Saturday, December 31, 2005

Selamat Menyambut Tahun Baru 2006

(Kapal Angkasa, jap lagi kami terbang)


Assalamualaikum wbt

Nekaunt ucapkan Selamat Tahun Baru 2006 kepada semua member2 dimana jua berada. Apa Azam pada Tahun 2006? Apa yang telah dicapai pada Tahun 2005?

Bersyukur kita kehadrat Allah SBT yang telah mengizinkan kita melangkah ke Tahun 2006.

Sepanjang Tahun 2005 macam2 perkara yang kita telah lalui. Masam, manis, pahit adalah asam-garam bagi semua manusia. Selagi kita bergelar manusia kita tidak dapat terelpas dari masalah, bebanan dan macam2 lagi.

Nekaunt pernah tertonton warta perdana dan terlihat nasib yang malang menimpa sesetengah sdra-sdra kita yang daif. Amat tersentuh perasaan Nekaunt apabila melihat wajah-wajah comel serba kekurangan. Letak diri kita ditempat mereka...macam mana, terharu tak? Untuk perhatian semua, Nekaunt seorang yang prihatin dan keperihatinan ini telah disahkan oleh SIRIM. (Dah...dah...dah mula la angkat bakul tu).

Doa Nekaunt semoga diberi kesihatan mental dan fisikal, berjaya dibidang perniagaan seperti menjual kerepek pisang, nasi bubur, popia nestum, air kopi cni, air cream soda, air cincau dan ...banyak lagi. Sapa2 nak berurusan dgn nekaunt, sila email....cewahhhhhhhhhhhh....... dmaslia@tm.net.my. (Jangan2 ada yang menyampah ni...hahahahahah. Takpe, asalkan nekaunt bahagia sorang2 tak pedulikan sapa2.

Dulu ada seorang kawan Nekaunt, dia kata kalau dia balik ke kampung halaman dia sendiri, dia nak tanam jagung dan kalau dah berhasil dia nak suruh Nekaunt jual jagung2 tu. Sampai sekarang Nekaunt masih ingat kata-kata dia. Best juga kalau betul2 dia dapat tanam jagung tu, dapt juga Nekaunt tolong jual..kan...kan..
Nekaunt rasalah....dimana ada kemahuan disitu ada jalan, orang putih kata 'where there is a will there is a way'. Nekaunt sendiri berpegang kepada prinsip tu.

Apa-apapun terpulang kepada kita yang empunya badan...untuk merealisasikan impian supaya menjadi kenyataan dimuka bumi yang bertuah ini dan tak lupa juga dibawah lampu neon yang bernyala. Ewah...ewah.....dah mula nak bersajak. Hahahahahaha...biasalah. Itu adalah my favourite quotations. Hanya orang yang betul2 mengenali diri Nekaunt saja yang faham akan maksud 'quotations' tu.

Back to our 'Happy New Year' mood....sekali lagi Nekaunt ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2006, Semoga kita semua diberkati Allah sentiasa...aminnnn ya rabul a'lamin.

Jap...jap....sebelum mengakhiri laman ini, malam ni tadi nekaunt terima SMS mengucapkan selamat menyambut tahun baru sebanyak 5 kali saja...dari lima orang je la tu. Last year ramai u! Mostly Nekuant terima dari Kuching, dari rakan yang turut serta kursus dulu. Ma kacih kepada kawan2 yang ingat pada Nekaunt ni ya. Sayang awak semua!!!

Well...well....I feel like to sign off now...till we meet again, someday, somewhere, somehow, samsung, samseng...hahahaha, naya kang!!! Bye take care. God bless u all.

Always beautiful me: Nekaunt

Wednesday, October 19, 2005

Selamat Berpuasa

Kenapa hari ini .............

Kenapa hari ini saya merasa begitu malas. Buat itu tak betul...buat ini tak betul. Rasa mengantuk pun ada. Lahaiiiii......Mungkin di dalam bulan puasa agaknya. Pagi tadi saya bangun sahur pukul 3.40....kira ‘selamat’. Dua malam yang lalu saya bangun puklu 4.15 which to me is quite late. Almaklumlah...saya ni slow worker. “Slow Woman At Work” Teringat perkataan yang terpampang kat jalan raya “Slow Man At Work”. Ada silap tak ayat tu? Ada......sepatutnya taruhlah koma selepas perkataan ‘slow’ tu. Ada kawan yang nakal tu kata...patutla jalan raya ni tak siap-siap...slow man at work. Ah....sudahlah....pandai-pandai nak komen. Kalau ada masa/peluang tolongla letak koma tu sendiri..barula jadi rakyat yang baik. Saya nak letak takde masa....tapi I m still a good citizen coz I paid for my road-tax, insurance, zakat..so on and so forth. Hemmmmm......tekan butang lift naik sendiri tu..heheheheheh. Nok nunggu orang muji lambat gilak...pujila dirik empun. Nak kena ni....hahahahahahaha. Takpe asalkan saya bahagia.

The day b4 yesterday my sis-in-law gave me a call and requested for my eldest sister’s phone number. Hmmmm...rupa2nya dia nak tanya respi buat sambal goreng. Dia kata anak2 suka makan sambal goreng yang dikirim oleh my sister tempoh hari. Betul ke anak2 yang suka atau dia sendiri...hahahahaha kantoi.

Apa lauk hari ini? (Pandang siling, letak jari kat dagu, sambil berfikir). Yang penting makanan seimbang...entah-entah lepas itu bertimbang...hahahahaha. Kalau sahur saya tak suka makan sambal...apa2 jenis sambal.....sebab kesannya cepat haus atau dahaga. So sambal is totally out! Kalau sambal tu nak marahkan saya marahlah.....ada pulak sambal nak marah.....( kartun sikit  ).

Saya ada sedikit tip untuk dikongsi bersama. Ini pun saya dapat tip from my fren. Selepas bersahur jangan lupa minum orange juice atau air limau, nak tau kenapa? Haaaa........untuk menghilangkan kehausan atau kita tidak merasa haus sepanjang hari. It works on me dan telah disahkan oleh SIRIM.....hahahahaha...macam-macam jak Nekaunt tok.

What esle to share ......... I think I wanna make a move and till we meet again...sayonara.

I got a pic to share with u...jeng....jeng.....jeng......slurppppppp

Tuesday, September 20, 2005

Talcum Powder




Hai...susah...susah je....
Actually Nekaunt nak send gambar di atas tu untuk kawan NA di Miri guna yahoo mail dia....tak menjadi-jadi....error..error. So kita ada other alternatif, NA decides to send thru my blogspot....clear lagi tu.

Pic di atas tu bukan tujuan untuk promote tau...itu khas untuk my fren in Miri. Kepada my fren in Miri tu...u bole dapat kan powder tersebut di kedei lamak bah atau di pharmacy. Mun sikda juak, akak boleh send nanti...just let me know. Nak tau khasiat powder tu....mainly untuk budak2 atau org tua...yang kena 'meranas' (bahsaa sarawak) yang merah2 tu bah.

Ok my fren...jumpa lagi. Semoga dapat mencari bedak tu. Kalau tak dapat pun tak usahlah pegi negeri cina nak beli tu.....(made in cina tu)....just let me know, I'll send itu to u immediately.

Time to say sayonara.....nasib baik tak sayokangkong...hehehhee..

All the best.

Akak mu yang manis (phewittt...tekan butang lift nampak)hhehehehe

Saturday, September 03, 2005

Wanita PERKIM Sibu


Wanita PERKIM Sibu
Originally uploaded by Nekaunt.
Selamat minum petang Embok...heheheh. Senyuman Puan Sharifah kita ni sentiasa manissss.....tu yang fotogenik tu...heheheh. Senyum itu sedekah...semua kita pernah dengar ayat tu kan.

Gambar ini diambil sewaktu lawatan Wanita PERKIM Mukah melawat bandar Sibu.
Nekaunt difahamkan mula-mula mereka melawat ke Rumah Sri Kenangan - rumah orang-orang tua, dan pada hari yang sama mereka mengambil kesempatan melawat rakan se PERKIM (alamak...ada tak perkatan tu) di rumah PERKIM Sibu. Mereka disambut mesra sambil bersalam-salaman.
Sebelum minum petang tentula ada ucapan sepatah dua kata dari Pengerusi PERKIM Sibu dan tentula pulak selepas tu ucapan dari Pengerusi PERKIM Mukah. Macam orang berbalas pantun pulak...hehehe. Nekaunt pulak sibuk ambil gambar..snap sana, snap sini..ambil video lagi tu....nak mengalahkan siti nurhaliza..hahahahah.

Ni nak tanya Kak Fah kita ni...kenapa dengan tangan tu...nak show off gelang tu ke...hahahahahha...atau nak tunjuk ada muscle...hehee...gurau-gurau. Ampun ye Kak Fah...nekaunt suka berguarau.

Nak berundur diri buat sementara waktu. Jumpa lagi.

Salam untuk semua

Saturday, August 13, 2005

Broken Spectacles Of Mine


Broken Spectacles
Originally uploaded by Nekaunt.
Apa dah jadi dengan nekaunt (NA) ni? Macam mana spec boleh berkecai? Actually spec NA tu jatuh bawah kerusi dan tanpa NA sedari NA pushed the chair dan terkenalah spec yang tak berdosa tu :). Nasib baik ada spare spectcales kalau tidak terpaksalah jumpa doktor mata sekali lagi. Walau bagaimanapun NA akan buat spec baru untuk spare. Bukan kereta saja ada spare tayar tau.....specpun kena ada spare gak. Tengok kes NA, kalau yang satu hancur yang satu lagi masih ada. Harap-harap selepas ini NA akan jaga spec tu elok2.

Sape nak simpan spec ni, simpan dalam muzium :)

Can't type much tonite...I got something else to do. Till we meet again...bye...sayonara.

Tuesday, August 09, 2005

Keputusan Akademi Fantasia (AF3)

Panas!Panas!Panas!

Apa yang panas ni, hari panas, demam panas, hujan panas, panas baran,panas terik, ovan panas...no..no..no...bukan..bukan...bukan...(so what then?)

Konsert final AF3 baru je tamat semalam. Alangkah parahnya hati penyokong Felix, kerana Felix hanya mendapat naib juara. Syukurla tu Felix....itu dah rezeki awak. NA baca kat FROUM AF3 tu ramai yang tak puas hati sbb Mawi menggondol semua hadiah-hadiah seperti vokal terbaik, persembahan terbaik...juara lagi tu dapat kereta dan rumah. Lain kali kalau nak menggondol semua hadiah tu, ikutla cara Mawi.... kepala dia gondol, sbb itu dia dapat menggondolkan hadiah-hadiah tu semua (Gondol dalam bahasa Sarawak ..mmmmm macam rambut Mawi tula...kepala dia gondol).

Ramai kawan2 NA tak puas hati dengan keputusan semalam. Nak buat macam mana, orang yang mengundi menggunakan cara SMS bukan menggunakan juri profesional pon. Ada sorang kawan NA bagi NA SMS mengatakan "I don like Mawi". Mmmmm ...mungkin dia fikir NA ni menyokong Mawi. Kat forum NA ada tulis mengatakan bahawa Mawi dilahirkan bertuah. Dari dalam perut lagi nasib manusia sudah ditentukan oleh yang maha esa. So percayalah...itu adalah rezeki untuk Mawi, rezeki halal. Kita tumpang gembira sama-sama.

Jangan salahkan pelajar2 tu....jangan membenci mereka, jangan menghina mereka, jangan memandang rendah kepada mereka, jangan mengutuk. Kat forum AF3 tu ramai yang suka main kutuk-mengutuk. Tak terfikir ke org yang kamu kutuk sebenarnya bukan pelajar2 AF3, kamu kutuk sipenghantar SMS tu..hahahahahaha....mereka yang mengundi..kan..kan..

Mmmmm...nasib baik NA tak vote. NA cuma suka tonton konsert lepas tu join forum bagi pandangan...kat forum tu NA tak main kutuk2. NA suka jawab forum. Ada yang geram dengan cara NA menjawab. Mana tidaknya...sikit2 nak kenakan orang yang mereka tak minat. Kalau tak minatpun janganla sampai katakan budak Mawi tu "dahlah orang kampung, cultural shock pulak tu" haaa..itu ayat-ayat yang NA peroleh dalam forum AF3.

NA pernah terbaca juga pasal penyingkiran Reza dan Amy. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa itu adalah tidak adil. Bagi NA ketidakadilan pihak yang tertentu memang exist. Reza tu bukan duduk Sarawak. Dia hanya dilahirkan di Sarawak lepas tu balik Semenanjung sebab ayah dia orang Semenanjung dan rumah merekapun kat Semenanjung. Baiklah...kalau si Reza lahir di Sarawak, macam mana pulak dengan Marsha....dia dilahirkan di USA. Kenapa meletakkan Marsha dari Sabah, kenapa tidak dari USA? Jawab!!! So untuk pengetahuna semua...hanya Amy seorang sahaja dari Sarawak bukan dua seperti yang diwarwarkan. Macamlah orang Sarawak ni bute!!!! Dari Sabah brapa orang ye...jap..jap...ok...kita ada Ekin, Yazer, Marsha dan Felix. 4 orang la. Sarawak sorang je. So Mr Aznil...explain please. Nak tau lagi...Mawi ramai penyokong dari Sarawak..kalau Sarawak tak sokong dia agak2nya Felix dapat mengatasi Mawi. Lain kali tak payahlah ambil orang sarawak masuk AF. Bagi saja pada orang Semenanjung, mereka lebih memerlukan daripada orang Sarawak, siankan :).

Kualiti AF3: Kualiti ??????. Nak buat macam mana.....kalau keputusan dibuat oleh orang yang buta seni.(Perkataan itupun NA peroleh dari Forum AF3). Oh ya...baru NA ingat...it's sort of an indirect business.
Whatever it is...it is called life...sweet and sour.

Jangan taip banyak sangatla NA, tak ngantuk ke? Ok2 wanna sign off and till we meet again. Dah ngantuk ni..jumpa lagi di masa akan datang. Sayonara ayamas....nasib baik tak sayur kangkung...hahahahaha. OK2 cyaaaa!

p/s Seeing is believing.

Monday, August 01, 2005

Sedih

Assalamualaikum memulakan bicara....cewahhhhh. Nyampah tul..hehehhehe..ngada!

Mungkin kawan-kawan hairan mengapa topik hari ni "Sedih" dan pembuka bicara nampak riang je. Tiga hari dah NA tak brape sihat tapi dah jumpa doktor dah. Yang susahnya NA ni, kalau telan pil....air abis diminum..tapi pil-pil tu masih juga tersangkut di bawah lidah..ape daaaaaa.

Ya....dah setahun lebih dah ibu yang tersayang meninggalkan NA. NA sentiasa merindui ibu. Ibu meninggalkan NA tanggal 23 Julai 2004. Terus terang NA katakan bahawa NA tak dapat melupai kenangan manis bersama ibu yang tersayang. Dialah tempat bermanja dan dialah segala-galanya bagi NA. NA bersyukur sebab ibu meninggal dunia di dalam keadaan yang sempurna. Bersyukur juga sebab NA masih ada untuk menjaga ibu yang sudah tua. Dulu NA risau takut-takut nanti NA yang pergi dulu daripada ibu. Kalau dah takdir nak buat macam mana. Bukan NA tak percaya pada abang dan kakak, mereka memang ada, tetapi masing-masing dah duduk rumah sendiri. NA puas hati dapat memelihara ibu sampai akhir hayatnya. Makan minum dijaga, dari segi kebajikan, memang NA yang bertanggungjawab sepenuhnya. Alhamdullilah...syukur...ibu memang cukup segala-galanya.

Jadi, nasihat NA kepada kawan-kawan yang masih ada ibu, jangan abaikan ibu. Kalau tak duduk serumahpun, pastikan jengok ibu, luangkan masa seketika. Kalau dapat pergi Sabah, Kuala Lumpur, Miri, Kuching...kenapa pulak ibu yang di sebelah rumah susah sangat nak jenguk????. (Sik takut "TULAH" kah?) TULAH tu tak nampak tau, dia akan datang dengan sendiri...no warning...macam tusnami. Lagi satu, jangan sekali-kali menghina/mengeritik ibu sendiri. Ingat ya..syurga di bawah telapak kaki ibu. Dulu semasa kita kecil, ibulah yang memelihara/menjaga kita dengan penuh kasih dan sayang.

Pernah NA dengar ayat-ayat ini "Ibu dapat memelihara 10 orang anak, manakala dapatkah 10 orang anak memelihara seorang ibu??? Jawapannya ada pada anda sendiri. Tepok dada tanya selera.

Dalam Islam anak lelakilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ibu dan bapa, berdosa jika mengabaikan mereka.Zaman sekarang dah terbalik dah....anak perempuan yang memainkan peranan yang penting. Itula...kalau tak dapat jaga mereka...sekurang-kurangnya telefonla...tanya khabar berita.

Bagi NA, Na tak kisah. NA lebih suka lagi dapat memelihara ibu/bapa, selagi tulang empat kerat ini masih bertenaga.

Sebelum mengundur diri Alfatihah untuk ibu yang tersayang. (Amin)

Well...it's time to typeoff....till we meet agaian....sayonara.

Saturday, June 25, 2005

Yezzaaa!!! Something to share with friends


Me and The 3 Stooges
Originally uploaded by Nekaunt.
Assalamualaikun semua, dah lama NekAunt (NA) tak masuk blog ni. Nak kata sibuk tak juga, nak kata nak menyibuk pun tak juga. Biasala rutin harian kita…turun kerja..balik kerja…balik petang …nasib baik tak balik pagi. Eh..eh…pernah balik kul 2 pagi pernah. Ada perkara urgent yang perlu diselesaikan utk diterbangkan ke KL the next day.
OK…kali ni N/Aunt nak share ngan kawan2 semua pengalaman NA kursus baru-baru ini kat Rajah Court Hotel, di Kuching. Punya best dan enjoy sangat2. Bagi NA kursus Pembangunan Insan Cemerlang banyak membuka minda kita ke arah positif, banyak tunjuk ajar yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.

MINDA - Kursus kali ini banyak bermain dengan minda. Sengaja nak suruh kita memerah otak. Elok juga sekali sekala otak kena perah…hehehehehe….senaman otak jadinya…..bes…bes. Ada sorang kawan sebilik dengan NA tersangat lucu orangnya. Luahan hati dia “ Aku sik suka pergi kursus macam tok ….” NA tanya dia kenapa? Dengan penuh ‘feeling’ dia menjawab “ Tau kau kenak aku sik suka, sebab kita kenak berfikir….” (dia cakap dalam loghat Sarawak).

Aduiiiii……si Lily kita ni…lucula dia ni. Tapikan…. walaupun dia cakap macam tu, dia tetap bersemangat menyertai kursus tersebut, tak kering gusi kita dibuatnya…ada2 saja dia tu nak buat kita gelak. Shhhhhh…Lily bace ni…. “Tidak ada yang mustahil sebelum dicubai”.

Aaaa…ada 3 orang lagi kawan NA yang 1 bilik semasa kursus tu. Semuanya baik2. Ada sorang tu kan NA beri gelaran kat dia…. ‘Mak Andam’. Kalau dia gelak…full volume. NA kalau nak gelak suara tak keluar, yang keluar air mata,hahahahah. Lucula kononnya. Bayangkan jam dah pukul 12 malam dia masih ada tenaga lagi nak uruskan bulu kening si Nor tu. Dia ada bakat nak jadi juruhias pengantin nampaknya….menyerlah sekali. Dia pandai make-up muka, dia pandai cukur bulu kening dan mungkin banyak lagi yang kita tak tau apa yang dia tau.
Si Lily yang tak pernah pakai bedak muka pun jadi ‘mangsa’ dia. Teringin sangat nak tengok Lily dibedakkan muka so dia pujuk abis-abisan si Lily tu dan finally atau akhirnya si Lily tewas dengan ‘godaannya’ itu….hahahhha. Maka si Lilypun dimake-upkanlah. Malam tu kami ke kelas dan NA ada dengar 1 guy komen…… “haaaa..macam tu lah…berseri u!). Sepanjang kursus kami siang dan malam, pertama kali malam tulah Lily with her stylo make-up. Tapi sayangnya ‘mak andam’ kita tu tak bawak complete set perkakas hiasannya. (Bukan apa…sebenarnya Lily kita ni tak pernah sapu bedak kat muka dia….tu yang geram sangat nak tengok muka kena make-up tu). NA ada ambik pic dia sebelum dan selepas dimake-upkan…hehehehhehe. (Dahpun NA pos pic tu untuk renungan bersama).
Oh ya satu lagi perkara yang lucu berlaku, selalunya kalau kita nak snap pic, kita akan snapkan keseluruh objek yang kita nampak Yang menghairankan NA, kawan NA ‘mak andam’ tu snap kat bahagian kaki, punggung dan perut si Lily tu..hahahahahha….. Mentang2la si Lily tu banyak isi….dia kata “lemak dan berkerim” hahahahahaha. Hancur kau Lily hancur!!!!. Geli hati NA apabila Lily berkata “ Oooo….kenaklah aku dikejo kita urang kedak ya” hahahahaha. Yang bes nya Lily tak ambil hati……kita suka sangat usik dia. Sportingkan? Nanti kalau ada peluang ….NA nak jumpa Lily kalau NA ke Kuchinglah. OK…panjang jugak cerita NA ni…..lain kali Na sambung lagi…masa tak menizinkan. Sebelum menarik jari ni balik…baca sikit yang di bawah tu….yang NA peroleh dari kursus

KEYAKINAN DIRI – Keyakinan diri ialah kepercayaan dan persepsi bahawa ia boleh mengendalikan segala cabaran yang dihadapinya. Ringkasnya, mereka yang yakin diri adalah orang yang dapat mengawal kehidupan mereka dengan cemerlang.

7 Prinsip bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.

 Fikirkan Boleh
 Berdikari
 Berfikir Secara Kritis
 Bersikap Inovatif
 Tabah Menghadapi Cabaran
 Tetapkan Matlamat Hidup
 Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran.

Kalau nak dihuraikan satu persatu tak larat NA nak taip, bukan malaslah tapi masa tak mengizinkan. Lain kali kita akan jumpa lagi ya….sayonara ayamas!!. Take care semua dan bersua kembali apabila NA ada masa. Ingat…MASA ITU NYAWA. (Perkataan ni pun NA peroleh dari kursus)

Pantun 2 kerat:

Dua tiga cat berlari,
Lain kali jumpa lagi!

Salam dari NekAunt. (Bukan salam bollywood tau  )




P/S: Yang Kurik Kundi, Yang Merah Saga, Yang Baik Budi, Yang Indah Bahasa.

Monday, June 13, 2005

Good friends


IMAG0264
Originally uploaded by Nekaunt.
Yes! We are the best! Puji diri sendiri takpe, asalkan bahagia..hahahahaha. Gambar ini diambil di dalam bilik hotel. Kita orang Insan Cemerlang tau...bukan calang2 orang...(laaaaaa puji lagi).

Sebenarnya kami menghadiri kursus Insan Cemerlang. Belum lagi Gemilang dan Terbilang. Nak tau..lain kali nak ambil kurus Gemilang dan Terbilang...ada tak kursus seperti tu? Pak Lah selalu sebut perkataan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Diharap selepas menghadiri kursus tersebut kita jangan hilang sudahlah!

Nekaunt rasa ngantuk, lain kali sambunng lagi.....

Till we meet again, sayonara...nasib baik tak sayur kangkong..hehehe. Ok jumpa lagi dilain masa.

Mesreeee!!! (Itu kata Bob AF tau!)

Jap...jap..kepada yg tension2 to sila baca ni...

The moment you are in tension
You will lose your attention
Then you are total confusion
And you feel irritation

This may spoil your personal relation
Ultimately, you won’t get co-operation
And get things into complication
Then your BP may raise caution

And you may have to take medication
Why not try understanding the situation
And try to think about the solution
Many problems will be solved by discussion

Which will work out better in your profession
Don’t think it’s my free suggestion
It is only for your prevention
If you understand my intention

You will never come again into tension!!!!

Friday, April 29, 2005

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Originally uploaded by Nekaunt.
Nekaunt menerima APC daripada Ketua Menteri Sarawak. Semasa NA menerima APC tu NA tak berapa sihat, fortunately I could make it thru the day :)

Cuba kamu perhati muka KM dan Isteri kepada Pengarah Pelajaran Sarawak tu...senyuman overdose....Sebenarnya NA kata kepada mereka.." Sir, this is my first time shaking hand with you". Mungkin itu agaknya KM tu senyum lebar.

Apa-apa pun NA berterima kasih kepada Ketua NA sebab he recognised me during his reign.

Yang bestnya NA dapat RM1,000 lagi tu dapat beli kamera...hehehehe...makacih sekali lagi kepada Kerajaan Malaysia.

Pantun: Dua tiga kucing berlari,
Lain kali bagi lagi...hehehehe

Waaaa...NekAunt ni....manalah ada lagi org. nak bagi NA kali ke 2, bagi chance la sama orang lain. Ya tak ya juga. Saje....suka nak sakat orang tu :).

Apa-apapun rezeki itu datang dari Allah dan kita sebagai hambaNya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

So..whatever it is...do think positive.

Footnote: Love others and be loved
by others.

Monday, April 11, 2005

Pameran Minggu Sukarelawan (Sibu AUTISTIC ASSOCIATION)

Bersempena Minggu Sukarelawan di negeri Sarawak, Nekaunt diberi tugas menjaga 'stall' PERKIM atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau 'The Muslim Welfare Organisation of Malaysia'. Selain PERKIM banyak juga stall-stall yang lain mengadakan pameran tentang persatuan masing-masing.

Nekaunt berpeluang berkenalan dengan seorang sukarelawan yang bertugas di stall SIBU AUTISTIC ASSOCIATION atau nama singkat SAA. Nekaunt amat tertarik dengan cerita beliau mengenai kanak-kanak 'Istimewa'di bawah jagaan SAA. Kanak-kanak tersebut ada IQ sebenarnya tetakpi tak berfungsi. Nampak normal tetapi tidak dapat memahami persekitaran mereka maka sukarlah untuk berinteraksi. Mereka tidak mengenal apa itu bahaya.

What is autism?
Autism is a developmental disorder that is characterized by impaired development in communication, social interaction, and behavior. Autism is classified as a Pervasive Developmental Disorder (PDD), which is part of a broad spectrum of developmental disorders affecting young children and adults--the Autistic Spectrum Disorders (ASD). The range of these disorders varies from severely impaired individuals with autism to other individuals who have abnormalities of social interaction but normal intelligence--Asperger's syndrome. The ways in which autism is exhibited can differ greatly. Additionally, autism can be found in association with other disorders such as mental retardation and certain medical conditions. The degree of autism can range from mild to severe. Mildly affected individuals may appear very close to normal. Severely afflicted individuals may be extremely retarded and unable to function in almost any setting.

In the past, autism has been confused with childhood schizophrenia or childhood psychosis. As additional research information about autism becomes available, the scope and definition of the condition continues to become more refined. Much of the past confusion about the disorder has been resolved.

What are the symptoms of autism?
The current Diagnosis and Statistical Manual of Mental Disorders-Fourth Edition (DSM-IV) identifies three features that are associated with autism; impairment in social interaction, communication, and behavior. First, patients with autism fail to develop normal personal interactions in virtually every setting. This means that affected persons fail to form the normal social contacts that are such an important part of human development. This impairment may be so severe that it even affects the bonding between a mother and an infant. It is important to note that, contrary to popular belief, many, if not most, autistic children are capable of showing affection and do demonstrate affection and do bond with their mothers or other caregivers. This limited socialization may erroneously lead parents and pediatricians away from considering the diagnosis of autism. As the child develops, interaction with others continues to be abnormal. Affected behaviors can include eye contact, facial expressions, and body postures. There is usually an inability to develop normal peer and sibling relationships and the child often seems isolated. There may be little or no joy or interest in normal age-appropriate activities. Affected children do not seek out other children for play. In severe cases, they may not even be aware of the presence of other individuals.

Sekian. Penjelasan dari web.

Footnote: Walau apa-apapun anak adalah harta dan kita diamanah menjagakan mereka sebaik mungkin.
Kepada SAA, Sibu nekaunt amat kagum dengan ketabahan mereka menjaga dan mendidik kanak-kanak tersebut.

Sempena Minggu Sukarelawan (Stall Benevolent Society)


Stall Benevolent Society
Originally uploaded by Nekaunt.
Hello...hai....peace....itulah yang cuba dia nak katakan kepada nekaunt. Nekaunt berkesempatan melawat stall 'Benevolent Society' bersempena Minggu Sukarelawan di Sibu. Cute kan makcik kita tu. Mereka yang beruniform biru tu adalah 'model-model' dari Rumah Orang Tua. Hai...kesian tengok mereka.

Dulu semasa nekaunt masih sekolah dan nekaunt 'join pandu-puteri atau lebih dikenali dengan nama 'Girl-Guide', nekaunt berpeluang melawat rumah orang-orang tua. Kami bertanya kenapa mereka duduk kat rumah tu, tak ada rumah sendiri ke? Alangkah kesiannya apabila salah seorang penghuni rumah orang tua tu berkata, dia ada anak, seorng doktor, sekarang migrate ke Singapura. Demi untuk keselamatannya maka dia di hantar ke rumah orang tua. Hai...bertuah punya anak!

Seorang ibu dapat memelihara 10 orang anak, tetapi kenapa anak-anak tak dapat menjaga seorang ibu atau 'satu olang ibu' (bahasa C tu..)

Nasib baik ada 'Benevolent Society' klau tidak entah apa nak jadi dengan mereka. Thanks to the Benevolent Society for their great jobs and may God belss u all...amen.

Footnote: Jagalah ibu-bapa kamu sepertimana dia menjaga kita semasa kecil hingga dewasa. Ingatlah cerita Si Tanggang....anak durhaka, jadi batu. Kalau batu tugu negara tu tak apalah...itu batu pahlawan negara.

Friday, April 01, 2005

Berangan-angan naik Motosikal Besar


Motosikal Besar
Originally uploaded by Nekaunt.
Waduh! budak ni....kuat 'act' ye? Angan-angan naik motosikal besar! Sebelah tangan lak tu dan kakipun naik ke atas....phuii! Berlagaklah tu :)

Nasib baikla motosikal tu tak campak dia ke lautan pacific...hehehehhe. Takpe la Nia, lantak awakla...dunia awak yang punya.

Sunday, February 27, 2005

Silau atau tabik polis atau sakit perut

Bercakap tentang polis, tentera darat, navy, askar jepun, nazi, askar jerman masing2 ada cara memberi tabik hormat kepada tuan mereka, ....tapi yang ini apa pulak halnya. Puas nekaunt memikirkan edangan apakah ini?

Akhirnya dapat juga nekaunt menyelesaikan teka-teki ini...rupa2nya puan kita ni mencari bilik air...dia sakit perut...hahahahaha....

Tak caye ke? Cuba kamu lihat gambar tu, tangan kanan letak kat dahi, maksudnya sedang mencari bilik air, manakala tangan kiri pulak letak atas perut......ha...itula jawapannya. Jangan mare....nanti kena jual!!!

My footnote:
Nekaunt bercadang nak beli tampui..guna semasa emergency...:)

Tuesday, February 22, 2005

Sejarah Solat 5 Waktu

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Footnote: Sama-sama kita menghayati

Kepentingan 10 Muharam menurut kalendar Islam

SELAIN penetapan tahun baru Hijrah pada awal Muharam, ada banyak peristiwa menarik dalam sejarah Islam berlaku sepanjang bulan Muharam yang sedang kita dilalui sekarang.Pada 10 Muharam, misalnya masyarakat Islam sering membuat sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura. Asyura itu diambil dari perkataan ‘Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharam.Hari itu mengikut keterangan hadis yang sahih ialah hari bersejarah pada umat Yahudi pada zaman Nabi Musa as, kerana pada hari itu Allah menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta menenggelamkan Firaun.Junjungan Rasulullah juga memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu.Hari Allah menurunkan nikmat atau azab pada manusia adalah dinamakan Hari Allah yang diminta kita selalu mengenanginya supaya menimbulkan rasa syukur atau insaf.Membuat bubur Asyura adalah berdasarkan riwayat yang daif mengatakan hari Asyura adalah hari Allah mengurniakan nikmat besar kepada nabi yang terdahulu semenjak Nabi Adam AS hingga pada Nabi Muhammad saw.Dalam peristiwa itu disebut Nabi Nuh as dan pengikutnya turun dari bahteranya pada hari Asyura berasa lapar dan dahaga selepas bekalan masing-masing habis, maka diperintahkan oleh Nabi Nuh supaya masing-masing membawa segenggam biji-bijian dari apa jenis yang ada pada mereka, maka terkumpullah tujuh jenis bijian yang dicampurkan kesemuanya lalu dimasak dan dijadikan bubur.Dengan berkat Nabi Nuh kenyanglah pengikutnya pada hari itu. Dari cerita inilah dikatakan sunat membuat bubur Asyura dari tujuh jenis biji-bijian untuk dijamukan kepada fakir miskin pada hari itu.Bulan Muharam mengikut pandangan Islam adalah bulan haram yang empat, iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Dalam empat bulan ini dilarang melancarkan peperangan kecuali darurat yang tidak dapat dielakkan.Firman Allah surah at-Taubah ayat 36 yang bermaksud: "Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langitdan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)."Mengikut maksud ayat ini segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya dilakukan pada bulan Muharam, begitu juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman sahaja dilarang lebih keras pada bulan yang lainnya.Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharam.Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya.Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada Allah kerana tiada siapa yang tahu perkara tersembunyi dalam Iradat Allah, qada dan qadar-Nya.Sesetengah ulama Islam berpendapat masalah larangan untuk menganjurkan majlis perkahwinan mungkin timbul daripada puak Syiah kerana kebetulan pada bulan Muharam terbunuhnya Saidina Hussain di Karbala.Jadi sejak itu orang Syiah memandang bulan Muharam sebagai bulan dukacita dan bulan berkabung, maka tidak digalak mengadakan majlis kenduri kahwin dan majlis bersuka ria pada bulan itu.

©New Straits Times (M) Berhad


NotaKakiku: Semoga mendapat menfaat selepas membaca petikan dari NST(M)Berhad

Magic Cyber - Minuman Kegemaranku


Minuman kegemaranku
Originally uploaded by Nekaunt.
Tak sangka, tangan ditadah menghasilkan silap mata cyber. Silap mata atau silap doa ni????

Tak apa kawanku tolong doa untuk semua kita ye? Doa untuk kawan2 kita yang 'overdose' itu dan 'overdose' ini. Tapikan, kalau nak jagakan badan janganla sampai tak makan langsung. Kekurangan diet dalam badan menjemput penyakit tau. Nekaunt kalau dijemput makan nombor satu :)

Kalau dapat nekaunt tak mau 'pengsan' disebabkan kurang makan. Serba serbi kalau dapat, kita jangan kurang makan, kurang asam, kurang ajar....eh...jadi kangkung pulak (melelat kangkung kata local malay Sarawak).

Kamek duak Lyn, mun pasal makan nombor satu...hahahhaha...Sik ingat ngan CECUMA agik.....KOLESTROL2. Sik hal Lyn, pandei2lah kita dua jaga dirik bekas tuk.

Well...nekaunt nak take 5. Cya all and take care.

Notakakiku: Makan sebelum lapar
Berhenti sebelum kenyang.
Rezeki jangan ditolak
Balo jangan dipinto :)

Sunday, February 20, 2005

Bubur Asyura


Bubur Asyura
Originally uploaded by Nekaunt.
Jom....jom mari kita makan bubur azura...wei...wei... bukan azura...ASYURA la. Janganla nak memandai-mandai tukar nama jenama bubur tu...naya kang!

Sebenarnya nekaunt berterima kasih sangat2 kepada my fren Lyn and her sweet daughter anakanda Sharifah....eh...Sharifah ape ye...bukan Yoko ke yg ni atau Shirley (sorry nekaunt tak pandai ejaan nama2), nekaunt once again thanking both of u for the deliverance of the yummy...yummy.... bubur asyura. Hari ini nekaunt tak payah masak, makan bubur tu je dah kenyang. Sedap memang sedap....disahkan oleh sirim lak tu :)

Kalau macam tu..nanti retire Lyn bole buka bisness bubur asyura, bole join nekaunt sekali...hahahahaha...angan2 mat jenin!

Tak salah kita berangan-angan janji jangan 'berangau-angau'. Hahahahaha...mulut nekaunt ni nak kena celotape atau kena jahit, gam gajah ke...hahahahahaha.

Apa2pun tak gurau tak sah dan ketawa merupakan senaman jantung.

Nekaunt nak minta diri dulu...jumpa lagi di masa akan datang....jom2 continue makan buburrrrrrrrrr.


My footnote

Tadi, pagi nekaunt sedang mop lantai suddenly h/fon nekaunt berdering-dering. Rupa2nya my fren Lyn called...nak hantar sesuatu. Siap hantar guna motosikal lagi tu...fikir orang hantar PIZZA rupa2nya bubur asyura...hehehe joking2.

Saturday, February 19, 2005

Kembar???


Jun's camera
Originally uploaded by Nekaunt.
Sape pulak ambil pic nekaunt banyak2 ni. Kembar ke ni? Walau apa2pun kembar-kembarlah janji tak kacau orang!. Sebenarnya Cikgu Jun yang ambil pic nekaunt ni, kat pejabat. Dia ada kamera baru tau. Nak 'act' la tu....hahahahha...Mula2 agak 'sakai' pegang kamera tu, belek sana, belek sini....ada buku tak mau baca...nekaunty juga yang jadi mangsa. Nekaunt dulu, mula2 ada kamera digital wow!!! dahsyat....bayangkan bateri tak sampai setengah jam dah 'down'. Last2 kena beli bateri 'chargable' dan kena beli charger sekali. Haii...macam2 je nekaunt ni. Nasib baikla camera tu dijual dengan harga discount....kalau mahal.....mungkin tak hingin :). Nekaunt kalau nak beli bawang eh...bawang pulak, apa2 barangla...tungguh harga jatuh menjunam ke paras dasar lautan pacific!! Kalau tak caye, tanye Lyn. Jangan tanye Watie.....dia tak dengar 'bedok' (loghat sarawak).

Hari ini tadi Watie pakai kasut boot, nak lawan sama nekaunt la tu. Nanti ko Watie, nekaunt nak pakai selipar tongkang...hahahahaa dan jangan lupa pakai seluar bell-bottom, rasa dalam zaman 70 puluhan la tu.

Eh...jam dah pukul 8 malam...nekaunt nak Isyak. Till we meet again...sayonara. Take care semua.

Thursday, February 10, 2005

Kari Manok dan Kukus Ikan Terubok Masin

Opppss!!! kari manok dan terubok masin ye? Adakah ini makanan seimbang atau selepas makan makanan tersebut kita perlu bertimbang??? Naya niii!!!

Tak sengaja pulak nak 'menduet' kan makanan ni...kebetulan. So...Nekaunt tak sendir sape2 ni ya....(tersenyum sinis). Nak tau tak....ada sorang kawan...nun jauh di seberang, naik 'belon' kalau nak ke tempat tu :).
Secara tak sengaja saya ceritakan pada dia bahawa Nekaunt masak kari untuk jiran cina yang menyambut Tahun Baru Cina. Tiba2 dia kate " berdosa kitak ya...dah tau kamek suka makan kari masakan kitak" Waduh...tersentak jantung-milung nekaunt dengar tu...mmg kesian...mmgpun dia suka makan kari masakan nekaunt. Bak kata pepatah 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Apa lagi nekaunt terusla ambil pic kari 'manok' dan kukus terubuk masin untuk tatapn dia. Hahahahhaa...KIJAMkan nekaunt ni....
Sebenarnya Nekaunt seorang yang penyakat, kalau bole biar orang tu sampai menangis..hahahahahhhahha. Sungguh Brutalllll!!!!

Ok..ok...bersempena Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah Nekaunt ucapkan semoga kita semua diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan hidup aman dan damai sepanjang hayat.

Jap2...Nekaunt teringat sesuatu. Ada orang bagi pantun ni pada nekaunt dulu.

Pantun tak direstui oleh pihak SIRIM:

Buah mempelam buah mempelit,
Orang hitam berak sembelit.

Daripada KeraPutih. (Senyum kambing)