Tuesday, April 25, 2006

Ehem...ehem...A Year Older A Year Wiser

Nekaunt diapit oleh duak orang dayang....dayang ager..hahahahaha



Sambut harijadi ala kadar ....heheheheheh (dah tue2 masih nak potong cake). Kena potong juge sbb kawan bagi. (My appreciation to my fren)

Ladies and gentleman, terima kasih atas ucapan selamat harijadi nekaunt. Alamakkk...ada kawan bagi kuih la....sedap tau....sesedap sedap dan tak dapat dikatakan tak sedap. Kawan nekaunt tu kata...dia tau nekaunt suka 'plain cake'...so dia buatla sendiri kuih tu. Ma kacih..ma kacih.

My wish.....nak jadi towkay one day...hehehhe. Towkay ape tu..... Nekaunt kate towkay kedai emas, tembaga...hahahaha....ade ke? Well...whatever, seeing is believing and feeling is the bloody fact. Tunggu jak bah.....(bisikan dmas)

Ramai geng2 wish me advance b'day greetings sehingga CELCOM pun give me a ring and there goes an automatic voices and sang their heart out.....guess what I was half way driving to my office when I struck by this call....cheh.....terperanzat nekaunt. Whatever it is tq to CELCOM. U knowlah being a member...hehehhehe.

Malam ini nak out with old frens.....and malam esok out with my family.

Till we meet again....tq again to all those who wish me b'day greetings today dated 24.4.2006.

Friday, April 07, 2006

Selamat Harijadi Syafiq



Little Syafiq potong b'day cake.
Happy Birthday to Syafiq. Harijadi ke berape tu? Dua tahunlah! Walaupun baru dua tahun tapi dia dah pandai berkomunikasi dengan kita. Dia pandai tanye kita balik lak tu. For example hari tu nekaunt pegi ke rumah dia and to my astonishment dia tanye "Nekaunty...ne atok?" Oooooooooo.....pandainyeee.
Actually kita nak sambut sekali gus with his mum, abang dan afiq sendiri one of these days. So we are looking for the right day to celebrate......(ok nanti sambung lagi.......ade keje sikit)

OK....sambung hari ini (10.4.2006) Itula....kalau nekaunt free baru dapat 'ngerepak' kat sini.





Tengok muka tu...alahai...takde eksen lain ke....asyik nak mendongak je..... Budak ni kita suruh dia senyum tapi ini ke cara dia senyum....(tapi ..budak2kan.....ikhlas tu...hehehhe...bukan 'dipolah2)












Tengok ni dia show off sangat present yang 1 kotak tu je....hehehhe... Syukur-syukur jangan tak bersyukur.



Present tak penting asalkan harijadi kita dikenang orang :). (Shhhh....bisikan hati nekaunt yang kadang2 lara..uwaaaaaaaaaaaaa....jiwanggggggggggg!!!!)



Nekaunt nak minta diri dulu...jumpa lagi. Take care.



Wednesday, April 05, 2006

Dialog Dua Hantu






Hantu A dan <-------> Hantu B


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


Petikan dari Gelihati Blogspot.

Heheheeheeh...

(Nekaunt shares this joke with friends)

Friday, March 17, 2006

Padah Tukar Kereta


Tepat jam 7.30 nekaunt keluar dari rumah on the way ke pejabat. Pejabat nekaunt tak jauh dari rumah. Kalau tak jam it takes less then 10 minutes driving to our office.

Sesampai je ke pekarangan pejabat...alamak...nekaunt takde kasut...nekaunt hanya guna selipar. Waduh...waduh...rupa-rupanya kasut nekaunt dalam kereta yang satu tu lagi. Lain kali kena chek semua..hehehe. Sama juga kalau kita tukar handbag, kadang-kadng lupa bawa 'purse'. Nak bayar kat kaunter ...alamak...beg duit lupak kat rumah.....reason....pagi tadi tukar handbag...hahahaha...perempuan...perempuan.

Apa lagi ya kerenah kita perempuan ni? Banyak..banyak..banyak....beribu-ribu lemon. Kita tak dapat lari dari kenyataan....jangan berpura-pura, nanti jadi kera... atau jadi kura-kura dalam perahu pura-pura tak tahu.....

Nekaunt ada sorang kawan, punya banyak eksen....dia kata...'sekarang I dah banyak berubah...I tak ..itu...I tak ini....(Shhhhh......"Ape.... tidak pecaye ke?"...hehehehe...lantak dialah!!! Tak kuase u! (I better mind my own bu c ness)

Well...lupa nekaunt nak ucapkan tahniah kepada my nephew in Miri, SPM dia average, walau apapun....tingkatkan diri dari semasa ke semasa dan mesti yakin pada diri sendiri. Apa program anda seterusnya? Kalau ada masalah sila rujuk pakar rujuk...hahahahha....nasib baik tak pakar rojak.....hahahahahha.(Aunty loves rojak)

Tak lama lagi sekolah bermula. Kalau ada 'homework' jangan diabai sehingga mama kamu bawa rotan...baru nak buat. (Auntypun nakal juga dulu....nenek bawa buluh panjang sekali dan terjadi insiden kejar mengejar di antara kami....nak tau kenapa? ...sebab aunty tiap-tiap petang lambat balik rumah....main 'asen', main guli, main masak-masak dan pegi tangkap anak ayam orang sebelah rumah. Ada peristiwa lucu, anak ayam yang ditangkap tu tadi kawan aunty tanam dia hidup-hidup dalam tanah...kononya esok anak ayam tu akan membesar. Dia fikir anak ayam tu benih sayur ke? Paloi!! Bayangkan orang di sebelah rumah tu mencari anak ayam yang hanya tinggal 4 ekor saja lagi. Tuan punya anak ayam tu kata...kemana lagi pegi seekor anak ayam ku ni? Kami pura-purala tak tau...hahaha..kura-kura dalam perahu lagi!!!!

What does it take to be a good performer? Pernah tak dengar soalan tu untuk M Nasir. Jawapannya banyak. Tapi aunty suka guna 1 ayat saja...iaitu CONFIDENT, yakin pada diri sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Jangan 'manjak gilak' bah. So..to my anak2 buah...(buah durian ke, langsat ke..hehhe)be a good citizen and be loyal to God, parents and to your country...jap...jap and not forgetting your sweet aunty..huh...(diapun nak juge)

Mmmm...last but not least......sila tengok di bawah untuk anakbuah aunty.
Kejayaan tidak datang dengan sendiri, melainkan kita perlu mengorak langkah menuju ke arah kejayaan. Kejayaan boleh ditempa, dengan kata lain “Impian boleh menjadi kenyataan”. Kita boleh merekacipta semula impian dan impian akan tercapai apabila kita bersedia dan berkata pada diri dan minda sendiri dengan perkataan “YES aku mesti berjaya”.

Sekian..pokpe..pokpe...aunty.

Sayang selalu,

Nekaunt


Wednesday, March 15, 2006

Ibu bapa penggerak cinta kepada al-Quran




Ibu bapa penggerak cinta kepada al-Quran
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


GENERASI muda hari ini banyak terdedah dengan pelbagai jenis budaya hidup tidak menentu hingga ada waktunya mereka sendiri menjadi keliru untuk mengikut rentak budaya itu.

Sedangkan prinsip hidup memerlukan pegangan kuat dan utuh untuk seseorang menyelamatkan diri daripada terjerumus ke kancah kehidupan yang tidak diredai Allah.

Amalan yang boleh mengelakkan seseorang itu khususnya generasi muda daripada terikut gejala tidak sihat yang dibawa budaya asing ialah mendekatkan diri dengan al-Quran.

Al-Quran memiliki pelbagai hikmah, pengajaran, sejarah, kisah perjuangan nabi dan perkhabaran ghaib yang menjanjikan kesejahteraan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkannya. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang yang mengikuti keredaan-Nya. (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan adalah berbeza dengan membaca tanpa mempunyai matlamat yang tertentu.

Mengenali al-Quran hanya dengan membaca tanpa mengikut hukum tajwid, memahami tafsiran ayat tidak memberi kesan kepada fizikal dan mental orang yang membacanya.

Oleh itu, wajar bagi ibu bapa membimbing anak menjadi generasi celik al-Quran selaras usaha kerajaan melalui program j-QAF (Bahasa Arab dan Fardu Ain) yang kini sedang diajar di sekolah rendah.

Namun, dalam usaha menggalakkan anak mempelajari dan mengenali al-Quran lebih dekat, ibu bapa juga perlu memberi contoh yang baik.

Jika anak muda mudah menghafal lirik lagu, pastinya mereka juga boleh menghafal ayat suci, doa dan zikir jika ini sudah dibiasakan dalam kehidupan harian mereka.

Alangkah indahnya jika ayat al-Quran sentiasa bermain di bibir mereka ketika melakukan aktiviti kegemaran.

Barangkali ramai anak muda hari ini dibelenggu permasalahan diri kerana kealpaan terhadap al-Quran menyebabkan mereka mengambil tindakan bertentangan ajaran agama.

Sehingga ada yang terbabit dengan arak, dadah, pil khayal, lari dari rumah, ponteng sekolah dan kegiatan negatif lain sebagai cara melepaskan diri daripada terus dibelenggu tekanan.

Dalam saat begini mereka sepatutnya kembali mencari ketenangan diri dan kekuatan dengan membaca al-Quran atau paling tidak, mendengar alunan ayat suci itu.

Firman Allah bermaksud: “Dan kami turunkan kepadamu kitab untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri kepada Allah.” (surah al-Nahl, ayat 89)

Membaca al-Quran adalah ibadat dan Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka yang memartabatkan isi kandungan kitab suci serta mengamalkannya.

Antara kaedah mudah yang boleh dimulakan oleh ibu bapa untuk mendekatkan diri mereka dan anak dengan al-Quran ialah:
• Mengkhususkan masa di antara Maghrib dan Isyak untuk duduk bersama ahli keluarga dan bertadarus al-Quran. Selain dapat bersama membetulkan bacaan, ia juga merapatkan hubungan kekeluargaan.
• Seandainya ibu bapa sendiri tidak mahir membaca al-Quran, dapatkan seorang guru yang mampu membantu ahli keluarga belajar membaca ayat al-Quran dengan betul.
• Semarakkan kehidupan berkeluarga dengan bercerita kisah nabi dari al-Quran. Setiap ahli keluarga boleh bergilir-gilir bercerita.
• Jika bermusafir, biasakan mendengar rakaman bacaan ayat suci al-Quran atau alunan zikir.
• Tidurlah dengan alunan bacaan ayat al-Quran. Biasakan menidurkan anak dengan lafaz ayat suci al-Quran.

Usaha lain yang boleh dilakukan untuk melengkapkan cara mempelajari dan mendalami al-Quran ialah:
• Melatih anak dan remaja membaca al-Quran dengan sempurna
• Melatih anak menulis semula ayat yang dibaca.
• Memberi mereka kefahaman mengenai isi kandungan Al-Quran.
• Melatih mereka menghafaz ayat al-Quran.
• Mendidik mereka mendalami al-Quran dalam kehidupan.

Apabila bibir sentiasa dibasahi dengan bacaan al-Quran, ia akan menjadi sebati dengan jiwa, mengalir bersama darah, menjalar ke seluruh urat saraf dan kesannya akan terpamer melalui ketrampilan individu generasi al-Quran itu.


Petikan Berita Harian

Bertarikh: 10 Mac 2006

Semoga mendapat rahmat dan hidayah. Mari kita sama-sama memanfaatkan perkara yang tertera di atas dan insyaAllah anak-anak akan menajdi orang yang sempurna,cemerlang, gemilang dan terbilang.


Nekaunt

Monday, March 13, 2006

What I did On Saturday

Saturday ni tadi nekaunt suruh orang potong rumput kat belakang rumah. Sedap mata memandang selepas dipotong. Bersih je nampaknya. Biasala kalau abis keja kita bagi dia minum.

Nekaunt guna cerek yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Marila nekaunt show off sikit...hehehhehe...cantik tau....macam ada rahsia pulak cerek ni...heheheheh..



Nekaunt guna cerek tu sebab kita orang ramai...sedap air teh dalam cerek ni. Terima kasih kepada 'kera putih'...dia yang bagi ni tau....(senyum sebiji)

Apa-apapun nekaunt rindu pada hari semalam dan masih rindu pada hari-hari yang akan datang. (Orang ya...mun datang ke Sibu....sorrila nak naik ke rumah....bekepit jak dengan abang sayangnya.....tunggu ko....hahahhahhaah)....guro...guro...

Kita kena terima hakikat....kata orang putih...."Always Is Not Forever".

Masak apa hari ni tadi? Pagi2 nekaunt goreng nasi, petang tadi masak nasi lemak.....sedap.....belajar dari kakak. One day nekaunt nak buka restoran "Restoran Demas" Ingat nama tu ya....sapa2 tengok nama dmas tu....nekauntla yang punya. Cewahhhh....angan2 mat jenin. Tak salah kita berangan benda yang baik. Doa tu :)

Well....what's next? Nothing I guess...so I better make a move....nak solat lok. Sekian...jumpa lagi.....wassalam.

Nekaunt always.

Mood: Terkenangkan Sahabat Karib

Saturday, March 11, 2006

Happy Birthday To Hazim














Selamt hari lahir kepada my grandnephew Hazim. Dia empat tahun lah! Kami gelak bila dia kata "Kecik nar cake b'day abang' (Membahasakan diri dia abang) Jom mari kita tengok birthday cake kecik tu.........

















Ae..ae..leh....syukurla tu Zim ada kuih b'day...., nekaunt dulu sambut dengan roti keben dan air teh...hahahahahah....cedap....cedap....dan berkhasiat.

Sebenarnya, ayah dia janji nak sambut kat Kuching...so this one baru 'limau kasturi'...hahahahah...

So dia orang dah gi Kuching, nekaunt tak dapt ikut sebab tak dapat ikutlah. Nekaunt masih sibuk.

Kepada Hazim nekaunt ucapkan selamat harijadi yang ke 4 tahun. Panjang umur dan murah rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh, berdisiplin dan berjaya dalam kehidupan, insyaAllah. (Shhhhh.....nekaunt belum beli hadiah.....)

Nekaunt minta diri dulu.

They call me Nekaunt

Mood: ceria

Song: Happy Birthday

Friday, March 10, 2006

Senyum Kambing







Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

heeeeheeee...."




Take Note:

Nekaunt dapat story ni dari TDC

http://www.telatah.com

Sekian. Jumpa lagi.

They call me nekaunt

Mood: Gumbira

Thursday, March 09, 2006

Kesihatan

Nekaunt terbaca dalam utusan malaysia. untuk pengetahuan kita semua...sila baca.

Kesihatan

Sindrom ovari polisistik
Oleh: DR. SHAH REZA JOHAN NOOR (Pakar Perunding Kanan Perbidanan & Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia)

SINDROM ovari polisistik merupakan satu keabnormalan yang tercetus daripada keganjilan paras hormon-hormon tertentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai haid yang tidak teratur dan kadangkala tidak ada haid langsung.

Walaupun sindrom ini boleh memudaratkan wanita, rawatannya tetap ada. Artikel ini akan membincangkan mengenai apakah sindrom ovari polisistik, bagaimana ia didiagnos dan cara rawatannya.

Permasalahan

Wanita yang menderita sindrom ini memang dilahirkan dengan situasi telur sebegitu. Cuma, manifestasi petandanya jelas pada umur yang meningkat. Boleh dikatakan sindrom ini mempunyai talian kekeluargaan di mana anak-anak pun mungkin juga akan mewarisi sindrom ini.

Pemahaman masalah melalui pemahaman hormonhormon reproduksi

Setiap bulan, folikel yang mengandungi telur, menjadi matang dan dibebaskan dari ovari seseorang wanita. Sekiranya persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma, wanita tersebut akan mengandung.

Sekiranya tiada persenyawaan, ataupun proses tersebut gagal, lapisan dalam rahim iaitu endometrium akan terhakis dan dikeluarkan sebagai pendarahan haid.

Hormon-hormon utama wanita

* Hormon perangsang folikel dan hormon luteinisasi dikilangkan di kelenjar pituitari yang berada di dasar otak. Hormon perangsang folikel merangsang kematangan telur di dalam ovari manakala hormon luteinisasi pula merangsang supaya telur tersebut dikeluarkan dari ovari tersebut.

* Ovari menghasilkan hormon-hormon estrogen dan progesteron. Estrogen menyebabkan lapisan dalam rahim iaitu endometrium, menebal. Selepas ovulasi, paras progesteron yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah membengkak seterusnya perubahan lain yang bertujuan sebagai persediaan mengandung.

Hari pertama kedatangan haid dilabelkan sebagai Hari Pertama. Purata kitaran haid wanita lebih kurang 28 hari, termasuklah pendarahan yang berlaku selama lima hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, kitaran haid berubah-ubah dari 23 hingga 35 hari.

Dalam kebanyakan kes, hormon perangsang folikel dikeluarkan mencukupi untuk kehadiran satu folikel yang kemudiannya akan mengeluarkan telur dari ovari apabila matang. Lain pula halnya dengan sindrom ovari polisistik. Walaupun mempunyai banyak folikel, proses kematangan tidak berlaku dan tentu sekali telur tidak akan dikeluarkan.

Disebabkan tidak ada pengeluaran telur, paras hormon progesteron menjadi rendah manakala paras hormon estrogen dan androgen menjadi tinggi mengakibatkan pendarahan haid menjadi tidak teratur.

Insulin

Insulin juga memainkan peranan dalam sindrom ovari polisistik. Ramai wanita yang menderita sindrom ini mempunyai paras hormon insulin yang tinggi ataupun insulin yang dikeluarkan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya dengan cekap.

Ini mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai berat badan melebihi berat sepatutnya bagi umur mereka. Selain itu, mereka mungkin turut mengalami kesukaran untuk mengurangkan lebihan berat badan. Mereka akan cenderung ke arah penyakit kencing manis.

Kehadiran insulin berlebihan akan mengganggu tumbesaran folikel-folikel di dalam ovari, lambat-laun ovari akan membesar disebabkan oleh banyaknya folikel yang dikandung.

Risiko jangka panjang

Sindrom ini dikaitkan dengan penyakit jantung, kencing manis dan juga tekanan darah tinggi.

Kehadiran estrogen yang tinggi berpanjangan, tanpa timbal balik rangsangan hormon progesteron, meningkatkan risiko tumbesaran lapisan dalam rahim secara melampau. Masalah ini lama-kelamaan akan menyebabkan hiperplasia endometrium yang seandainya tidak dirawat akan mendedahkan wanita kepada kejadian barah rahim.

Rungutan dan tanda-tanda

Perlu diingat, perubahan hormon mungkin bermula ketika kitaran haid yang pertama, mungkin juga berlangsung dengan peningkatan usia.

lKehadiran bulu-bulu dan rambut-rambut kemiripan lelaki di muka dan juga badan. Faktor bangsa turut mempengaruhi

*Jerawat

*Kulit menjadi kegelapan dan menebal di bahagian leher, ketiak, kawasan di tepi faraj kedua-dua paha dan juga permukaan sebelah dalam paha

*Gemuk atau berat badan melebihi berat yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian

*Kehadiran haid yang tidak menentu ataupun tidak datang haid langsung

*Sukar untuk mengandung

*Infeksi/jangkitan yis/fungus/kulat di faraj

*Mungkin juga kehilangan atau keguguran rambut keterlaluan.

Diagnosis

Doktor akan menjalankan pemeriksaan kesihatan, sejarah dan juga fizikal.

Kitaran haid akan ditanya secara terperinci, sejarah keluarga termasuk kakak-kakak, adik-adik perempuan dan ibu, akan dihalusi. Ujian darah termasuk paras-paras hormon tertentu, glukosa darah dan mungkin juga paras insulin akan dikaji.

Ujian ultrasound akan dijalankan semasa seseorang sedang mengalami datang bulan untuk merekodkan morfologi ovari, juga ketebalan dinding rahim iaitu endometrium, akan diukur.

Rawatan

Sindrom ini merupakan satu situasi yang berkekalan. Rawatan bergantung kepada rungutan dan juga sama ada puan berhasrat untuk mengandung.

* Perubahan tatacara kehidupan. Ini bertujuan merendahkan paras hormon insulin, bersenam dan beriadah setiap hari boleh membantu (sekurang-kurangnya 30 minit sehari).

Pengurangan berat badan juga boleh menurunkan paras insulin bagi membolehkan pengeluaran telur dari ovari. Ia juga membantu mengurangkan kehadiran rambut-rambut dan bulu-bulu ke arah kelakian dan seterusnya merendahkan risiko hiperplasia dinding rahim.

Pola pemakanan juga perlu dijaga. Kurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat di samping mengurangkan pengambilan gula. Pakar pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan tertentu.

* Secara perubatan.

Untuk mereka yang haidnya tidak teratur, hormon progesteron ataupun pil perancang keluarga mungkin membantu.

Bagi mereka yang berhasrat untuk mengandung pula, perawatan yang diberikan tumpuan adalah supaya kematangan telur berlaku dan seterusnya boleh dikeluarkan untuk disenyawakan.

Ubat-ubatan lain mungkin turut dipreskripsi bagi mengawal serta merendahkan paras insulin badan. Ubat-ubatan lain yang mungkin diberikan bertujuan untuk melambatkan tumbesaran rambut-rambut dan bulu-bulu mirip kelakian.

Bagi mengatasi masalah kehadiran rambut dan bulu yang sedia ada, kaedah-kaedah kosmetik disyorkan seperti bercukur, elektrolisis dan kaedah-kaedah lain yang terdapat di salun-salun kecantikan.


Petikan: Utusan malaysia 8/3/2006


They call me neakunt

Mood: Tired

Monday, February 27, 2006

Blue Sunday - Mr Cinderella

What happen to the above topic? Doesn't it sounds weird? Kenapa dengan topik di atas tu? Tidak kah ia pelik bunyinya? Cewahhh....kena ada alih bahasa cikit. Nak tau...my blogspot kadang2 dibaca oleh orang putih dan lepas tu ada yang komen....'your blog is inquesitive'. Tula...kita orang malaysia beruntung sebab kita pandai cakap bermacam-macam bahasa. Some of the orang putih mana ada pandai bahasa kita kan?

Yes....kenapa dengan tajuk di atas tu....tak banyakla nak dicerita pasal my old man kena cekup kat market this morning. Perkataan yang dia guna..."Habisss...saya kena rompak tadi" Rupa-rupanya dia kena cekup or pick-pocketed. Abisla wallet dia...dalam tu ada mykad, kad2, dan pulus. Dia kata yang penting ic dia....nak buat macam mana...dah takdir kena 'rompak'. Nak tau lagi reaksi, dia kata dengan aunty...."huh....mun aku sedar awal tadik....memang sahnya merepuk ku tumbuk". uiii....terrornya bunyi!

Whatever kami dah lapur ke balai polis mengenai kehilangan ic tu.

Di rumah tadi dia cakap macam ni...."hari ini pakai kasut baru dan kopiah baru...sik ada tuah". Ade ke kasut dimarahnya....hahaha umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar....cewah....nak jadi karam singh walia pulak nekaunty ni. Jom kita tengok kasut mr cinderella tu.....heheheheh and his newly kopiah given by his relative who just came back from mecca recently.....jeng...jeng...





Ok la...it's almost maghrib...time to perform solat. Till we meet again. Take care


Mood: Kelabgkabut

They call me nekaunt

Sunday, February 26, 2006

Hello...Senaman Ringan dari Bo-Boy

Pandanglah...lihatlah...badanku yang montel...

Mula-mula luruskan tangan....ikut ye?



Toleh kiri.......


Toleh kanan.......


Then.....baring...put both ur hands on ur chest...tarik nafasss.....hembussss...relaxxx... kan2?




Hehehehe nasib baik saya bo-boy...kalau ge-gal...kenap pakai coli le...heheheh

Ok2 ...sik dapat lamak....lain kali jumpa lagi. Take care. Jangan lupa ikut senaman bo-boy tu ye?



They call me nekaunt

Kenduri Kesyukuran


Hari ini tadi kami pergi 'pangilan' rumah anak saudara, kenduri kesyukuran (cukur rambut). On the way ke rumah tu tadi aunty terserampak dengan sebuah kereta toyota fortuner...mmmmm...at least tak tengok dalam gambar saja.....aunty betul2 ikut belakang kereta tu.

Oh ya hari ini kita berpeluang tengok gambar Nur-Ain Batricia,cute tak?









OK.....jumpa lagi.....hari dah hujan....angkat ujan...jemoran dah turun....

Take care.





Mood: Happy

They call me nekaunt

Saturday, February 25, 2006

Toyota Fortune



Ooooooo.....nak show off beli keta baru ye? Jap lagi kamu bole tengok aunty ade helikopter. Cantik keta kamu ni ye. Apa2pun aunty tompang gumbira tengok keta baru ni.

Sebenarnya anak sdra nekaunt pos the picture for nekaunt to view. Tempoh hari nekaunt pernah bagi tau mereka mengalami kemalangan on the way back to Sibu from Kuching. So keta yang dulu Toyota Unser 'tebik' sebelah lampu (kanan). Tapi syukur takde kemalangan jiwa yang berlaku....tapi kereta mereka almost 'tergoleng' dalam parit besar yang bersemen-semen....(ade tak perkataan bersemen-semen...hehehe lantak je...janji kita sendiri yang faham)

Haaaa.....jom...jom...mari tengok helikopter aunty..hebat lagi dari toyota fortune tu kan......jeng...jeng....


Yang mana lebih hebat? Aneh.....helikopter tu sebiji macam helikopter kartun doremon...hahahaha. Shhhhhhh...nak tau...aunty sampai sekarang masih suka tengok kartun. Biasala disahkan oleh SIRIM...hehehe

OK2 aunty nak out kejap....jumpa lagi disana...disana...disana...zuzzzzzz......selamattttt.

Salam sayang dari aunty mu yang manis.

mood: happy

They call me nekaunt

Friday, February 24, 2006

Sikt gik naya


Semalam nekaunt berbalas mesej dengan anak2 sdra yang bermastautin di negeri minyak. Salah seorang dari mereka menyambutkan hari lahir yang ke 9 tahun tapi sik macam 9 tahun...macam lagi darjah satu, sebab ya nya dipanggil 'kupet'.

Around 11 something suddenly I received anohter SMS thinking that it was from my nieces. I was busy scribbling something on my weblog. (Dalam hati nekaunt...belum tido lagi budak2 ni....so nekaunt kata....esok je jawablah). Tak sedap hati pulak ... kena baca juga sms tu ....memang terfikir memang anak sdra yang hantar sms tu. Naib baik nekaunt tak terus balas " It's late...tak tido2 lagi ke?"...memang nasib baik!!!

Imagine me......it's my boss from K.L requested for our office's e-mail address. Aduiiii.....kenapa dengan orang tua ni.....dah berkali-kali kita bagi kat dia masih juga tak ingat. Kena makan royal gingko la boss. Anyway boss is always right...pernah terbaca poem tu.

Pandai nak mengata orang...sendiripun 'pelupa' juga. Pernah nekaunt cari jam tangan, waktu tu dah nak ke pejabat....my aunty tanye....'cari apa tok?' My aunty kate...tu yang kamu genggam tu ape?...hahahahahha....rupa-rupanya ditangan sendiri.
Honestly I am an absent-minded fellow....no denial business!!!

Well....okla dulu...nanti kita sembang lagi....till then...bye and take care.


They call me nekaunty

Mood: biasa

Thursday, February 23, 2006

Pheeweeeittt!!!! Harijadi Siapa Hari Ini?

Yang paling cute...kupet


Pet...pet....pet...
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Junia
Happy birthday to you

Selamat harijadi kepada anak sdra nekaunt di miri. Semoga panjang umur dan murah rezeki, jadi orang yang bijak, tetapi kena makan banyak sebab badan tu macam cicak...milus, pilus, fius, kurus....heheheehhe.

Come...come..let's see her birthday's cakes and her picture which was taken in Sibu last month. Rambut tu macam pernah aunty tengok....rambut siapa tu ye? hehehehehe

OK ciuman ..muah..muah....dari aunty......cayang Junia.

Ok aunty is pretty busy...till we meet again...take care sweetheart


Hairan....sungguh hairan....kenapa rambut kamu serupa je....dari saloon yang sama ke?
Amy Mastura
Deja Moss
Anita Sarawak
Adibah Noor









Atas tu semua film stars. Amy, Deja, Anita dan Adibah Noor....heheheheh.Jangan mare....kalau mare kena cuci ta'ai ngau!!!

Sudah...sudah...aunty nak buat keja lagi. Bye all and take care. Wo I ni.

Love always

Your beautiful aunty

Wednesday, February 22, 2006

Keistimewaan Masjid Nabawi

DARIPADA Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) dia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih ) daripada sifat munafik.”

Begitulah istimewanya Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini disebut Masjid Nabawi kerana Rasulullah selalu menyebutnya dengan kalimah ‘masjidku ini’ setiap kali Baginda menerangkan sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram.”

Masjid Nabawi didirikan oleh Nabi Muhammad dan sahabat Baginda pada tahun pertama hijrah (622 Masihi). Luas masjid ini ialah 1,050 meter persegi iaitu di sisi Barat rumah Rasulullah yang sekarang menjadi makam Baginda dan termasuk dalam bangunan masjid.

Berziarah ke Masjid Nabawi adalah masyru' dan dikira ibadat.

Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).” (Hadis riwayat Bukhari)

Masjid Nabawi mempunyai banyak sejarah dan kelebihannya dalam Islam. Fungsinya bukan sekadar tempat beribadat, malah menjadi pusat pentadbiran negara dan kegiatan kemasyarakatan.

Kepelbagaian fungsi dan peranan masjid ini turut dijadikan model ahli seni bina, perancang bandar dan tokoh agama dalam pembangunan masjid.

Tanpa merujuk kepada fungsi masjid pada zaman Nabi Muhammad, Masjid Nabawi pada masa ini boleh diambil sebagai model bagi tujuan perancangan bandar.

Masjid Nabawi pada masa ini, walaupun tidak mencerminkan fungsi masjid sama seperti pada zaman Rasulullah, dalam kepesatan pembangunan, permodenan dan perubahan masyarakat, persekitaran yang ditonjolkan olehnya dianggap terbaik selain Masjid al-Haram.

Persekitaran pembangunan yang wujud di sekeliling Masjid Nabawi dan Masjid al-Haram (bukan masjid itu sendiri) hampir kepada apa yang dikehendaki Islam. Pembangunan itu tidak banyak percanggahan dengan dituntut Islam.

Masjid Nabawi menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadah, terutama bagi mereka yang mengerjakan umrah atau ibadah haji.

Di sini letaknya makam rasul yang mulia, Nabi Muhammad serta Saidina Abu Bakar dan Omar. Berhampiran masjid adalah perkuburan al-Baqi' yang ada makam sahabat lain, isteri dan anak Nabi.

Di sekeliling masjid ini ialah tempat penginapan, hotel bertaraf lima bintang, bank, pusat perniagaan dan bazar yang menjual beraneka barangan dari seluruh dunia.

Persekitaran di sekeliling masjid ini bersih dan suci, bahkan boleh dikatakan antara yang terbersih di dunia.

Apabila berjalan di lorong sekitar tempat penginapan dan kawasan perniagaan berhampiran masjid, kita hanya akan mendengar bacaan al-Quran, nasyid serta suara pekedai dan pembeli tawar-menawar.

Sejak jam 3 pagi berduyun-duyun manusia menghala ke Masjid Nabawi untuk menunaikan ibadah dan setiap waktu selepas solat, berduyun-duyun pula pulang ke penginapan masing-masing. Tidak kurang yang membeli-belah di bazar sekitar masjid berkenaan.

Gambaran ini bukan mahu menunjukkan unsur duniawi di sekitar Masjid Nabawi. Sebaliknya, tidak keterlaluan dikatakan perniagaan yang dijalankan hampir keseluruhannya oleh orang Islam, persekitarannya serta kebersihannya boleh dianggap menepati kehendak Islam.



Petikan: Berita Harian 21.2.2006


Salam hormat: Nekaunt

Tuesday, February 21, 2006

Fried Wing's Rice

Wei...wei.... what do u have for ur breakfast this morning? Normally I went for light breakfast at home like roti paun sapu planta or just a cup of coffee or tea. Milo is out due to my mild migrane...that's what the doctor told me...chocolate is out....yang kita suka itulah yang dia larang...kalau nak bahagia....ikut kata doktor, kalau melawan kelak 'tulah'....hahahahaha

Back to my story pasal break-fast. This morning my friends and I took fried wing's rice instead of mee goreng or whatsoever it is. It depands on ur needlah amoi, apek, nyonya..bla...bla....

Mmmmmmm delicious, sedappppppppp...hingga menjilat jari kaki....hahahahahaha. Sapa goreng nasi ya kah? (Pandang dinding....senyum dan tunduk malu-malu). Tak nak bagi tau....hahahahahah...nanti orang kate 'tekan butang lift dan naik sendiri'.

Ok2 kepada my anak2 saudara nun jauh di miri....tengok aunty download the nasi goreng for u all to see. Nak diposkan laju????? Dan kirim ais-kerim juga? No problems as long as the high-tech played an important role...heheheheheh.

What else...oh ya...kalau ada masa lawat aunty di C-bu and I'll show u the way to appreciate nasi goreng....laaaaaaaaaaaaa.....nasi goreng lagiiii...enuf..enuf.

Well...I got work to do....banyak keja tok...sik abis2. Jap lagik nak 'berbalas pantun dengan guru besar' di sekolah. Susah2....kadang2 mereka ni very the disokay...kadang2 terlalu the very okay...sehingga kita senyum 48 jam dibuatnya.

Jom...jom....kita tengok org di pejabat aunty bersarapan pagi....zuzzzzz....









Lupa nak pos gambar ini. Gambar lawatan di Hongkong 2005. Jeng...jeng...




OK...jumpa lagi, insyAllah.

Aunty mu yang manis. (Panas baran dah berkurangan...hahahahaha)

Mood: Kira oklah.

Sunday, February 19, 2006

Seminar Motivasi Wanita

Assalamualaikum wbt,

Nekaunt dijemput menyertai Seminar Motivasi Wanita hari ini tadi 18/2/2006 bertempat di hotel Zuhra Anjuran Majlis Pembangugnan Wanita Dan Keluarga Negeri Sarawak. Bertuahnya nekaunt dapat menghadiri majlis yang sebegitu bermanfaat/bermakna.

Antara tajuk-tajuk yang diutarakan: Kuasa Ilmu Dalam Kehidupan & Ke Arah Membina Insan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Ustaz Ismail Bin Ma'aruf dan yang satu lagi Peranan Wanita Dalam Menangani Stress Keluarga oleh Ustaz Haji Kipli bin Yassin.

Sungguh cantik dan menarik topik-topik tersebut. Timbul kesedaran dan keinsafan setelah minda kita 'dicuci' dengan kata-kata hikmah yang begitu sensitif sentuhannya. Nekaunt mengaku bahawa nekaunt dulu mmg seorang yang teramat jahil. Seorang kawan pernah bertanya : "Kau dah solat tek?" Selamba nekaunt jawab..." Mun aku suka solat, solat ku...mun sik....sik lah" Ade ke?....waktu tu masih remaja and still rocking!!! hehehehe

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa nekaunt....amin.... Allah yang maha adil dan yang maha pengampun. Teringat kata ustaz tadi, kalau kita kelahi sik bertegur dalam 3 hari...hukumnya....berdosa. Jangan terlalu ego sehingga sik mau tegur menegur di antara satu sama lain.

Diringkaskan saja dapatan yang nekaunt peroleh dari semianr hari ini tadi. Kepentingan ilmu dunia dan akhirat - Kedua-duanya adalah sama penting. Hanya
dengan ilmu pengetahuan kita akan menjadi orang yang bertanggungjawab. Tanpa ilmu maka pincanglah kehidupan kita. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad.
Hanya orang yang berilmu akan dapat merasai kenikmatan kehidupan sebenar. "Knowledge Is Power"

Antara soalan yang dikemukan oleh peserta:

1. Bagaimana hendak meminta ampun/maaf kepada kedua-dua orang tua yang sudah
tiada lagi di dunia.

Jawapan: Kerjakan lah sembahyang 5 waktu. Berdoa semoga ibu/bapa diampuni dosa
dosa mereka.

2. Semasa sembahayang tiba-tiba suami balik dari kerja dan memberi salam,
patut kah kita berhenti dari sembahyang supaya dapat membalas salam, atau
teruskan saja sembahayang.

Jawapan: Kalau sembahyang fardu tidak wajib menjawab, sekiranya sembahyang sunat
harus menjawab supaya tidak mengguris hati suami.

Ada banyak lagi soalan tapi sorryla ye...tak dapat dimuat semua. Nekaunt ada catit dalam buku harian, for my own reference.

Bercakap tentang STRESS

Semua kita ada stress...belajar menangani masalah stress
Everybody experiences stress. A certain amount is even good for you. Too much stress can damage your physical, emotional, and mental health. Since it is not always possible to prevent stress, we all need to learn how to reduce it. Kita ada cara tersendiri menangani masalah tersebut. Kalau nak dihuraikan disini memamng banyak.

Nak tengok gambar kami seminar tadi...jom....I try to download from my digi-cam...it's a bit blur anyway. better then nothing at all...kan..kan..




RENUNGAN: ALLAH TIDAK MENGUBAH DIRI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MENGUBAH

Sekian Wabillahhitaufikwalhidayah assamualaikum.

Always Nekaunt

Saturday, February 18, 2006

Hello Darling

Betenang....bertenang..... Jangan hairan dengan tajuk yang terpapar di atas tu. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa, mau yang hidup ataupun yang mati cuma hari ini tadi nekaunt terdengar lagu 'hello darling' penyanyi asalnya Lyn Anderson.

(Sambil tersipu-sipu..) Lagu hello darling adalah nostalgia bagi nekaunt. (Very the nostalgic...hehehheh)

Pada suatu pagi minggu yang suasananya amat terang-benderang. Masa tu nekaunt berumur 15 tahun (Form 3 le tu). One morning my mom asked my elder brother to go marketing. Of coursela nekaunt nak ikut sangat-sangat...waktu tu nekaunt kuat berbelanja. Bukan ape....sebenarnya ada udang disebalik mee goreng-tee-yau.

So, dah sampai ke bandar...tiba....tiba neakunt terdengar lagu 'hello darling' berkumandang dari one of the shops. Toleh sebelah ada kedai jual rekod...(waktu tu takde CD le....so I m a child of a record instead of CD's). Siap nekaunt tarik tangan abang ke kedai berkenaan. Kata orang sarawak.....'layap lalu kamek di kedei ya'. Nekaunt minta abang belikan satu rekod tu tapi abang kata.....sik boleh...tok duit pakei beli sayur, ikan dan sbg.nya.

Imagine my reaction, nekaunt dah mula 'menghemapas diri' sambil menghentak-hentak kaki. My abang soooooooo gerammmmmmmmmm....and almost cubit me... still....I dun care. Mau tak mau abang beli juga. So kuranglah wang sayur and who cares as long as I got the said recoard. Kijam kan nekaunt waktu tu. hehehehehehe.

Once my abang used to say (I refer to my childhood)." Mun kau dah kerja kelak esok, baruk kau tau macam ni orang megang duit". Waktu tu nekaunt tak kisah..nak buat macam mana....kan masih remaja.

Lagi satu kisah yang tak dapat dilupakan, semasa berumur lima tahun. My mom used to tell her friends about me. Pagi tu nekaunt berserapan dengan mom and dad. Mom bagi air susu, nekaunt kata nak air teh, dah bagi air teh, nak air milo pulak, tukar lagi...nak air suam. Last..last my mom siram kesemua air ke atas kepala nekaunt. Mmmmmmm......baik punya perangai!!!!!

I m sure some of my friends has their own 'magic' life and I m pretty sure who read my blog has one too...hehehhehe..jangan nak betapok!!

OK almost time....ok...I got to sign off now. Till we meet again sometimes, somewhere, somehow.....dah...dah....jangan nak melelat kangkung. Take care

Mood: happy

They call me nekaunt.

Wednesday, February 15, 2006

Buah Betik Buah Nenas



Mmmmmm.....hari ini nekaunt ada masa menatap semula buku mesyuarat agung tahunan perkim cawangan sibu (Ke 14). Bayangkan perasaan yang mula2nya 'cool' menjadi buah betik buah nenas....sikit-sikit nak manas. "Manas" bahasa local orang sarawak means panas ....panas baran ke?

Terfikir nekaunt, apa....susah sangat ke nak eja nama nekaunt dengan betul? Belum lagi panjang nama tu baru 8 huruf, itupun termasuk nama my dad. Nama dadpun nekaunt tak letak panjang...sepatutnya panjang dengan title2nya sekali..hahahhaa.(Siap dapat ketawa lagi tu)

Nekaunt buat panggilan ke pejabat perkim dan mahu pengesahan angkara siapa atau siapa gerangan yang menaip nama nekaunt dengan salah ejaan. (Ayat klasik...hehehhe).

Waduh...waduh...tijah...rupa2nya Si setiausaha yang punya angkara. (Tak perlu nekaunt sebut nama...aib).

Nak tau.....ade ke nama nekaunt bermula dari W menjadi J...hahahahaha jahanam2. Uishhh.....bukan jahanam lah tapi Julia....tambah sikit lagi Roberts...jadi Julia Roberts.... Memangla nama nekaunt tu akhirannya dengan perkataan Lia.

Hello Cik Setiausaha.....lain kali awak hati2 ye....kalau silap lagi tiada maaf bagi mu. W/bagaimanapun nekaunt akan bersuara insyaAllah di tahun hadapan mengenai kelemahan2 yang amat ketara semasa mesyuarat perkim tempoh hari. (Shhhhhh...yang duduk kat belakang ramai yang merungut pasal sik ada diberik buku laporan tahunan perkim....rupa2nya sik cukup). Lain kali kena cetak banyak2, kalau nak amik murah cetak rompaklah...hahahaha....macam jual CD cetakrompak pulak! Nekaunt dapat buku tu 2 hari selepas mesyuarat ...ade ke? (Dah bachik dah...heheheh). Whatever I still need the book for my reference....being perihatin katakan :). Remember keperihatinan nekaunt tu disahkan oleh SIRIM...tak palsu U!!!! (mula la tu....)

What else....(sambil mendongak ke siling....berfikir). Oh ya tadi ada call dari PERKIM, hari Sabtu ni ada kursus ...kursus ape ye...dengar tadi kursus pasal wanita...tak jelas pulak...ni yang geram ni! Takpe biarkan...asalkan sipenganjur bahagia :).

So, nekaunt InsyaAllah akan attend the kursus and further more we are from the publishing side.

Well...time to say good bye, sayonara, sayokangkung n ayamas.

Mood: Cerialia

They call me nekaunt.