Friday, August 19, 2011

Makan 40 - 14.8.2011

Makan 40 for my dad sudah dilaksanakan pada 14.8.2011. Alhamdullillah semua berjalan dengan lancar walaupun sudah di pertengahan bulan Ramadan puasa yang ke 14 hari.

I m not in the mood to celebrate Hari Raya. May be I'll go to somewhere else. I m beginning to miss both my parents. Hope they rest in peace...amin..amin...ya rabbal'alamin.

Syukur saya dapat puasa dan malam-malam pergi solat terawih. Sangat-sangat bersyukur saya bukan dari orang yang jahil.

Pernah seorang kawan bertanya...."Betul ke kalau kita tak solat....tidak berdoa untuk roh2 orang tua kita ...kita dikategorikan anak yang durhaka". Saya berfikiran....kita tak tau berapa banyak dosa2 kita terhadap mereka...maka untuk meminta ampun dari mereka wajib kita solat dan berdoa ke atas roh mereka semoga dosa2mereka diampuni Allah. Kitapun dapat pahala. Alhamdullillah saya telah melaksanakannya. Semoga Allah mengampuni dosa2 saya terdapat orang tua saya...manalah tau ada terkasar bahasa atau perangai yang kurang elok.

Ya Allah lembutkan hati saudara2 ku yang lain semoga balik ke pangkal jalan. Jangan LALAI kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah kembali kepadanya.

Sembahayang lah kamu sebelum kamu disembahayangkan.
Do it before it's too late. Masa tidak akan berputar balik.


Nekaunt.

Monday, August 01, 2011

Puasa without my dad - 2011

Selamat berpusa selamat menyambut bulan ramadan. Semoga puasa/amalan kita diterima Allah insyaAllah. Berpuasa tahun ini tanpa my dad. Missed him. Passed away on 6th of Julai 2011 or 4th of Syaaban 1432H at the age of 92. Mesti terasa apabila menyambut ramadan dan raya. Now both my parents are gone...forever. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh mereka,masuk syurga terang, sebarisan dgn orang2 yang beriman, soleh dah solehah....amin2 ya rabal'alamin.

Menu puasa bagi nekaunt - kalau sungkei...take anything under the sun..been meaning u can take anything you like. Kalau sahur I m bit choosy. I dun take salty things like ikan masin, telur masin, lobak masin...bla..bla..bla...yang penting jangan commit sins...hehehehhe. Bulan yang mulia ini bulan kita berbuat baik, sangka baik, perangai baik, hati mau baik semua baik..baik.

Normally selepas sahur I took air limau untuk 'mencuci' geruk yang berminyak. Atau u can take buah limau just nice to get rid of oily food u took. My first day of puasa I goreng kangkong, ikan bakar gembong and terubok, telor rebus..thats all...simple... jangan lupak buah kurma. I took bubur pedas earlier on or puasa eve. Very the delicious..may be I m hungry.

Anyway, I m still exhausted to write another line...Till we meet again.

Nekaunt.

Saturday, July 30, 2011

For Remembrance

After a short illness, my dad passed away on 6th of July 2011 @ 4 Syaaban 1432H. We missed him so much. My mom passed away 7 years ago that was in 2004 (5th of Jamadilakhir. Missed her too. We have done the 3rd, 7th and 20th 'tahlil' for him..alhamdullillah and the next one is 40th and 100 days. It has been a tradition to have all this 7 days, 20 days, 40 days and finally 100 days tahlil. May both my parents rest in peace...amin2 ya rabal'alamin.

I m closed to my parents. Missed them alot. Watever nothing can bring them back. I took great care of my parents until their last breath. Praying and hoping they will forgive me if I have done wrong to them. It can't be helped sometimes i m harsh. Our religion forbid such thing. I m so sorry for I didn't mean it. Pressure are all the causes.(being the only daughter looking after them).

Please God forgive me.

Sunday, April 24, 2011

!st posting 2011

Rupa-rupanya dah bulan April. Tak prasan Kalau tak kerana harijadi. Life seems bz and my dad baru sembuh dari domam.Doktor bagi dia antibiotik baru dia ok. Semoga beliau sihat sentiasa. Aminnnnnnn

Ok see u all guys


Lof oways'

Nekaunt

My Birthday 24 April - Today

Terima kasih kepada anak2 saudara nekaunt atas ucapan hari lahir nekaunt pada tahun ini 24 April 2011. Dah kertu dah ...hehhehee.

My grandniece bawa kotak coklat siap menyanyi lagu happy birthday to nekaunty. Lepas tu dia baca doa dan last2 nekaunt dengar dia nyanyi lagu burung kakak tua...mentang2 nekaunty ni dah staus kertu...hahahha...

Anyway thanks again to those who wished me b'day greetings. Ingat juge kamu orang ye...:). Ada juga orang yang tak ingat...sedih la. Anway...terimalah hakikat bahawa 'always is not forever'


Cayang u all.

Sincerely

Nekaunt

Thursday, January 13, 2011

Hujan

Hujan gerimis bagaikan mutiara.......itu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad. Saya suka lagu dia....sebab bersebab...tak payah nak huraikan kat sini. Saya ada agenda lain. Bercakap tentang hujan...sekarang adalah musim hujan, baju dicuci tak kering. Hujan rahmat, pemberian Allah, terima kasih.

Kata orang selepas chinese new year barulah cuaca jadi seperti biasa...ada panas dan ada hujan.

Dulu kalau bulan 12 mesti ada rambutan dan durian...buah bermusim. Sekarang belum lagi nampak ...bila agaknya.

Hari ini menulis laporan PERKIM dan at the same time time mengedit laporan aktiviti bergambar. Masih dalam pengeditan. Dulu nak sangat jadi seorang wartawan...tak sampai hangan2 tu. Nak jadi polispun tak kesampaian sebab tak cukup tinggi. Nak gelak la pulak sebab kerja yang saya buat sekarang ada 'mirip' ke arah kerja yang saya minat. Dalam Persatuan PERKIM saya dipilih jadi JKK Penerbitan dan Publisiti. Kalau ada aktiviti2 dilaksanakan sayalah jadi guru gambar dan buat laporan..huhuhuu...Kalau betul2 jadi wartawan tugas memang berat.....
Polis....yes..saya bertugas di pejabat kerajaan...tak payah la saya nak sebut tempat saya berkerja tu....pun ada kaitan macam kerja polis juga...kadang2 ada 'kes'...sudahlah....tak mau lagi cakap pasal kerja2 tu. Shut up!!

Well it's almost isyak...got to pray. Till we meet again....sayonara.

Luff oways

Nekaunt.

Saturday, January 01, 2011

Cuci Pakaian

Hari ini saya cuci baju bertimbun-timbun hasil penyakit malas yang melanda. Nak cuci hari-hari itu yang malas tu. Seperti yang kita ketahui, cuaca bulan 12 selalu hujan dan mendung. Saya berdoa semoga hari ini panas dan dapat mengeringkan kesemua baju-baju saya. Alhamdullillah baju-baju semua kering. Terima kasih Allah kerana telah memperkenankan permimtaan hamba mu yang kerdil ini. (Memang pendekpun)

Resolusi tahun ini banyak.....salah satunya kuat beramal dan beribadat, semoga berjaya dalam kehidupan, dimurahkan rezeki dan jadi rakyat yang sempurna di mata masyarakat. Tahun 2010 saya rakyat yang kira ok sbb tak ada surat saman dari JPJ. Kalau dulu......(zaman muda le)minta maaf la saja :). Pernah kena stop oleh pak polisi dan di mintanya IC. Bagi semua satu dompet yang mengandungi kad2 yang berkaitan dgn diri sendiri. Pak polisi pukul dahi dia sbb yang buat hal tu orang kerajaan. Huuu....dia beri amaran saja memandangkan saya orang kerajaan. Yang malunya dia kata " Awak orang kerajaan sepatutnya bagi contoh yang elok kepada orang2di luar sana. Saya pernah terserempak dengan peronda yang tak pakai tali pinggang keledar...what say u? Adakah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus?

Apa2pun kita manusia biasa.

Baju semua dah kering. Happy la. Till we meet again sayonara. This is my 2nd post for the year 2011. Semoga dapat kembali for another post, see ya

Love,
Nelaunt.

Welcome 2011

Selamat menyambut Tahun 2011. Semoga lebih elok dari tahun yang lepas. Didoakan semoga kita beroleh kejayaan dan befikiran positif dan sihat walafiat.

Tuesday, August 17, 2010

F A C E B O O K

Huhuhu...mentang2 ramai orang yang guna facebook sekarng rasa dah malas nak menulis dalam blogspot. Facebook, kita jumpa ramai manusia berbilang kaum, bangsa dan kita dapat terus berinteraksi dengan mereka. Yang bestnya ada gambar lagi. Nekaunt tidak ketinggalan menggunakan facebook. Facebook boleh melalaikan kita dan ada sesetengah manusia terlalu 'addict' sehingga misaipun tak terpelihara...panjang semacam. Para ibu lalai memasak sehingga apabila masak, masak saja yang simple seperti goreng telur mata kerbau atau goreng telur dadar....

Saya pernah tengok video seorang anak kecil dari Jakarta dalam sajak yang bertajuk "Ibu dan Facebooknya". Yang paling lucu sekali apabila anak tersebut menyebut "ibu akan membawa bersamanya facebook ke syurga"...lebih kurang begitulah.

Boleh berFacebook janji pandai mendisiplinkan diri. Bagi nekaunt, hanya akan berfacebook selesai semua tugas di rumah...dah nak tidur dah...baru bukafacebook. Kalau terlalu kerap berfacebook boleh menyebabkan mata kita seperti mata panda. Tau apa itu panda....bruanglah!

Semasa nekanut berfacebook nekaunt dapat melihat mcm2 gelagat manusia. Ada juga terjumpa anak saudara sendiri yang kadang2 merapu. Nekaunt bagi nasihat bahawa facebook kita dibaca semua orang or open to public. My opinion kalau nak berbahasa yang kurang sopan guna saja private message. Cara kita berbicara dapat menggambarkan seseorang itu, so becareful with your words. Kalau ada rasa tak puas hati dengan teguran nekaunt...kamu buat apa sajalah. Orang tua menegur tandanya sayang. Ada faham tak? Nekaunt tak suka guna ayat...lu fikirlah sendiri. Budak zaman sekarang kena direct to the point.

Well...rasa nak cakap lagi ni tapi masa begitu cemburu...huhu..guna ayat sestrawan pulak. Lama nekaunt tak menulis dalam blog...jawapannya kerana mu FACEBOOK!!!.

Jumpa lagi.

Nekaunt.

Saturday, May 22, 2010

Alfatihah

Mom passed away 5 jamadilakhir that was in the year 2004. Hari ini saya buat tahlil di pejabat. Tq to all my frens di pejabat atas kerjasama untuk menjayakan majlis yang simple tapi berjaya. Syukur alhamdullilah.

Monday, May 03, 2010

Terima Kasih

Walaupun harijadi nekaunty sudah berlalu, I would like to thank all of u who wished me b'day greetings and may all of us blessed by God and showered with peacefullness and love. To all my anak2 buah semoga kamu semua berjaya dan jadi insan yang mulia.

I celebrated my b'day in our office. Nasi lemak and mee hoon goreng is common among us. No choice but when ur stomach is crying for food there u are, u will eat ur heart out....eat to live not live to eat.

Tq all.

Nekaunty

Tuesday, April 06, 2010

Dad Masuk Hospital

4.4.2010 my dad admitted at Sibu's Hospital. Penyakit lain takde cuma kencing tak lawas. Doktor kata pihak hospital at the moment tak dapat bagi spesific ubat untuk dia cuma a mild antibiotik. At the moment dia guna tube untuk mengeluarkan kencingnya. Lately dia selalu demam an after taking panadol kira ok, tetapi demam semula, bila-bila masa. Untuk menurunkan suhu badannya yang tinggi dia diberi mandi 'tepid sponging'. (medical's term)

Kalau di compare diera 70's sangat jauh bezanya. Saya tak bercakap tentang facility and of course by that time facilities memang kuranglah. We are talking about the hospitality of the staff, they are all friendly. Kalau di bank moto mereka 'serves with a smile', siap dengan extra words....kalau tak senyum tegurkan mereka. Anyway tak semua yang bole senyum...so don't force urself. Be urself. Ok guys let me share my dad's pic with you all, bagaimana all the nurses (some of them are student nurses)bagi dia 'tipid sponging'. Dalam gambaran saya mereka guna sponge, rupa-rupanya guna towel kecil yang banyak, dalam 5 to 6 helai towels.

Pic taken recently







To be continued.

Sunday, February 07, 2010

Tempat Baru

I moved my seat to front location as to give ways to my old place to the 'needy'. I hope everyone is happy. My seat is next to our boss's room and he can see me through his window glasses. Normally people dislike being seated next to boss's room. Yes, I felt it before but now I don't have that type of feeling. Or may be, being seated next to boss'a room you feel uncomfortable. We don't feel free to do anythng we like. I have no choice, I don't have to worry as long as I do my work.

Saturday, January 09, 2010

Majlis Makan Malam / Persaraan


Ketua Nazir Cawangan Sibu En. Kueh Kwang Hong berucap di majlis persaraan atau majlis makan malam sempena persaraan En. Yap Ah Min



Penyanyi yang sedang meningkat nama dipersada seni tanah air Sarawak


(Harap maaf....bersambung)

Friday, December 25, 2009

Sri Kenangan









18.12.2009 kami (PERKIM Cawangan Sibu) membuat lawatan ke rumah orang tua Sri Kenangan di Sibu. Selaku ketua penerbitan dan publisiti saya sempat merakam bebrapa gambar orang-orang tua dan sempat juga merakam mereka menari poco-poco. Agak lucu melihat telatah mereka sanggup naik ke pentas menari tak perlu diundang. Agaknya mereka ketika muda memang dah ada pengalaman menari, bukan poco2 tetapi ago-ago.

Pada hari lawatan tersebut saya berpuas hati melihat keadaan dan tempat mereka. Semua cukup termasuk tempat beriadah, gym khas untuk warga tua. Apa yang saya nampak keadaan sekeliling atau kawasan begitu bersih sekali, dapur dan dewan makan begitu teratur dan bersih. Kedatangan rombongan kami (PERKIM) memberi reaksi yang ceria diwajah mereka. Saya mendengar 'bell' dicanang beberpa kali menunjukkan ada pelawat yang datang. Mereka berpusu-pusu datang sambil mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka sungguh berdisiplin. Kami difahamkan mereka tidak 'kesunyian' kerana rumah Sri Kenangan menjadi tumpuan lawatan kepada sesiapa yang ingin melawat.

Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Sekian

Wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Monday, October 26, 2009

Ku Akui

Yang nampak tangan tu my niece Marina Waili. Dia peminat HafizAF7. So dia main lagu Hafiz...tanpa tengok nota...dia kate lantak je...


Tuesday, October 13, 2009

Apa Hal

Kalau kita buat salah mereka membebel, kalau mereka pula buat salah terang-benderang dan diterangi lagi dengan lampu neon dan lampu suluh dan berhawa dingin 24 jam..as if nothing happened. This shows that the hands and legs are not efficient. Kau translate la sendiri ayat hands and legs tu dalam bahasa melayu.

Hai....staf kita orang tak sampai 25 orang pun kalau dibanding dengan pejabat2 lain..contoh kalau pejabat pelajaran...beribu-ribu orang staf mereka.

Terlepas pandang...atau over looked...itu alasan mereka. Tak mohon maaf pun dah tahu buat salah.

Kerajaan menghadiahkan RM500 kepada kakitangan kerajaan dan dibayar 2 kali untuk menolong atau meringankan bebanan sesetengah orang yang memerlukan wang tersebut.(Guna untuk perbelanjaan hari raya tak kesampaian) Kesian kepada kakitangan seperti pemandu dan pembantu am pejabat mengharap untuk mendapatkan hadiah tesebut tetapi terlepas pandang. How do you value this?

Kisah kedua tidak ada kena mengena dengan perkara di atas .... sudah menajdi budaya kita apabila seseorang meninggal dunia kita menyumbang untuk meringankan bebanan mereka. Tapi ada juga orang yang pilih kasih, kalau orang yang meninggal itu status pegawai...wah...cepat2 buat koleksen (collection), kalau status bukan pegawai...lu fikirla sendiri. Kalau sayalah...saya tidak pilih kasih sebab saya duduk dalam Malaysia, SATU MALAYSIA.




Cara berfikir amat merimaskan. Selfish. Saya ingatkan diri sendiri semoga tidak di dalam golongan orang yang terlampau sangat menjaga status sehingga tidak ada perasaan kesian kepada orang yang perlu dikesian dan perlu ditolong. Terima kasih kepada orang yang faham dan memahami: seperti nekaunt ....kwang...kwang....angkat bakul!!! Berfikir sebelum bertindak. Bertindak setelah berfikir cook-cook (masak2).
Cya all. Jangan mare nanti kena jual.


Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah

Salam untuk semua....alhamdulillah...setakat hari ini nekaunt masih lagi bertahan/berpuasa/berterawih. Semoga nekaunt diberi kesihatan/kekuatan yang elok ...amin..main ya rabal a'lamin.

Malam-malam nekaunt pergi terawih kat surau kampung Datu Baru. Memandangkan rumah nekaunt jauh dari surau tersebut nekaunt buat lapan rakaat je tak sampai 20. Anyway yang penting kita jujur dan ikhlas beribadat. Semoga semua muslimin dan muslimat dimuka bumi ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Menu untuk berbuka: Normally nekaunt buat juadah seperti biasa. Sekali sekala buat extra, nekaunt beli rojak buah (yang ada petis ya bah). My dad kata rojak tu pembuka selera.. betul ke atau ada problem sikiti makan 'dinihari'. Semasa kecil dulu nekaunt memang berproblem nak angakat sahur....makanpun tak seberapa. Kalau sekarang tidak ada problem langusng. Makan pagi seperti makan tenghari atau makan malam.....berselera la tu. Yang berpuasa ada losing weight too much, nekaunt hilang 1 kg je. Takde pentanda nak slim macam dulu....biarlah, yang penting sihat walafiat. Ketinggian nekaunt sik sampei 5 kaki...only 4 and 11 and half kaki. Ketinggian sheila majid la konon...hahahaha.

Dulu cita-cita nekaunt nak jadi polis, macam my dad. Unfortunantely nekaunt pendek tak sampai 5 kakipun. Dah lah pendek, kurus lagi tu. (Itu zaman dulu...sekarang maaf zahir dan batin)

Satu lagi nak jadi wartawan konon...hahaha. sori mak temah jangan nak mimpi...juga tak jadi. Tapi syukur jugalah kerana nekaunt join PERKIM dan dipilih oleh Mak Datin jkk publisiti - bertanggung jawab ambik gambar, buat laporan and for your information kalau kita rajin semuanya bole jadi. Nekaunt buat blog/flickr untuk PERKIM. So sila lawat ke laman ni http://wanitaperkimsibu.blogspot.com. Anyway kita orang banyak buat aktiviti PERKIM sebelum dan masih going on until now. I hope I have time to post some of the activities soon.

Ok time flies fast gotta go and c ya some ohter times. Take care.

Nekaunt yang sweet (Angkat bakul!!!)

Thursday, September 10, 2009

Fitrah Zakat & Syukur

Salam 1 Malaysia

Syukur dan alhamdulillah kita semua masih di dalam bulan ramadan dan masih sihat dan dapat mengerjakan ibadah puasa. Setakat hari ini dah masuk 20 hari kita berpausa. Semoga diberi kekuatan sampai bila-bila.

Dah bayar zakat fitrah? Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat ini akan dishare dengan orang yang kurang berkemampuan. Betapa indahnya Islam. Nekaunt bayar zakat dan wang baitulmal Swk tiap-tiap bulan menerusi potongan gaji. So sucilah gaji nekaunt berakat lagi halal..heheheh. Dah siap ke baju raya, kasut raya, kuih raya? Nekaunt ala kadar jak. Yang penting kita menyambut hari raya dengan gembira selepas sebulan kita berpuasa. Hari raya kita kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara, rakan-taulan dan sahabat andai.

Yang paling gembira sekali menyambut hari raya ialah kanak-kanak. Mereks pakai baju baru, kasut baru dan pendek kata serba serbi baru. Masa zaman kanak-kanak dulu nekaunt mesti beli kasut baru, kalau lambat beli, siap muka cuka dan hentak diri atas lantai. Sekarang kita faham perasaan mereka kan? Apa-apapun kita perlu ingat juga kepada mereka yang kurng bernasib baik.

Teringat masa silam, waktu itu masih di alam remaja. Memang seronok apabila menyambut hari raya. Memang ditunggu-tunggu untuk berjalan dengan kawan-kawan. Yang hairnnya tak merasa lenguh, kalau dapat jalan sampai ke pagi...really energetic.

Sebelum mengakhiri teks yang ringkas ini Nekaunt ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan datang, insyAllah.

Kepada 'pembawa-pembawa'..mananah..melilih..jangan lupa minta maaf.

Satu pesanan ringkas untuk semua: jangan percaya 100% kepada sesama manusia termasuk ipar dan biras sendiri. Cakap siang pandang2 dan cakap malam bisik-bisik.
Setiap yang busuk akan berbau walaupaun sudah ditanam dalam tanah....
Nekaunty bercakap melalui pengalaman. Jangan terlalu baik dan jangan terlalu jahat.


Mood: Masih tak percaya dan masih menggalabah dan sekali sekala bergenang air mata.

Cya all.

Nekaunt.