangan nak melelat kangkung. Take care

Mood: happy

They call me nekaunt.

Wednesday, February 15, 2006

Buah Betik Buah Nenas



Mmmmmm.....hari ini nekaunt ada masa menatap semula buku mesyuarat agung tahunan perkim cawangan sibu (Ke 14). Bayangkan perasaan yang mula2nya 'cool' menjadi buah betik buah nenas....sikit-sikit nak manas. "Manas" bahasa local orang sarawak means panas ....panas baran ke?

Terfikir nekaunt, apa....susah sangat ke nak eja nama nekaunt dengan betul? Belum lagi panjang nama tu baru 8 huruf, itupun termasuk nama my dad. Nama dadpun nekaunt tak letak panjang...sepatutnya panjang dengan title2nya sekali..hahahhaa.(Siap dapat ketawa lagi tu)

Nekaunt buat panggilan ke pejabat perkim dan mahu pengesahan angkara siapa atau siapa gerangan yang menaip nama nekaunt dengan salah ejaan. (Ayat klasik...hehehhe).

Waduh...waduh...tijah...rupa2nya Si setiausaha yang punya angkara. (Tak perlu nekaunt sebut nama...aib).

Nak tau.....ade ke nama nekaunt bermula dari W menjadi J...hahahahaha jahanam2. Uishhh.....bukan jahanam lah tapi Julia....tambah sikit lagi Roberts...jadi Julia Roberts.... Memangla nama nekaunt tu akhirannya dengan perkataan Lia.

Hello Cik Setiausaha.....lain kali awak hati2 ye....kalau silap lagi tiada maaf bagi mu. W/bagaimanapun nekaunt akan bersuara insyaAllah di tahun hadapan mengenai kelemahan2 yang amat ketara semasa mesyuarat perkim tempoh hari. (Shhhhhh...yang duduk kat belakang ramai yang merungut pasal sik ada diberik buku laporan tahunan perkim....rupa2nya sik cukup). Lain kali kena cetak banyak2, kalau nak amik murah cetak rompaklah...hahahaha....macam jual CD cetakrompak pulak! Nekaunt dapat buku tu 2 hari selepas mesyuarat ...ade ke? (Dah bachik dah...heheheh). Whatever I still need the book for my reference....being perihatin katakan :). Remember keperihatinan nekaunt tu disahkan oleh SIRIM...tak palsu U!!!! (mula la tu....)

What else....(sambil mendongak ke siling....berfikir). Oh ya tadi ada call dari PERKIM, hari Sabtu ni ada kursus ...kursus ape ye...dengar tadi kursus pasal wanita...tak jelas pulak...ni yang geram ni! Takpe biarkan...asalkan sipenganjur bahagia :).

So, nekaunt InsyaAllah akan attend the kursus and further more we are from the publishing side.

Well...time to say good bye, sayonara, sayokangkung n ayamas.

Mood: Cerialia

They call me nekaunt.

Resepi (Waktu Tade Selera Makan)

Pada suatu hari yang tidak begitu indah (selalunya indah kan?), nekaunt takde selera nak makan….demamla lu. Nekaunt tercari-cari apa benda nak dimakan. Sebenarnya nekaunt tak suka tido siang2 hari kecuali kalau domam. Baru2 ni tadi (kebetulan hujung minggu) nekaunt tertido almost maghrib baru nak terjaga. My dad kata, jangan keliru, sekarang maghrib bukan subuh….mmmmmm….nasib baik he alerts me…mmg rasa subuh dah waktu tu..hahahahahah.

Oh ya…jom..jom…here’s my recepie for the day. Cuba jangan tak cuba…tak rugi kalau tak mencuba dan rugi kalau tak cuba….COBAANNNNNNNNNN.

Resepi Ikan Bilis ….bukan iblis tau atau elvis…hahahahahaha

Bahan-bahan:

1. Ikan bilis - dibuang kepalanya, cuci dengan air tanpa sabun
2. Bawang bakong/merah dikopek kulitnya ..juga di cuci dgn air
3. Cili dihiris ikut cara sendiri…juga dicuci dengan air
4. Limau kasturi juga dicuci dengan air (Jus aje diguna)
5. Last sekali kicap…yang ini tak perlu dicuci ye…

Cara2 membuatnya: Gaul semua bahan-bahan di atas tu dari No. 1 hingga 5. Apabila dah siap…..letak di atas meja dan hidangkan bersama nasi putih . Sekian resepi nekaunt minggu ni..berjumpa lagi di minggu hadapan.

Salam manis untuk semua.


Mood: Not fully Recovered

They call me Nekaunt

Tuesday, February 14, 2006

M E M O R I

Memori

Apa itu? Memori Luka? Tak le…memori percutian anak2 saudara , abang dan ipar nekaunt ke bandar raya Kuching. Seronok ke? Memang seronok sebab melawat Bandar raya yang penuh sejarah. Tapikan kesian pulak dengar berita mereka mengalami kemalangan jalan raya on the way back to Sibu, area Betong.

Kisahnya begini….tak bole cerita panjang sangat sbb masa terhad. Lagipun nanti kamu orang boring bace blogspot nekaunt tok.

Dia orang tu balik dari Kuching (tak juga kira konvoi). Kereta waktu tu kira berderetan lah. Yang si hantu tu (Pick Up) tiba-tiba ‘overtake’ my eldest brother punya keta dan he applied emergency brake, so one car kissed another….apa lagi booommmm!!!!!. Tapi bersyukur juga tiada kemalangan jiwa yang berlaku ataupun patah-ratah…eh..eh…eh…ada perkataan barulah…patah-ratah….(Jangan guna perkataan ini…tidak ‘halal’)hahahahaahaha....

Syukur..syukur…syukur…

Apa lagi ye……….ok2…jom kita tengok gambar filem stars dari hongkong, jepun dan philipin (kalau tak silap ada juga mirip ‘manok’ philippine hahahahahahaah) Manyak lasat la u nekaunt. Kkkkk…let’s see ourselves…….C my nieces…..opppp!!!! Not now….that will be in another episode..sebab neakaunt masih gago hal lain…jangan mare….

Ok la lain kali nekaunt upload the said pictures….I m still bz. Bye n take care.

Mood: dizzy since yesterday

Monday, January 16, 2006

Selamat Hari Raya Korban

Belum terlambat lagi nekaunt mengucapkan selamat hari raya korban atau hari raya aidiladaha, maaf zahir dan batin. Tahun ni nekaunt tak masak banyak...ala kadar...ikut kemampuan dan kalau buat lebih dari kemampuan akibatnya 'kemampusan'. Eh....ada tak perkataan tu 'kemampusan'. Takpelah...janji DBP tak saman nekaunt.

Well...ada juga kawan2 mengadakan rumah terbuka dan ada juga mengadakan rumah 'tertutup'. Nekaunt dan dad dijemput kakak ke kampung selepas sembahyang raya....ada tahlil....lepas tu kami pegi ziarah pusara bonda. Bagi nekaunt, kalau tak ziarah pusara bonda, nekaunt rasa sedih. Ingat semua...syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi ada juga yang tak ziarah. Tak kan tak ada masa. Kalau pergi beli belah, tengok tv, surf internet dua tiga empat jam lamanya tak kan takde masa nak ziarah pusara bonda sendiri ya....betul tak kak fah? Lumrah manusia katakan.

Oh ya.....nekaunt ada something nak di show off kat kawan2...jeng--jeng....tengok pic kat bawah. Buah mangga apple. Nekaunt tanam kat belakang rumah. Tak sangka mengeluarkan buah.




Finally dapat juga upload imej mangga apple....slurpppppppp!!!! ulam...ulam.

Mmmmmm...apa nekaunt buat pada hari sabtu ni tadi. Nekaunt pergi ke garage aircond. Alahai....punya lama kena tunggu....kalau tak ditunggu....susah juga. Dulu nekaunt pernah jadi 'Tipah tetipu'...gara2 mempercayai si mekanik berbangsa "cha ya nun alif" ...hanya dua hari saja a'con kereta nekaunt ada rasa sejuk...lepas tu....goodbye....so...nekaunt bawaklah ke garage lain...nekaunt kata kat mekanik tu ...dah ditukar baru dua hari yang lepas..., tapi tak sejuk. Si abang mekanik tu pun 'operate' semula a'con kereta nekaunt tu. Poooh!!!!! rupa2nya nekaunt jadi 'Tipah tetipu'....rupa2nya masih alat yang lama tapi 'diwelding' je yang bocor tu. Nekaunt bayar almost RM400.00. Tak apa....dia akan rasa apa yang nekaunt rasa pada suatu hari nanti.

Ok berbaloi nekaunt menunggu....puas hati.....harap2 semua ok. I reached home almost 5.30. Kepada siapa2 yang ada kereta....jangan tinggalkan kereta bersendirian...luangkan masa apabila memperbaiki a'con unless yang empunya kedai tu dapat dipercayai atau sangat2 dikenali.

Kali ini tadi nekaunt pegi ke kedai orang melayu...nasib baik nekaunt kenal kakak2 towkay tu, isteri dia seorang guru....nun jauh....baru posting....kat miri.

Laaaa....kenapala sampai isteri dia pulak jadi bahan coretan nekaunt hari ni..nak buat macam mana...dah takde nak dicoretkan lagi....dahlah2...ok2...till we meet again someday, somewhere, sometimes. God bless u all.


They call me Nekaunt.

Mood: Tired

Monday, January 09, 2006

Hello



My name is Syafiq Ahmad

Hehehehehehe....anak capa tok? Posing istimewa untuk aunty Diah. Nekunty suruh saya senyum dan berdiri tegak. This is my latest photo, taken by nekaunt. Dia kata ada orang nak tengok wajah Afiq terkini. So, here I m. Ok.....mari kita tengok gambar my abang jeng...jeng..jeng..



My name is Hazim


















I m coming to 4 years old this coming March. Saya dah sekolah (pra-sekolah). Hari pertama saya menangis di sekolah dan hari-hari seterusnya pun sama juga. Takpe, nanti okla tu. Nekaunty dulu mana ada pra-sekolah. Masuk sekolah pun umur dah tua...hahahahaha.....(Shhhhh......nasib baik nekaunty pergi sekolah....kalau tak...)Macam mana pose saya ni....ada hensem tak? Khas untuk aunty Diah to see.

Bertenang...bertenang....gambar2 di atas tu adalah gambar my grandnephews. Syafiq is 1 year 9 months manakala Hazim is coming to 4 years old soon. Nekaunt suruh dia berposing betul-betul...dia kemekkan muka pulak. Nak buat macam mana...budak2 katakan. Yang anihnya si adik dengar cakap nekaunt...suruh senyum dan berdiri tegak.....sebab sebelum ini kalau kita nak snap gambar dia...berlari tak tentu arah..hatta gambarpun jadi kabur atau hanya part tangan je yang nampak...hahahahah.

(OK...to those English peopele who can't understand my blog or to be more spesific "Bahasa Malaysia..." I am sorry I have to write in malay since we are Malaysians and don't find it insquisitive ok? Personal emails are welcome.)


Till we meet again...cya

Nekaunt.

Saturday, December 31, 2005

Selamat Menyambut Tahun Baru 2006

(Kapal Angkasa, jap lagi kami terbang)


Assalamualaikum wbt

Nekaunt ucapkan Selamat Tahun Baru 2006 kepada semua member2 dimana jua berada. Apa Azam pada Tahun 2006? Apa yang telah dicapai pada Tahun 2005?

Bersyukur kita kehadrat Allah SBT yang telah mengizinkan kita melangkah ke Tahun 2006.

Sepanjang Tahun 2005 macam2 perkara yang kita telah lalui. Masam, manis, pahit adalah asam-garam bagi semua manusia. Selagi kita bergelar manusia kita tidak dapat terelpas dari masalah, bebanan dan macam2 lagi.

Nekaunt pernah tertonton warta perdana dan terlihat nasib yang malang menimpa sesetengah sdra-sdra kita yang daif. Amat tersentuh perasaan Nekaunt apabila melihat wajah-wajah comel serba kekurangan. Letak diri kita ditempat mereka...macam mana, terharu tak? Untuk perhatian semua, Nekaunt seorang yang prihatin dan keperihatinan ini telah disahkan oleh SIRIM. (Dah...dah...dah mula la angkat bakul tu).

Doa Nekaunt semoga diberi kesihatan mental dan fisikal, berjaya dibidang perniagaan seperti menjual kerepek pisang, nasi bubur, popia nestum, air kopi cni, air cream soda, air cincau dan ...banyak lagi. Sapa2 nak berurusan dgn nekaunt, sila email....cewahhhhhhhhhhhh....... dmaslia@tm.net.my. (Jangan2 ada yang menyampah ni...hahahahahah. Takpe, asalkan nekaunt bahagia sorang2 tak pedulikan sapa2.

Dulu ada seorang kawan Nekaunt, dia kata kalau dia balik ke kampung halaman dia sendiri, dia nak tanam jagung dan kalau dah berhasil dia nak suruh Nekaunt jual jagung2 tu. Sampai sekarang Nekaunt masih ingat kata-kata dia. Best juga kalau betul2 dia dapat tanam jagung tu, dapt juga Nekaunt tolong jual..kan...kan..
Nekaunt rasalah....dimana ada kemahuan disitu ada jalan, orang putih kata 'where there is a will there is a way'. Nekaunt sendiri berpegang kepada prinsip tu.

Apa-apapun terpulang kepada kita yang empunya badan...untuk merealisasikan impian supaya menjadi kenyataan dimuka bumi yang bertuah ini dan tak lupa juga dibawah lampu neon yang bernyala. Ewah...ewah.....dah mula nak bersajak. Hahahahahaha...biasalah. Itu adalah my favourite quotations. Hanya orang yang betul2 mengenali diri Nekaunt saja yang faham akan maksud 'quotations' tu.

Back to our 'Happy New Year' mood....sekali lagi Nekaunt ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2006, Semoga kita semua diberkati Allah sentiasa...aminnnn ya rabul a'lamin.

Jap...jap....sebelum mengakhiri laman ini, malam ni tadi nekaunt terima SMS mengucapkan selamat menyambut tahun baru sebanyak 5 kali saja...dari lima orang je la tu. Last year ramai u! Mostly Nekuant terima dari Kuching, dari rakan yang turut serta kursus dulu. Ma kacih kepada kawan2 yang ingat pada Nekaunt ni ya. Sayang awak semua!!!

Well...well....I feel like to sign off now...till we meet again, someday, somewhere, somehow, samsung, samseng...hahahaha, naya kang!!! Bye take care. God bless u all.

Always beautiful me: Nekaunt

Wednesday, October 19, 2005

Selamat Berpuasa

Kenapa hari ini .............

Kenapa hari ini saya merasa begitu malas. Buat itu tak betul...buat ini tak betul. Rasa mengantuk pun ada. Lahaiiiii......Mungkin di dalam bulan puasa agaknya. Pagi tadi saya bangun sahur pukul 3.40....kira ‘selamat’. Dua malam yang lalu saya bangun puklu 4.15 which to me is quite late. Almaklumlah...saya ni slow worker. “Slow Woman At Work” Teringat perkataan yang terpampang kat jalan raya “Slow Man At Work”. Ada silap tak ayat tu? Ada......sepatutnya taruhlah koma selepas perkataan ‘slow’ tu. Ada kawan yang nakal tu kata...patutla jalan raya ni tak siap-siap...slow man at work. Ah....sudahlah....pandai-pandai nak komen. Kalau ada masa/peluang tolongla letak koma tu sendiri..barula jadi rakyat yang baik. Saya nak letak takde masa....tapi I m still a good citizen coz I paid for my road-tax, insurance, zakat..so on and so forth. Hemmmmm......tekan butang lift naik sendiri tu..heheheheheh. Nok nunggu orang muji lambat gilak...pujila dirik empun. Nak kena ni....hahahahahahaha. Takpe asalkan saya bahagia.

The day b4 yesterday my sis-in-law gave me a call and requested for my eldest sister’s phone number. Hmmmm...rupa2nya dia nak tanya respi buat sambal goreng. Dia kata anak2 suka makan sambal goreng yang dikirim oleh my sister tempoh hari. Betul ke anak2 yang suka atau dia sendiri...hahahahaha kantoi.

Apa lauk hari ini? (Pandang siling, letak jari kat dagu, sambil berfikir). Yang penting makanan seimbang...entah-entah lepas itu bertimbang...hahahahaha. Kalau sahur saya tak suka makan sambal...apa2 jenis sambal.....sebab kesannya cepat haus atau dahaga. So sambal is totally out! Kalau sambal tu nak marahkan saya marahlah.....ada pulak sambal nak marah.....( kartun sikit  ).

Saya ada sedikit tip untuk dikongsi bersama. Ini pun saya dapat tip from my fren. Selepas bersahur jangan lupa minum orange juice atau air limau, nak tau kenapa? Haaaa........untuk menghilangkan kehausan atau kita tidak merasa haus sepanjang hari. It works on me dan telah disahkan oleh SIRIM.....hahahahaha...macam-macam jak Nekaunt tok.

What esle to share ......... I think I wanna make a move and till we meet again...sayonara.

I got a pic to share with u...jeng....jeng.....jeng......slurppppppp

Tuesday, September 20, 2005

Talcum Powder




Hai...susah...susah je....
Actually Nekaunt nak send gambar di atas tu untuk kawan NA di Miri guna yahoo mail dia....tak menjadi-jadi....error..error. So kita ada other alternatif, NA decides to send thru my blogspot....clear lagi tu.

Pic di atas tu bukan tujuan untuk promote tau...itu khas untuk my fren in Miri. Kepada my fren in Miri tu...u bole dapat kan powder tersebut di kedei lamak bah atau di pharmacy. Mun sikda juak, akak boleh send nanti...just let me know. Nak tau khasiat powder tu....mainly untuk budak2 atau org tua...yang kena 'meranas' (bahsaa sarawak) yang merah2 tu bah.

Ok my fren...jumpa lagi. Semoga dapat mencari bedak tu. Kalau tak dapat pun tak usahlah pegi negeri cina nak beli tu.....(made in cina tu)....just let me know, I'll send itu to u immediately.

Time to say sayonara.....nasib baik tak sayokangkong...hehehhee..

All the best.

Akak mu yang manis (phewittt...tekan butang lift nampak)hhehehehe

Saturday, September 03, 2005

Wanita PERKIM Sibu


Wanita PERKIM Sibu
Originally uploaded by Nekaunt.
Selamat minum petang Embok...heheheh. Senyuman Puan Sharifah kita ni sentiasa manissss.....tu yang fotogenik tu...heheheh. Senyum itu sedekah...semua kita pernah dengar ayat tu kan.

Gambar ini diambil sewaktu lawatan Wanita PERKIM Mukah melawat bandar Sibu.
Nekaunt difahamkan mula-mula mereka melawat ke Rumah Sri Kenangan - rumah orang-orang tua, dan pada hari yang sama mereka mengambil kesempatan melawat rakan se PERKIM (alamak...ada tak perkatan tu) di rumah PERKIM Sibu. Mereka disambut mesra sambil bersalam-salaman.
Sebelum minum petang tentula ada ucapan sepatah dua kata dari Pengerusi PERKIM Sibu dan tentula pulak selepas tu ucapan dari Pengerusi PERKIM Mukah. Macam orang berbalas pantun pulak...hehehe. Nekaunt pulak sibuk ambil gambar..snap sana, snap sini..ambil video lagi tu....nak mengalahkan siti nurhaliza..hahahahah.

Ni nak tanya Kak Fah kita ni...kenapa dengan tangan tu...nak show off gelang tu ke...hahahahahha...atau nak tunjuk ada muscle...hehee...gurau-gurau. Ampun ye Kak Fah...nekaunt suka berguarau.

Nak berundur diri buat sementara waktu. Jumpa lagi.

Salam untuk semua

Saturday, August 13, 2005

Broken Spectacles Of Mine


Broken Spectacles
Originally uploaded by Nekaunt.
Apa dah jadi dengan nekaunt (NA) ni? Macam mana spec boleh berkecai? Actually spec NA tu jatuh bawah kerusi dan tanpa NA sedari NA pushed the chair dan terkenalah spec yang tak berdosa tu :). Nasib baik ada spare spectcales kalau tidak terpaksalah jumpa doktor mata sekali lagi. Walau bagaimanapun NA akan buat spec baru untuk spare. Bukan kereta saja ada spare tayar tau.....specpun kena ada spare gak. Tengok kes NA, kalau yang satu hancur yang satu lagi masih ada. Harap-harap selepas ini NA akan jaga spec tu elok2.

Sape nak simpan spec ni, simpan dalam muzium :)

Can't type much tonite...I got something else to do. Till we meet again...bye...sayonara.