Sunday, May 18, 2008

ASTRO - KEJAM


Saya tak salahkan Nadia. She is one of my favourites little girl in AF6. Toi dan Nadia meraih undi yang rendah dibandingkan dengan lain. Tapi malangnya tiada yang terkeluar konsert yang ke 8. Jawapannya ada pada diri anda. Sekiranya Toi yang terbawah sekali pada konsert ke 8 nescaya Toi 100% keluar. Jawapannya juga ada pada diri anda. Bukan salah Nadia tetapi salah pihak pengurusan ASTRO.

Kalau Bos orang Astro tu orang Islam....mahumnya...(aiseh man...dah terlebih dah!!!)hak Stanly awak curi...maka awak akan menerima hukuman yang setimpal pada sustu hari nanti.....Remember that God Is Great.

Saya tak kisah Stanly out kalau memang undi dia yang terbawah sekali konsert yang ke 8.

Well....undang manusia bole diubah bila2 masa. Kalau undang Allah....kalau kau nak ubah....naya kang! Orang Astro makan hak Stanly....send him to hell kata Stanly.

Whatever Stanly....sabar jak. Awak bukannya dari keluarga yang susah. Kesian orang malaya.Bagila mereka kesenangan. Sori ye...I have to be cruel sometimes.

Bukan sedih Stanly terkeluar pada konsert ke 9 tetapi sedih dengan kezaliman yang dilakukan oleh ASTRO.

Kalau pihak BPR tau ni....siap kamu orang.

Well...marilah kita undi Stacy. She is much better then the rest. Stacy is even better then Mila. All the best Stacy.

Nekaunt.

Thursday, April 24, 2008

My B'day Falls On 24.4.08 - Thursday

Kuih Harijadi Nekaunt Tahun Ini Ditaja Oleh Iparnya Sendiri ..hehehehe.
Well...terima kasih kepada semua kawan-kawan, my kakak n abang, 3 anak saudara iaitu Juwita,jom mari kita baca sms yang dia hantar pada 20.4.2008 pukul 7.23 malam...wah awalnye dia bagi wish: "SameqOrm aunty rock..happy birthday...smOga panjang umO n rezeki murah..kau wish awal kubah malam ih tepOn kau buyak apan..haha"(Sebenarnya Ita sms dari Bintulu mengikuti program PLKN) Hamisah dan Aryati...thank you for the birthday greetings. Kepada anak2 saudara yang sentiasa ingat b'day nekaunt....sekali lagi terima kasih aunty ucapkan...(sob...sob..sikit...kononnya). Ada sorang kawan bagi sms tepat kul 12 malam. Tak tido lagi ke...rela berkorban apa saje...hehehehehe(Orang sebelah tak mare ke?)
Perasaan sayang timbul dari hati yang ikhlas...dan saya kagum dengan kejujuran yang betul2 jujur ......sabar jak haku :).

Jom tengok gambar aunty potong cake




Prasan tak.....ada orang menumpang dibelakang....watever jangan pandang belakang :)








Yang disebelah aunty tu macam pinang dibelah dua...kah..kah...kah...






Yg Berbahagia Pn Hjh Aminah bersama staf2 yang comel lote





Lawatan rasmi yang Berbahagia Pn. Hjh Aminah Hj Sapawi, Ketua Nazir Negeri Sarawak (Berbaju kurung warna hijau)ke pejabat kami. Ehem...ehem...sempat juak nya cakap "Happy birthday to you". Alhamdullillah. (Mun Wati sik madah sik nya tauk....hehehehe..)




Pooh kiri....pooh kanan...berkat doa baginda Ali...tetapkan iman (Lagu petikan dari filem Pendekar Bujang Lapok...hehehhe..) Entah... kenapa semua pandang kekiri...Takpe...yang penting jangan pandang belakang...seremmmm.


Apa-apapun nekaunt sekali lagi mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua kawan2 yang menghadiahkan ucap selamat harijadi kepada nekaunt. Nekaunt sungguh terharu sekali meskipun diadakan secara on the spot tidak dirancang. InsyaAllah tahun hadapan kalau umur panjang nekaunt akan mengadakan secara besar-besaran sehingga semua raja2 dimukabumi akan dijemput untuk menghadiri majlis nekaunt tu nanti. Raja2 yang dimaksudkan nekaunt tu ...seperti raja gopal, raja sehari, raja bersiong dan mostly raja2 yang berketurunan tamilnadu. Ingat ya...kita duduk dalam Malaysia dan mempunyai ramai bangsa. Sehati sejiwa sarawak fm....dah kesitu pulak...hahahahaha.

Be Serious:

Bismillahhirrahmannirahim....Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu
seindah-indah persoalan, sebaik-baik doa, sebagus-bagus keuntungan, seindah-indah pekerjaan dan sebaik-baik pahala, sebagus-bagus kehidupan dan sebaik-baik kematian. Tetapkanlah aku dalam kebenaran dan beratkanlah timbagan amal baikku, kukuhkanlah imanku, tinggikanlah kedudukanku, terimalah solatku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku. Aku pohonkan kepada Mu kedudukan yang tinggi didalam syurga Mu.
Perkenankanlah ya Allah. Amin.


Semoga kita semua diberkati Allah sentiasa. Amin.

Terima kasih semua.

Nekaunt

Sunday, January 06, 2008

Giant Tooth Brush



The correct way to brush our teeth.






Jangan tiru macam dia. Gambar ini cuma perhiasan semata-mata.
Kempen berus gigi ke?

Ehem...ehem...sebenarnya semasa mesyuarat dengan bos kita, ada orang kena berus...sapa yang makan cili dia yang merasa pedas. Itula...bos dah bagi amaran...... saje make dunno. Bos tegur kita it's for our own good. Kalau awak tak mau good suka hatila, yang penting I mind my own business and who cares the world is round :)

Sorry ya pak..... jangan mare nanti kena jual.

Berusaha ke arah kemajuan 2008.

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008




Ya Allah sesungguhnya aku mohon pada Mu seindah-indah persoalan, sebaik-baik doa, sebagus-bagus keuntungan, seindah-indah pekerjaan dan sebaik-baik pahala, sebagus-bagus kehidupan dan sebaik-baik kematian, tetapkanlah aku dalam kebenaran dan berkatkanlah imanku, tinggikanlah kedudukanku, terimalah solatku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku. aku pohonkan pada Mu kedudukan yang tinggi dan syurga Mu. Perkenankanlah ya Allah. Amin.


Saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada sanak saudara, sahabat karib atau yang tak karib. Semoga Tahun 2008 ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin.

Mesti ramai yang tanya 'apa azam tahun ini'. Simple je...2 b good, better and best and improve ways of thingking, life styles and looking forward to become a millionaire....hahahahaha.....seeing is believing and feeling is the bloody facts. Phewiitttt......
Bak kata nenek kebayan....cakap yang elok adalah satu doa. So kenalah cakap elok2 dan yang penting sekali kita bersyukur kerana dipajangkan umur maka kita dapat ketemu kembali pada tahun 2008 dong.

So what is our achievement then? Try to recall. Till we meet again, take care.

Luv others and be luved by others.

Cayang selalu.

Nekaunt@dmaslia




Woittt!!!! this is not nekaunt...this is my cucuklah!!

Thursday, November 22, 2007

Monday, November 19, 2007

Baju Kurung

Sekali pandang macam model, dua kali pandang macam orang kerdil ...hahahaha...sabar jak aku!!!






Alhamdulillah...nekaunt dapat juga merasa pakai baju kurung baru. Kepada yang menghadiah, terima kasih. Perlu pantun lagi ke? Tak payahlah...pantun yang dulu belum expired lagi...hahahahhaha

Well..the above pictures was taken this morning itself....still fresh. As early as 6.30 am..(teruknya nye)

Bukan ape...just to show to someone over there....hahahahha...

Ok...got work to be done..till we meet again ...sayonara n sayokangkong.


Regards

Monday, November 12, 2007

Di Kanowit : Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri

Ai say men....tak terfikir Saturday ni tadi dapat menghadiri majlis ramah tamah aidilfitri anjuran surau Nurhidayah IPD, Kanowit. Seramai 10 orang ahli-ahli Perkim dan Persekutuan Kumpulan Wanita, Sibu dijemput. Yang bestnya juga, kita orang ada orang jemput ...kita guna van pak polisi....waaaa macam orang tahanan nak di bawa ke sempadan...hahahahahaha...nasib baik semua berbaju kurung. (Hari tu nekaunt pakai baju kurung yang Hadiah bagi...mmm tudung ipar yang bagi. Waaaa...bukan artis saje guna baju sponsor...nekauntpun ada juga orang sponor baju dan tudung. (Kasut dan yang lain-lain tu sendiri punyalah :) )

Jomla kita tengok gambar:



Ketua Polis Daerah Kanowit Tuan Bujang berucap







Tetamu yang hadir









Tetamu yang hadir









Inspectors Gadjets with their nasyid





Terima kasih kepada KPDK dan Isteri atas layanan mesra.




Mesreeee





pun mesra selalu

Thursday, November 08, 2007

Thanks Hadiah

Hari ini nekaunt pakai baju kurung baru. Kain baju kurung itu dihadiahkan oleh Hadiah. Sesuai dengan nama beliau, memang dia suka bagi hadiah. Terima kasih Diah. Kalau pergi ke pulau bali, lain kali bagila lagi........



Pulau Bali





Semua staf kat pejabat memuji warna baju nekaunt. Sebenarnya orang yang pakai baju tu cute...hahahahaha...lantak....angkat bakul!!!!

Well watever I m very the terima kasih kepada Diah. Semoga Allah membalas budi baik kau Diah :). Sejuk perut ibu mengandungkan awak.



Kawan saya, Diah















Toceh...toceh...

All the best




Nekaunt

Tuesday, November 06, 2007

Sejarah April Fool


April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Spenyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Spenyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera kafir. Penduduk-penduduk Islam di Spenyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kafir bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari bumi Spenyol.

Penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Spenyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak kafir mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak kafir kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, orang tua, dan anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh orang kafir. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Spenyol malah di seluruh dunia. Yang menyedihkan orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari sebenarnya mereka merayakan ulang tahun Pembunuhan Beramai-ramai Saudara Seislam Sendiri. BERTAUBATLAH!

Sumber Bacaria Edisi Sabtu (3 April 2004)





Alhamdulillah.....syukur kerana mengetahui sejarah april fool. Kalau diterjemah dalam bahasa Malaysia (direct translate) april fool tu kalau tak silap april bodoh...eh..eh...betul ke ni......atau april paloi...teruk...teruk....



Gambar Perhiasan

Monday, November 05, 2007

P E T U A

PETUA AGAR

SIHAT, CERIA, SEGAK, AYU, TAMPAN, MENAWAN

Seseorang yang suka bersangka baik, sabar, selalu bersedekah, sedia memaafkan kesalahan orang lain dan selalu berfikiran positif akan bertambah sihat kerana sejenis hormon yang dipanggil 'ENDORPHINS' akan bertambah di dalam sistem badan mereka.

Hanya 14 otot sahaja digunakan untuk seseorang itu senyum.. Jadi dia akan kelihatan ceria, bergaya dan kurang kedutan muka serta kelihatan lebih muda daripada umurnya (umur sudah 40 tahun tetapi kelihatan seperti baru berumur 30 tahun).

Seseorang yang selalu bersangka buruk, malas, kedekut, pembenci dan selalu berfikiran negatif akan berkeadaan tidak sihat (sakit) fizikal dan emosi kerana sejenis hormon yang dipanggil 'ADRENALIN' akan bertambah di sistem badan mereka.

Sebanyak 72 otot akan digunakan apabila seseorang itu masam muka. Jadi dia akan kelihatan tidak ceria, kurang bermaya, mata tidak bersinar dan bertambah kedutan muka serta kelihatan lebih tua daripada umurnya (umur 30 tahun tetapi kelihatan seperti sudah berumur 40 tahun).

Tq 4 d information





Penghargaan kepada sipemberi maklumat ini. Nekauntpun tak tau sapa yang bagi...dia letak atas meja yang berselerak....hahahahaha






Senyum Itu Sedekah


Ketawa Senaman Jantung





NotaKakiKu:

Suka memaafkan sape-sape saje, tapi (ada tapi juge..jeng...jeng) ada sorang hamba allah yang sukaR dimaafi...(beruk yang tak sedarkan diri...mmg sah tak sedarkan diri and sirim telah memperakui kesahihan yang si cacat tu tak sedarkan diri, mulut dia celupar sangat). Siapa yang tak kesiankan orang cacat, tetapi sicacat ini ego dan sombong bodoh. Nak bagi dia penampau susah juge sbb bersebablah...hahahaha...Kita ada undang-undang (udang galah ke?)hehehehehe

Thursday, October 18, 2007

Alhamdullillah.....(Back To Sibu)

Tepat jam 7 pagi saya terbang balik ke Sibu (Hari raya ke 3). My mood is not peaceful at all. Masuk je ke dalam rumah ... penuh dengan debu-debuan.... I have to put my keletihan aside. I have to clean the whole house especially the living room. Jam 4 petang sanak saudara dah mula datang untuk ziarah-menziarahi sempena hari lebaran. Waaaaa..... saya masih sibuk cleaning the house. Anyway...saya persilakan juga mereka masuk tetapi dengan ala kadar hidangan. Mereka faham bahawa memang saya belum bersedia lagi nak didatangi tetamu apa boleh buat mereka datang dari jauh (Sarikei). Thanks God everything ran smooth.

Sebelah malam rasa nak rileks tetapi itu tidak mungkin dan janganla nak bermimpi :).
Rumah saya didatangi lagi sanak/sdra. Syukur juga sebab everything went smooth too. Saya tak terfikir bahawa mereka akan datang begitu cepat (memandangkan saya baru balik dari Miri. Been in Miri for one and half months). Ok la kira2 pelawat yang wajib je yang bertandang ke rumah malam tu.

The next morning saya dah kembali bertugas. Waduh...lama tak tengok pejabat. Masih ramai lagi staf2 yang masih bercuti hari raya. Takpe la ... kan hari raya.

Saya sendiri belum lagi menziarahi sanak saudara yang lain cuma yang 'wajib' je. Letih la bukan apa. Hari lainpun kita bole jalan2. Jalan2 cari makan :).

Well, before I penoff...saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 yang beragama islam. Kepada yang hantar SMS saya ucapkan terima kasih. Ada juga saya overlook dan tak sempat nak balas. InsyaAllah saya akan balas di tahun hadapan...hehehhee.

My mood is still in the 'dark'. Letih...letih....

Should I sign off now? Yes.... Till we meet again.

Nenaunt@Dmas

Monday, September 24, 2007

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengirim sms regarding the fasting month of Ramadan. Tq all. Juga penghargaan kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam mengirim sms regarding the same matter. I appreciated it so much.

Tahun ini saya menyambut puasa di Miri. Alhamdullilah I am still strong by now. Well...saya sedang bercuti sekarang...and will be back to my office sometimes in the middle of Octover. Taking extra one month leaves without pay....shhhh..jadi orang Indon sekejap....(Buat pengorbanan sikit...) Actually saya tolong jaga anak2 saudara. Mama dia orang pergi ke Kuching every now and then for medical check-up. (Sabar jak aku :))

Just to let you know... I became a cook, a driver, marketing, sending children to schools, sending cats for medical check-up (Kucing diapun pandai sakit juga :)....etc...etc... all in one) Anyway, I did it wholeheartedly...

I am happy to be with my nieces though sometimes they tend to make my blood pressure shoot-up...hahahahaaha. Sometimes I have to be cruel :). (Guna taktik diplomacy)

Whatever...saya bersyukur sebab I am still healthy to look after them.

Well... I can't 'story' much now...still has work to be done. Till we meet again, sayonara and sayokangkung.


Selamat berpuasa.

Regards: nekaunt

Wednesday, August 15, 2007

Selamat Harijadi Sahabat

Ehem...ehem....A year older a year wiser. Selamat harijadi kepada sahabatku yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Let me sing it out "Happy b'day to you, happy b'day to you, happy b'day to Hadiah, happy b'day to you" Semoga panjang umur dan murah rezeki. Nak bagi kuih b'day...


Terimalah kuih harijadi yang berwarna HIJAU. Hijau adalah warna kegemaran kawan ku itu (Kera putih memang suka warna hijau...mungkin warna itu warna semulajadi)Sabar jak aku ...katenye :).

Saya tefon dia this morning...bagi greeting lagi la tu...heheheheh. Popek punya popek suddenly out of the blues dia kata"...eh..coming friday aku pegi sibu....kitak book pulut panggang 20 bijik" Fikir dia nak celebrate b'day dgn kite...cheh...menyampah...heheheehe. Well....saya janji nak bagi dia hadiah, tapi dia kata tak payah...betul ke tak payah.....(mmmmm....dalam hati....save juge money aku). Tapi jangan kau menyesal...sebab aku nak bagi kau sesuatu yang kau idam dulu kala semasa kau masih single-rangle.....[betul tak mau ni... :)] Ok..ok...mesti kau dah lupa apa benda tu...akupun tak nak bagi tau...biar kau pening kepala, sakit jiwa nak sangat tau apa benda tu!

Dear friend, those were the days when we were together, rindu la ...hehehehe. Anyway, always is not forever. (Tul tu).

Mmmmm...dah masa nak gi solat ni....got to go...cya.

Take care.

Regards

Nekaunt (The best aunty in the world......angkat bakulllllll!!!)

Dmas.

Thursday, June 28, 2007

Kursus Asas Keusahawanan (MARA)

I m grateful to one of my friends who introduces me to the above mentioned 'kursus'. Rupa-rupanya best juga hadir kursus tu. Banyak yang saya pelajari selepas emapt hari suntuk menghadir Kursus Asas Keusahawanan. Terima kasih kepada penceramah2, urus setia dan kepada kakitangan yang terlibat yang menjayakan program ini. Sungguh best. Itu baru asas...nanti ada yang lebih hebat lagi. I am looking forward .....ingat tu...kalau ada jangan lupa include kita orang ye?

Pengalaman semasa berkursus memang best, bermanfaat.

Antara tajuk yang didedahkan:

1. Pengenalan Kepada Keusahawanan
2. Penyesuaian Usahawan dengan Perniagaan
3. Analisis Ekonomi dan Persekitaran Pengguna
4. Jenis dan Bentuk Perniagaan
5. Asas Pemasaran
6. Asas Pengurusn Perniagaan
7. Pengurusan Kewangan
8. Perakaunan
9. Rancangan Perniagaan
10.Pembiayaan MARA

Pengalaman saya semasa kursus...salah seorang penceramah (tak payahlah sebut nama), sangat lucu apabila dia mengajukan soalan ini. " Which one is better ...kerja dengan kerajaan ke atau berniaga?"
Masing-masing la dengan jawpan. Pencermah tu kata kalau kita kerja dengan kerajaan...hujung bulan baru dapat gaji dan bulan belum habis poket sudah pokai. Kalau berniaga...hari-hari tengok wang dan tak perlu risau kalau dah hujung bulan. Dan lagi beliau kata....orang bekerja dengan kerajaan memang dah kena sumpahan...berhutang kereta dan rumah.....hahahahha....itu kenyataan di bawah lampu neon yang bernyala. Orang kerajaan jangan mare....terimala hakikat. Tapikan ada kebikannya juga...kalau dah tak kerja lagi (bersara wajib la tu) masih ada wang tiap-tiap bulan sampai kita 'dijemput' balik kepada Nya. Berniaga ni kena tahan risiko. Watever...harap-harap kita berjaya di dalam kedua-dua bidang yang diceburi. Semoga berjaya insyaAllah. Sumpahan, seranah wujud dimana-mana. Jangan kata sipeniaga tak kena sumpah....lebih lasat lagi ho. (Seeing is believing and feeling is the bloody fact)
Jom kita tengok gambar para usahawan yang akan berjaya....insyaAllah.



Doakan kami semua semoga suksess selalu.

OK..sekian dulu dan jumpa lagi.

Regards

dmas

Monday, May 28, 2007

Epal


Epal kembalikan keremajaan kulit
Oleh Nur Rashidah Maarof

L’Occitane guna buah penuh berkhasiat sebagai bahan utama produk terbaru

KEBERKESANAN epal dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan diri tidak dapat disangkal lagi kerana buah yang dikatakan mampu melambatkan kemasukan atau penyerapan kandungan gula ke dalam badan itu dilihat turut menyumbang kepada kualiti kesihatan serta tahap ketahanan tubuh seseorang.

Epal juga berupaya membantu dalam pembentukan tulang seterusnya menjadikan tulang lebih kuat, di samping mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Menyedari kemampuan epal untuk mengekal dan menjaga kesihatan, jenama L’Occitane yang terkenal kerana menggunakan sumber daripada buah-buahan bagi produk penjagaan kecantikannya, menjadikan epal sebagai bahan utama dalam produk terbaru mereka.

Menggabungkan badam dengan ekstrak epal dari Provence yang terletak di Perancis, produk terbaru itu turut menggunakan cuka epal organik.

Jurulatih kecantikan L’Occitane, Evelyn Lim, berkata epal digunakan dalam produk terbaru itu kerana mengandungi beberapa ramuan penting bagi membantu mengembalikan keanjalan kulit.

“Wanita sering berhadapan dengan tiga fenomena yang merubah kualiti kecantikan kulit mereka menjelang umur 25 tahun, kesan seperti kulit mengendur dan kurang keanjalan, faktor persekitaran serta fenomena fisiologi sering menjadi igauan kepada setiap wanita yang mementingkan penampilan mereka.

“Kini epal turut digunakan dalam industri kecantikan dengan kuasa untuk mengecilkan liang pori, melicin dan melindungi kulit wajah daripada sinar ultra violet (UV) serta keadaan persekitaran yang semakin terjejas. Produk ini boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru L’Occitane di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk Almond-Apple yang direka khas untuk wanita dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun itu mengandungi empat produk penjagaan kulit wajah hasil kombinasi epal dan badam yang mampu mencantikkan kulit.

Selain itu, ramuan berkenaan juga berkesan dalam mengatasi tanda permulaan kesan penuaan di samping memberi kebaikan kepada kulit seperti melembut dan menegang.

Antara produk yang disediakan dalam rangkaian produk itu ialah Cleansing Oil (RM81) untuk menghilangkan kesan solekan dan segala kekotoran pada kulit wajah, manakala Sweet Peel (RM130) pula menyediakan rawatan pengelupasan yang mengandungi kulit badam hancur untuk melicin dan melembutkan tekstur kulit.

Bagi menyegarkan kulit, Toning Cider (RM81) dengan formula lembut menggabungkan tuak cuka epal organik, berkesan mengecilkan liang pori dengan ejen penyegar daripada protin badam.

Aplikasi terakhir untuk melengkapkan penggunaan produk ini ialah Velvet Concentrate (RM191) yang bertekstur lembut dan licin mampu mencantikkan wajah dengan cepat. Penggunaan harian akan menegang dan meratakan kulit sambil melindungi kulit daripada formasi kedutan secara berkesan.

Dengan kombinasi unik ramuan aktif, rangkaian Almond-Apple memberikan kulit wajah lebih cantik, anjal dan remaja sentiasa. Produk terbaru daripada L’Occitane ini boleh didapati di KLCC, 1 Utama, Mid Valley Megamall, Alamanda Putrajaya dan Curve

INFO: Keistimewaan epal dan produk Almond-Apple
• Mempunyai sebanyak lima gram fiber
• Mengandungi banyak vitamin C dan mampu mengekalkan keremajaan kulit
• Mengecilkan liang pori
• Melicin, melembut dan mencantikkan kulit
• Berupaya mengatasi tanda permulaan kesan penuaan
• Menaikkan seri wajah
• Menganjalkan kulit agar lebih tegang
• Selain itu, epal juga membantu mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke) dan kanser prostat
• Melambatkan penyerapan gula ke dalam badan, mengurangkan kolesterol



P/S

U all tau tak...peribahasa owangputih "An apple a day keeps the doctor away"

Kalau tak silap dalam BM "Makan epal sebiji sehari akan menjauhi doktor daripada kite" atau kalau tak mau sakit dan tak mau jumpa doktor makanlah buah epal.....ye ke? Lagi...lagi yang ini pasti tak silap...makanlah epal untuk menakutkan doktor...Hehehhe...saje..

Thanks to Berita Harian sebab bagi kita article pasal buah epal ni.


Regards:


Wednesday, March 07, 2007

Selamat Harijadi Yang Ke 88


Saya ucapkan selamat harijadi kepada my dad which falls on 12/02/2007. Kita orang pergi ke Tanahmas Hotel just to have a simple celebrations. Quite funny sikit and may be it's just a coincidence...anak2 yang hadir terdiri daripada anak SULONG dan anak BONGSU...

Kita order 4 macam jenis kuih.....semua sodap and lazat. Wah....banyak betul kuih b'day? Sultanpun tak order sebanyak tu? Itula...saya belum abis cakap lagi...kita hanya order kuih yang sudah dipotong..hahahaha...kantoiiii. Each cake cost RM7.00 and it's very2 the delicious. We have cheese, chocolate, peanuts and strawberry.

Well....saya ucapkan selamat harijadi ayah semoga panjang umur dan murah rezeki. Hadiah belum bagi lagi...tengokla nanti may be a T-Shirt is just nice...sebab dia suka jalan2...round2 di bandar.

K..till we meet again....(I m quite tired selepas jual vcd petang tadi. VCD tu saya rakam sendirila dan semua buat sendiri. Nak mengalahkan Yusuf Haslam ke?. Normally kawan2 suruh rakam majlis perkahwinan, majlis malam amal oleh PERKIM dan Woman Institute, berkelah dan macam2 lagi.

Bye semua.

Regards,

Monday, January 29, 2007

Wooooo.....malunya



Gurau-senda dan gelak ketawa merupakan senaman jantung. Kadang-kadang seseorang itu mempunyai sense of humour tanpa disedari dirinya sendiri. Yang menyedarinya adalah rakan-rakan atau orang yang berdekatan dengan kita. Kadang-kadang ada yang senyum kambing seperti ini...hehehehehe
Tapi u all mesti ingat...senyum adalah sedekah.


Ni apa hal pulak ni.....serius nampak...Ah...tak kisahlah asalkan tak marah dengan nekaunt sudahlah!!!!

Oh ya...sebentar tadi saya ada menerima sms dari seorang kawan...berbunyi...(berbunyi ke hehehhe...takpelah...) "I heard someone says cooked water, bolied rice in the lift today". Waaaa.....saya senyum sendirian berhad....rupa2nya suaraku yang merdu itu membuat CELCOM kaya 10 sen. Takpe...buatlah selalu demi negara. Kalau sms selalu brapa peratus kena tax...kira menolong negara juga tu....besar kepala....sori...sori...besar pahala u! (Tersasul pulak)

Biasala buat lawak cikit untuk menghilangkan stress selepas sehari suntuk bekerja. Jom kita tengok gambar si pemalu ni..... Wooooo....comelnye n pemalu pulak tu.





Dan lagiiiiii....... Alamak....tengok baby ni tido..terasa pulak mengantuk. OKla...nanti kita jumpa lagi. Kalau tak cukup tido esok kalau bangun pagi mata dah macam mata zombie...heheheheh..lantaklah...save juge eye-shadow aku.




Ok till we meet again...sayonara, sayokangkung and sayobayam. Take care.